Wednesday, June 07, 2017

Bercinta lepas nikah :D


Mesti ada orang carut baca tajuk, ingat aku pedulik? HAHA!


Aku kenal bangdib ni dekat game COC, kahkahkah! Kelakar kan? Masa tu tahun 2015. Aku punya gila main COC time tu. Pagi petang siang malam main sampai kena carut dengan ibu haha. Macam jantan ibu cakap :D

Masa tu kan aku terumbang ambing dengan ewan (benda dah lama takpe kan sebut) So aku habiskan masa aku main game je dekat rumah sambil bisnes online. Masa tu still ulang alik kedah kl. Bila cuti sekolah balik rumah kl, bila sekolah balik kedah. 

Bila main COC tu diorg invite aku masuk dalam clan "awek ganu". Ehh bukan, ex boyfriend yang still kawan sampai sekarang yang ajak aku masuk clan dia kahkahkah! Gila cerita aku. Bermula lah semua disitu. Lawak bila ingat balik. Dalam clan tu nama bangdib "mansor kerbau" gila orang tua nama, ingatkan dia bela kerbau ke ape haha! Dia cerita umur 27, bodoh aku kena tipu hidup hidup.  Tapi masa tu aku dengan dia tak whatsapp personal eh, semua dalam group sebab aku setia gila bodoh bodoh kot time tu. Puihhhhhh! 

Lama lama bosan sebab takde sape nak borak aku pun main whatsapp dengan dia. Hari hari mesti whatsapp, masa tu takde perasaan sayang ke cinta ke. Aku anggap macam kawan kawan je. Ingat tak masa tadom hill baru bukak tu? Tadom dekat banting kan? Lepas tu geng COC jugak cakap, tadom belakang rumah mansor je, memang tak lah aku nak percaya kan. 

Bulan 11 macam tu, Along balik dari mesir. Family aku, family maa, family toksu cadang nak jalan jalan sekali. Dari kedah balik kl lepas tu pegi klia ambik along. Lepas tu geng geng mak mak nak pegi nilai. Memang tak lah aku nak pegi nilai, bosan kot. Tu bukan jiwa ak please! Aku ajak syakir, wani, alis, pipah p tadom hills. Ada kawan duduk sana. Terus gerak sebijik kereta

Aku bgtau bangdib nak pegi sana, dia cakap okay lepas tu dia send location. Sebab dia cakap dia nak bawak masuk tadom. Aku terus sampai depan rumah dia yang kini rumah aku haha. Tapi dia takde dekat rumah, dia tengah lepak. Aku terus call, dia balik. Ade ke patut dia ajak aku masuk rumah dia minum minum dulu. Memang tak lah, muka dah macam orang pecah rumah menakutkan aku lepas tu ajak masuk rumah bujang dia tu. i is kenot you  know!!!

Dia bawak pegi tadom, wehhh kite org masuk free je. Haha! Terus rasa retis sangat :D
Sempat lagi selfie. Balik dari tu terus aku call ewan sebab rasa bersalah jumpa lelaki lain tapi kena marah cakap aku kacau dia study, wehhh bodohnyaaaaaa. 

Start dari tu aku terus whatsapp dengan bangdib sebab rasa macam best tapi aku takde perasaan dekat dia lagi ehh. Sumpah! Dia je syok sendiri ehh haha. 

2016 bila alom dah habis sekolah terus stay KL. Aku bosan duduk rumah, cari keje. Tiba tiba dapat keje dekat TM customer service, syok gila kot tak payah duduk rumah dah haha! Bangdib banyak kali ajak aku keluar tapi aku taknal. Punya nak ambik hati aku, dia hantar bunga, hantar teddy bear yang besar gila dari dia haha. Sampai ibu pun pelik, sampai aku kena marah. Aku jumpa bangdib dekat sunway piramid kali pertama tu pun aku rasa takut sebab keluar berdua haha.Gila saiko perangai. Kali kedua jumpa dekat times square, lepas tu aku takmau jumpa dah. Aku terus terang kot dengan dia yang aku takde perasaan. Dia pun terima dengan pasrah lepas tu dia cakap dia nak kawan. Aku pun okay je lah kalau setakat nak kawan. Masa tu aku dengan ewan macam main tarik tali. Aku luahkan dekat bangdib, haha! Dia baik gila asyik dengar aku bebel. 

