Saturday, August 27, 2016

Produk paling meruntun jiwa :D


Ramai tahu kan aku exicident 16 Julai lepas. Mase tu lagi sebulan brp hari je lagi aku nak bertunang, serius gila aku macam tak percaya kening aku paling teruk sekali. Hoihhh, tu aset aku paling mahal selain aset &^%%* (dilarang lucah lucah ya)

Ehh lupa nak bagi tau, pagi tadi bos aku bagi tau, manager aku baca blog aku. Ehh aku taktahu nak bangga ke ape ni. Ke kene jaga adab dan tatasusila aku sebagai blogger yang tak ade mase depan ni? Eskuismeee, gua takkan hipokrit. Maafkan saya madam, bos :D

Berbalik pada tajuk aku yang kebabom ni kan KAHKAHKAH!





lepas kau kau dan kau tengok parut ni semua, kau rasa akan hilang tak? Doktor pun ckp ni akan jadi parut kekal sebab diorg lambat tampal surgery plastic (salah ke betul ke aku sebut ni) dekat kening aku yang luka tu. Dalam hati aku kan, macam nak tunjal je kepala doktor tu, ehh doktor tu salah staff kau kan knp kening aku yang jadi mangsa ni? Sakit jiwa aku dengan HKL ni (serius lembab) 

aku ni sejak tahun lepas memang aku selalu tampal sakura mask dari seqybeauty ni dekat muke sebab muke aku ni spesis jerawat suke hinggap. Cinta till jannah sangat jerawat ni dekat aku, muahh ciked!

Bila aku excident je aku terus sapu sakura mask di dekat muke dengan kening. Muke aku pun luka jugak ye kalau pandang dengan mata halus, sape pandang dengan mata kasar mmg tak nampak laa. So gunakan la mata halus anda, cewahhh ><


kau nampak tak perbezaan yang sangat ketara? Sebulan je weyy semua kulit kering sendiri lepas tu benang pun kering cepat tau sampaikan aku tarik sendiri je guna tangan. Dua benang yang terakhir aku gunting sendiri, tak sakit lansung. Aku kan mc dekat dua minggu, so rutin aku pagi petang siang malam sapu je la sakura mask tu hihi. Pencinta setia sangat kan? 

Bila kau sapu je sakura mask ni dekat muke, kau akan rase sejuk je. Serius weyy best gile, kau akan rase fresh gile! Tahan lama pulak tu, aku baru gune dua botol ke kotak ke  lori. Ade jugak yang comment dekat fb aku, whatsapp aku tanya pasal sakura mask ni boleh untuk hilangkan parut jerawat? InsyaAllah boleh hilangkan, jangan risau. Cuba dulu baru tahu. Founder blog ni kak sepet tu. kenal ke idok? Biasa tu tak kenal, tumbuk nak? Ehhh :) Sekarang aku tengah tunggu kak sepet keluarkan matte pulak, auww! Tasyabarnyaaaaa. Haha! Nak buat hantaran nanti, satu dulang penuh porduk seqybeauty auwwwwww!

Korang kalau nak beli boleh whatsapp aku minta number kak zara (kakak founder) 
aku selalu beli dekat dia, hari ni order esok lusa sampai. Pantas! Kau seacrh je dekat fb ZARA NOH nanti keluar la nama dia lepas tu sila siapkan, mane yang ade cash tu sila masukkan dalam bank untuk transfer kahkahkah Siap sedia untuk rambang bijik mata eh? Jangan salahkan aku eh, kang cakap aku hasut. Sila salahkan kak sepet sebab keluarkan produk kebabom :D



Disini aku sertakan gambar last sebelum excident, hanya pakai BB Cream dari seqybeauty
Huwaaaaaaaa :'( Rindu kening lama i 



Ikhlas,
Pompuan paling comel dihati sendiri ><


Friday, August 26, 2016

Ehh aku bertunang?

Kemain tajuk, rase nak sepak diri sendiri. Kejadian genap seminggu baru nak update. Biase sangat tu! ><

Kejap eh nak fikir nak panggil mansor ke adib ehh? i is keliru you know haha. Dia suke orang panggil dia mansor, nama macam ala ala gengster kan haha. Tapi aku suka nama adib sebab ala ala lelaki sopan, gittewwww hikkkkkks. 

