Tuesday, July 19, 2016

Excident :(

Sis kembali meng'update' blog sis, mihmihmih ;)
Sape yang follow instagram, facebook aku memang tahu ape yang jadi dekat aku. Dengan sekelip mata weyyy, huwaaaaaa ;'(

16 July
Aku tetibe berhenti tengah highway ( FEDERAL), rase tergerak hati nak simpan handfone dalam box moto. Tetibe sangat weyyy! Selalu aku akan lalu jalan depan masjid negara tu kan, hari tu aku masuk Bangsar, sebab nampak jalan jammed, even naik moto aku tetap nak elak jammed. Sakit pungkoq duduk atas moto lelama weyyy. Dalam 10 minit lagi nak sampai rumah aku je, dengan sekelip mata aku terlanggar kereta wira warna kelabu. Aku pejam mate mase jatuh!

Camni cara belanggar tu, Jalan Kuching kan ade 3 line. Aku duduk line kanan, line moto moto lalu tu kan. Moto kan jalan tengah tengah kereta. Moto depan aku tu, ala ala superbike jugak aaa. Ehh bukan, cemane eh nak cakap, mcm moto FZ tu kot, ehh lantok la moto ape pun. Moto depan tu dah hon hon kereta wira tu sebab kereta tu dari kanan nak masuk kiri suke hati dia je, bile dah hon kereta tu masuk balik line kanan, bile time aku nak lalu dia terus masuk mcm tu je. Sumpah! Aku brek kelam kabut, lepas tu tak dapat kawal terus jatuh, lepas hujan kan. Ya Allah! Aku pegang muke aku penuh darah, tangan kanan aku tak boleh gerak. Aku dah bgtau dekat orang orang yang datang tolong aku tu, "tangan saya, tangan saya". Diorang cakap rileks dikk, kite angkat awak pegi tepi jalan dulu eh. Tangan aku sakit gile. Kebetulan ade ambulance tepi kalan sebab ade orang excident sebelum aku excident. Nurse terus datang lap lap darah muke aku. Pipi aku, dagu aku, siku aku dan dan kening aku. Baju aku jangan cakap la, darah besepah.

Ya ya ya aku tahu aku salah sebab langgar belakang orang, tapi knp kereta wira tu masuk mengejut? Kepada pemandu kereta wira tu, hari ni kau buat dekat aku, masuk mengejut suke hati tanpa minta maaf, esok lusa kene dekat kau pulak baru kau tahu. Jalan dah tentu jammed, kau nak ke kiri ke kanan dah knp? Yela, kau naik kereta kan bayar cukai bagai, aku ni naik moto ape la sangat. Mane kau nak pandang, kene dekat anak beranak kau tahu kau nak berangin. Lepas tu dia blah mcm tu je weyyy! Hareeee betul

Aku kan pakai spek pegi keje, spek aku terhantuk dekat helmet tu yang tercucuk dekat kening aku. Nasib baik kening weyyy kalau mate? Kasim selamat la akuuuuuuuuuuuuu. Kenot!


Ni last gambar kening aku, sebelum aku excident. 
YA ALLAH! Rindunyaaaaa

Aku naik ambulance weyyy pegi hospital. Yang best nye aku tak nangis pun haha. Mase aku call ibu aku nak
bgtau aku excident aku nangis sebab dengar suara ibu aku, drama sebabak laaaa. Lepas tu kan, mase dekat hospital semua orang terkejut tengok kening aku, aku ni mcm pelik teruk ke ehh ehh. Lepas kene cucuk dua jarum, xray bagai aku kene pegi bilik rawatan, haha. Tak nangis eh, sado naw aku ni. Lepas nampak ibu aku ape lagi, banjir aaaa HKL. Wakakaka! Mase tu mate aku dah tutup bagai,


Sempat aku ambik gambar, send dekat group whatsapp bgtau aku excident haha! 
Semua terkejut, aku leklek jeee. Katang molek! Haha

Doktor check, dia pun mcm blur nak gam ke jahit. Haha! Aku lagi laa, apehal kening aku ni weyyy. Pegi pulak aku dengan ibu aku menapak dekat bilik jahit dan trauma


Mase sampai doktor tak ade lagi, aku dengan nak terkencing semua cukup. Ambik kesempatan la aku pun, pegi tandas. Weyy tandas mandi mayat kot, seram sejuk aku. Haha! Lepas settle tunaikan hajat, aku beranikan diri bukak kapas dekat mata aku tu, tapi aku takut jugak nak ambik gambar dah laa sebelah bilik mandi mayat. Mcm mcm fikir hoihh, saiko gile aku. Haha! 