Lepas tu birthday sapa entah eh dia ajak aku pegi rumah dia ajak adik adik semua. Ada makan makan. Aku pun pegi lah, mak ai kawan kawan dia family dia semua ada. Hoihhh malu! Even kawan sekali pun aku malu gila. Haha! Kaksyasya ada sifat ittewwww :D

Aku last jumpa ewan bulan April tahun lepas tu aku dah ambik keputusan nak buat hal masing masing. Lantak kan dia! Lepas tu ada sorang hamba Allah ni salah paham dengan aku, aku anggap kawan kawan je tapi pulak melebih sampai aku malu gila nak pegi keje tunjuk muka. Ingat lah wehhh, tak semestinya aku baik dengan kau aku ada perasaan dekat kau. Yang kau tu lembut hati sangat apehal??? Bulan puasa tahun lepas la ni kejadian.

Cerita dekat bangdib, tapi bangdib ni sangat positif. Nyampah! Bangdib hantar bunga dekat office ai. Woihhh! So romantik gila. Ex TL aku nasihatkan aku terima je bangdib kahkahkah! Tapi aku takde perasaan. Aku banyak mengadu dekat Allah and yes Allah tau yang terbaik untuk hambaNYA.

Aku cakap dekat adib kalau betul serius jom aaa kahwin. Kau tahu dia okay. Wehhh! Gila laki ni. Bulan puasa tu jugak cari cincin tunang, merisik. Dia cakap nak tunang masa birthday aku. OMG! Romantik sangat knp awak ni bang??? 

Birthday 18 Ogos tapi tunang buat 20 Ogos sebab 18 tu hari khamis


Hi mak mertuakuuuuuuu :D


Dah jadi tunang oranggggggggggg, takde rasa ape pun. haha


Kek birthday. Sedappppppp


Throwback masa jadi tunang orang yang takde perasaan. Haha! 

Masa tunang memang dah tetap tarikh bulan 3 2017 nak kahwin tapi perancangan Allah adalah sebaik baiknya. Terawal pulak, bulan 1 kahwin. Semua persiapan berlalu dengan elok jerrr. Tapi aku ada cakap dekat ibu aku taknak kahwin. Ibu cakap aku gila haha!

Sampai tarikh nak kahwin aku keliru dengan perasaan sendiri. Memang kosong gila gila! Tapi aku pujuk hati sendiri. Konon nak bercinta lepas nikah haha, drama sangat. 

Aku selalu berdoa supaya Allah lembutkan hati aku untuk terima bangdib. Lagi sejam nak akad nikah pun aku boleh marah bangdib, kesian dia. Masa nampak dia pertama kali dekat masjid pun perasaan aku kosong. Kosong sangat wehhh. 

Lepas akad, tok imam cakap sah pun aku takde perasaan tapi bila nampak bangdib solat sunat syukur. Allahu! Satu perasaan yang aku taktau nak cakap macam mana. Tiba tiba perasaan tu lain, perasaan sayang tu tiba tiba datang tapi lain maciam wehhhh. Tak macam perasaan dekat ex ex sebelum ni padan muka hampa HAHA! 

Serius, baru aku paham maksud bercinta lepas nikah tu macam mana. Lepas nikah nak batal air sembahyang tu nak salam cium dahi berpeluh wehhh, pertama kali nak pegang pegang. Haha! Omeyyyy. Rupanya best ehh haha. Beza umur 10 tahun haha. Hasil menyanyi dekat dapur B)


Masa ni bermula segala perasaan cinta iteewwwww, auwww!
Terima kasih jadi yang halal buat diriku ini, gittewwwww
ILOVEYOUUUUUU


p/s: Kpd yang tak kahwin lagi tu, yang bercinta bagai nak rak tu kan, kaksyasya nak pesan jangan terlampau over sangat, SERIUSSSSSSSSS! Baru bercinta jangan menunjuk sangat nanti malu, macam kaksyasya ni. Satu kolej tahu bercinta dengan tut tet tit tapi kelaut. Yang jumpa tak sampai setahun tu, yang kita takde perasaan tu boleh jadi syurga kitaaaaa :) Dah kahwin suka hati nak buat apa, nak tayang.

Monday, June 05, 2017

Belah Banting

Punya berkurun baru nak update, kahkahkah!

Kenduri belah bangdib selang dua minggu lepas kenduri belah aku. Sempat lah MIL aku nak prepair apa yang patut, ada gap kan. Kedah selangor bukan dekat kan. Lagi pun memang rushing gila kot time kenduri tu, banyak benda jadi dalam masa dua minggu tu.

27.01.2017 - Akad nikah
28.01.2017 - Kenduri belah aku
29.01.2017 - Along (sepupu) tunang
03.02.2017- Makcik aku akad nikah
04.02.2017 - Kenduri makcik aku
05.02.2017 - Kenduri belah suami makcik aku tapi yang ni aku tak join, penat wehhh nak balik banting
06.02.2017 - HONEYMOON :)
09.02.2017 - Balik banting
11.02.2017 - Kenduri banting

Kau nampak? Jadual penuh gila gila. Ehh malas ingat balik, sakit otak ;(

11.02.2017 hari sabtu, dalam pukul 11 lebih aku dah siap make up pakai baju. Make up macam biasa aku dah book kak effa yang make up aku masa tunang tu awal awal. Bulan 11 kot aku dah settle book make up. Eksaited nak tadah muka, haha!


Kerlas aku nampak tinggi, haha! Sama taraf dengan mereka semua, good job syasya clapclap
Tak sia sia beli kasut 5 inci haha!


Amboi muka, kekwat nyaaaaa!


Pelamin cantik gila wehhh! Sampai pukul 3 pagi diorg pasang.
Aku memang taklah nak tunggu, opkos bangdib yang menanti.
Eskuisme, bukan nyah yaaa. Tapi abang sado, gila badan sado. Jantan okayyy! haha
Atas kepala tu ada awan. Auwwwww! Sokaaaaaa


Nampak bekas aku pegang tu? Aku blur nak kena buat apaaa
Adat dulu dulu katanyaa
Dalam tu ada gula gula diorg selotep dengan coklat
Pengantin kena baling nanti budak budak kutip
Meriah gilaaaa


Nampak tak fattah baju putih belah kiri sekali tu?
Dia blur gilaa
Mula mula dia orang pertama datang dekat aku tapi
 lepas dia nampak budak budak lain ramai dia lariii haha


Ira (adik ewan) 
Dia datang dengan kawan kolej diaaa
Tengkiu dikk datang
Muahhhhhh ciked!


Family maaa
Yang baju maroon tu la along, yang bertunang sehari lepas kenduri aku
Bulan 8 ni kahwin, yeayyyyy!


Family maksu
Paksu tak dapat datang, kejeeee


Budak ni banyak akai sungguh, sayang sangat ni


Ehhhh tiba tiba ada gambar bangdib :D
Macam pengawas sekolah kahkahkah!


Dengan ibuuuu


Dengan Osman, gf dia
Ketua MPP haha! Gelak saje sembang dengan diaaa


Sepupu baru ai haha
Mudaaaa


Tengok pelamin akuuuuu
Cantikkkkkk! Baju aku tuuuuu
Biar lah nak syok sendiri haha


Cewahhhhhhhhh


Tak percaya aku boleh buat muka serius
Lawaaaaaaaaaak


Team Leader n family
Tengkiu sir sanggup datang jauh jauh
Hadiahhhh :)

 

Tak kelakar okay ambik gambar dekat tandas haha!


Gambar paling romantik di abad ini HAHA!


Aku memang malas tahap gila nak update tapi takut gambar hilang, so kita simpan dalam blog haha!
Jangan muntah tau baca, 


Cuci mata sikit haha! Cantik gila kot make up kak effa
Inai tu tahan lama gila
Sampai bulan 3 baru hilang kesan
Kbyeeeeee!

Tuesday, May 16, 2017

Kenduri kahwin belah perempuan

Hello, Assalamualaikum korang. Kerlas sangat update blog sebulan sekali haha. Jangan kecam kaksyasya tauuuuu. Wehhh aku nak on facebook pun malas wehh. Penyakit apa taktau, serius aku malas gila gila. Aku nak muntah tengok facebook tapi instagram boleh tengok (ni bukan kes pembawakkan ya, i tak pregnant lagi, doakan tau, aminnn)  Memang aku slow gila iklan pasal WD sekarang ni dekat fb :'(

Ehh lari tajuk pulak haha. Meh kita kembali ke pangkal tajuk. Akad nikah 27 Januari kan? So kenduri belah perempuan keesokkan harinyaaaa, 28 Januari. Time raya cinaaaa, hang jangan tanya lah jalan raya macam mana. Masa aku p teman ibu aku edar kad dekat makcik sepupu sepapat, depa tengok kad tarikh semua tu. Jemputan i yang ke 7 pada hari yang sama. Wahhhh! Nanti anak jangan sama tarikh beranak yaa kahkahkah! 

Mehhh kita cerita sikit.
Lepas akad nikah tu kan, adib pegi berjimba dengan kawan kawan dia dekat pantai  merdeka, biadap sangat lupa isteri yang tak sampai berapa jam lagi jadi istewiiii. Kite orang whatsapp macam tengah bercinta lagi masa tu, omey angat perangai. Tak boleh terima kenyataan lagi yang aku dengan dia dah kahwin. Haha! Aku kan sewa homestay 3 bijik. 2 bijik untuk family adib, 1 bijik untuk family aku. Dia nak datang tidur homestay malam lepas akad nikah tu, aku tak bagi. Haha! Wehhh tak boleh terima kena share bantal. Akhirnya aku tak boleh tidur malam tu sebab makcik opah aku semua sampai malam tu. Aku tidur dekat lantai malam tu, sakit badan gila. Nasib ada fattah handsome sebelah iolls. OHH MMM GEE! 