Taraaaaaaaaaaaa
 Dengan tangan berbalut, sebelah tengan nak ambik gambar sebelah tangan nak pegang kapas.
Seksa! Last last aku campak kain balut tangan tu, rimas. Lantok sane nak sakit ke tak.
Ngeri ehh tengok. Luka tak cantik doktor cakap. Dah tu sempat pulak aku nak cantikkan luka mase jatuh tu
Hahahahaha!

Nak tunggu doktor tu nak jahit punya la azab, sejam. Ibu aku dah la puase, dah pukul 9 lebih ibu aku tak berbuka lagi, kesian ibu. Mengamuk la orang tua tu, padahal aku sorang je yang nak jahit. Lahaiiii, lembab naw naw. Tapi aku takut jugak, kang sebab ibu aku bising doktor tu lepas geram dekat aku. Cepat cepat aku minta maaf dekat nursem dekat doktor " SAYA MINTA MAAF, IBU SAYA PUASA TAK BERBUKA LAGI TU YANG DIA MARAH". Kahkahkah! Nurse tu sangat memahami.

Nurse cakap nak gam je luka aku, doktor cakap tak boleh sebab luka aku tak cantik. Lalu doktor pun bawak segala mak nenek gunting benang jarum, huwaaaaaaaaaa!

Dia cungkil kaca kaca dalam kening aku. Kau bayangkan? Aku tak nangis, aku bayangkan muke ibu aku, kesian ibu aku beranak dekat aku dulu. Kemain nak anak 10 la 8 la, lepas nak kena jahit terus bertukar impian cita cita, taknak beranak terus jadinyeeeeee kahkahkah! Bertabahkah wahai suamikuuuuuu


Lepas jahit, taraaaaa. Mata dah mcm ape dah ni. Lebam bengkak habis weyyy!
Tidur tak lena, menakutkan sangat nak pejam mate. Sakit tangan nak letak mcm mane entah 


Pagi Ahad, ehh sempat lagi aku join ibu, adik adik aku pegi breakfast haha! 
Semua pandang aku mcm nampak alien, leklek hakak tak makan orang.

 

Keluar pegi hantar moto dekat bengkel leklek jeee, retis sanga weyyy!
Balik sepang pun leklek je, kau mampu balik kmpg dlm keadaan mcm ni haha. 



Kesian bebyyyyyy, tak ape lepas ni i bawak you hati hati ikut line kiri je.
Aku tak serik nak bawak moto sebab pegi keje naik moto heaven dari kereta, lembab
sangat. Pishang atas kereta hadap jammed!


Pagi ni ade medical check up, kemain retis pakai pegi hospital haha. 
Orang pandang je. i bukan ape pakcik makcik datin datuk adik adik sekalian,
kang bukak spek kang uolls lari tak cukup tanah tengok mate i  terpaksa i masuk dulu jumpe
doktor, haha! Kite ikut giliran laa yee masuk jumpe doktor
Lepas tu kene xray mata lagi sekali, aku dah la pakai shawl lilit lilit, ehh sakit hati mak nak oiii.
Lepas tu kene refer orthopedic bagai, jam dah pukul 12 lebih, mmg idok la aku nak pegi, aku blah mcm tu je. Nasib laaa aku dah malas nak ke hulu ke hilir, ajak adik aku balik rumah terus.


Ni baru dinamakan TENGKORAK KAU! haha
MC sambung sampai minggu depan, ehh bosan gile kot aku duduk rumah.
Meh la sape sape nak melawat aku, datang rumah bawak buah tangan yee kahkahkah!



Aku kene pantang makan telur, kicap. Feberet sangat tu weyyy! Stress okay, aku hanya mampu melihat telur dalam peti ais je. Leleh ailio iolls tengok :( 
 
Tu je aku nak merapu untuk hari ni, terima kasih abang wira sebab lari blah mcm tu je. Kalau kene mate aku, Allah je mampu balas dekat kau. Redha :(



Cemane nak ukir kening eh?
Wakakakaka!
 Buoyyyyy