Pagi sabtu tu lepas subuh aku tak boleh pejam mata dah, debor nak sanding tengahari tu. Aku macam biasa lah suka bayang pelik pelik. Ex ex bf datang ke (wahhh ex ex, laku sangat ke) buat kecoh, robohkan pelamin ke, bersilat ke. Kahkahkah! Aku kan suka bayangkan benda pelik pelik. Tapi malam tu pun aku tidur tidur ayam je sebab takut hujan, melayang khemah terpaksa ai pegang tiang khemah, ikat khemah dekat batang pokok ke. Wehhhh, aku ni pelik. Suka pikir luar jangkaan. Haha!


Candy buffet ni aku tempah dekat orang penang
Nama fb dia aku lupa. Wehhhh! Serius lupa lupa. Bajet RM500 je


Meja beradab. Konon nak buat pelamin dekat situ sebab aku nak nampak besar pelamin aku
Tapi ada salah faham dekat sini
Pelamin anganku musnah


Cuba bayangkan pelamin ni kalau besar. OMG!


Toktam, auntie ros, ibu, toksu, auntie imah
Orang kuat majlis ni
Ibu aku baju dia memang vogue okay
Butik tempat aku tempah baju taja dia
Dua pasang pulak tu. Pehhhh


Bunga telur ni besar tapak tangan
Besar gila
Ibu aku yang buat
Dua bulan sebelum majlis dah start sebab nak kena hantar balik Kedah sikit sikit


Ni pun sama, buat sendiri


Haa ni pengantin perempuan yang buat bersama dayang dayangnyaaaa
Omeyyyyyy


Silat boys
Adik aku alis yang book silat ni
Budak sekolah lama dia, senang keje
Wehhh aku dekat KL, kenduri dekat Kedah. Family aku dekat KL
Sape yang nak tolong settle?
Saudara mara je ada dekat sanaaa tapi 
aku memang jenis tak suka nak paksa orang tolong tolong aku, takut susahkan orang kan
Homestay aku book sendiri, doorgift aku beli sendiri
Bunga telur aku pegi cari bahan dengan ibu aku
Catering pun aku settle dengan ibu aku
Esok nak bertunang, hari ni aku gigih pegi pasar cari ayam sayur dengan ibu aku
Ehh panjang melalut ><


Tudiaa pengantin lelaki dah sampai
Aku dah jumpa dia dekat butik time tu, tapi aku buat tak layan 
Opkos lah jual mahal kenssss



Kerlas touch up pengantin lelaki di saat saat akhir


Kerlas dayang dayang kaksyasya
Baju hitam pegang payung sepupu ai ehh
Belah kiri tu kawan dari dalam perut lagi haha


Mesti bangdib hang tengah perasan gila time ni
Pahlawan mengatur langkah kahkahkah
Kemainnnnn


Muka aku ketat gila, hangat gila kot


Bismillah


Kaki kepit nampak kaksyasya
Belakon sopan sangat ni
Dasar hipokrit puihhhhh


Time ni adik iolls buat kejutan pulak siap ada tarian bollywood
Wehhh feeling kajol aku masa ni
Syiokkkkkkkkkkkkkkk


Wowwwwwww
Jelitanyaaaaaaaaaaa


Kawan dari dekat sekolah pengkalan
Wani Meera and Wawa


Suami kaksyasya


Pengantin tetap lapar
Memang taklah aku nak cover cover
Melantak jugak


Ehh ni awat gelak
Suka ria nyaaa


Tengkiu kak sue datang kenduri syaaaa
Lama gila tak jumpa kak sue
Dah nak masuk anak ketiga dah
Dulu anak sorang jaaaa


Opah and the geng
Hoihhh abg ewan, buat handsome pulak


Kawan adib dari banting


Versi sopan 


Family iolls
Lebiuuuuuuu


Hitamnya tangan


Dari jauh nampak gigi arnad kaksyasya
Comey haha


Hoihhh feeling cantik sangat ke?


Taraaaaaaaa, diluar kawalan dah


Sekian dari kenduri belah perempuan, gambar banyak keping tapi kaksyasya malas nak edit. Sakit bahu :(
Nanti ada masa kaksyasya try cuba test update belah lelaki pulak mihmihmih. Ni pun update sebab bosan, suami hilang pegi kira cili. Moga lepas ni kaksyasya tak pening tengok cahaya, aminnnnn


Perempuan paling gedik di hati suami,
Istewi bangdib :')