Aku tak pernah terfikir nak kahwin ke nak tunang ke nak menjalinkan hubungan sulit ke ape bagai dengan adib ni (jangan menangis bie) Sebab aku konon bajet dengan bekas duda tu cinta mati till jannah (puihhhhhhhh)

Kawan since tahun lepas, kenal masa main coc pokemon dota. Kawan macam biasa biasa je, macam kawan biasa. Lepas tu, jumpe pun as kawan kawan jugak. Dia banyak ajar aku pasal agama, serius. Rase macam kerdil. Bukan nak puji tapi ni la kenyataan, aku tak pernah dengar dia skip solat. Bulan 4 tahun ni, aku terus cerite dekat ibu aku pasal dia. Bagi aku, since dah cerite dekat ibu tu,means dah sedia untuk serius dengan dia. Tapi macam was was lagi, dia ade je cerite pasal kahwin, tapi tu bukan sebab untuk aku percaya sebab aku dah muak dengar janji kahwin kahwin ni. Sama je semua!! Ehhh ter emo pulekkk haha

Bulan 5 hari tu dia boleh buat suprise hantar bunga dekat office, malu i tau orang pandang pandang haha. Padahal suke je dapat bunga belon bagai (please buat lagi bie kahkahkah!)
Ehh dah dah, melalut jauh pulak. Nak cerite pasal bertunang je ni.

Bulan puase hari tu deciced nak masuk meminang and then terus bertunang. Wahhhh! Macam tak percaya je kan? Brp bulan je kenal, serius terus ajak kahwin. Kak Bedah terharu naw nawwwwwwwww ;)

20 Ogos 2016 



Make up cun melecun ala ala barbie doll ni dari kak effa yee, kau search dekat fb effa afifah.
Boleh request nak make cemane, mmg puas hati. 


Hantaran dari pihak perempuan untuk lelaki, semua coklat yeee haha! kenyang la korang dapat
hantaran dari aku. Semua ni ibu aku buat sendiri, nasib la dapat ibu kreatif. Semua dia buat. 
Eskuismeeeee, bunga bunga tu hasil tangan aku yeee. Sila hargai!


Gambar tak ikut susunan. Harap maklum! Ni sebahagian belah aku,
aku sendiri pun tak kenal sape yang duduk atas kerusi tu. Haha!


Masa ni tengah bincang, gelak gelak dekat luar.
Aku dalam bilik, tak senang duduk. Gelak gelak kemain tak mengajak aku, biasa tuuuuu.
Siap whatsapp adib cakap jangan sampai aku keluar, sarung sendiri cincin tu.
Kahkahkah! Perangai buruk naw


Tiba tiba dah sarung cincin? Kan dah cakap gambar tak ikut turutan yeee, haha
Mak adib cakap ketat, ehh aku dalam hati pehal la cincin ni.
Bulan puasa beli longgar jee knp tibe tibe ketat?


Pelamin aku dari Jinjang Pelamin, kau search je dekat FB,
Liliwati Jamaludin. Harga boleh tahan murah


Adik badik ;) Kakak aku tengah pantang dekat rumah mak mertua dia.
Kalau tak confirm dia glamour dari aku. haha


Dari kiri, ifah along aku dan wani.
Ifah dengan wani tu pangkat makcik yeee, tapi kalau ikut umur muda dari aku


Maksu, maa, aku, toksu P, toksu L.
Belakang tu pompuan gedik nak arwah 

 

Makcik ni sape eh? Jiran toksu kot. Ohh yaa, aku buat majlis ni dekat rumah toksu aku
Dekat kuaters KLIA. Dekat sikit dekat sikit dengan adib.
Nanti kahwin matiklah jauh kau bie!


Dengan maktok kesayangan. Muahh ciked !


Menunggu ketibaan rombongan. Gambar terabur! Sorry naaa


Merekaaaaaa


Ramai jugak rombongan lelaki, 6 buah kereta. 



Auwwwww! Sopan naw bakal menantu ni


Tudung ungu tu nenek adib, sebelah tu mak dia.
Shawl pink tu bakal adik ipar i. Tapi dia lagi tua dari aku
Bertabahlah kau dikk dapat kakak ipar awet muda macam iolls ni kahkahkah!


Gitttewwww sopan akuuuu


Tiga orang kembar tu suke naw sakat aku pasal malam pertama.
Auwwwww! Kite baru bertunang, tak kahwin lagi. Maluuuuu ><
Boleh jadi geng ni aku dengan diorg, mulut macam senapang tak ade tapis.
Geng gosip terbaru! Siap kau adib


Orang penting



Apehal kaku sangat mamat ni? Tak reti pose ke?
Lepas kahwin i ajar posing ehh.



Sehari selepas, sebelum berambus sempat lagi posing haha


Cinderella





Malam lepas tu celebrated birthday aku.
Kemain kek siap sayang sayang, malu



Tengkiu korang datang, siap bawak hadiah lagi. Sokaaaaaaaa!



Aku tak suka laki putih sebab aku rasa mcm lembik je haha!
Aku suke muke ala ala gengster sikit, phewww! Tiba tiba dapat?
Adib tua dari aku 10 tahun, ni la balasan sebab suka melalak dekat dapur haha!
Allah tu maha mendengar doa doa hambaNya


Dear Mohamad Adib bin Sariyon (kalau baca laa) *mohon jangan muntah darah

Walaupun bie tak handsome (berani mati kutuk tunang sendiri) 
macam lelaki lelaki dekat luar sana, syg tetap terima bie seadanya
Biar tak handsome janji hati putih sesuci lebaran, auwwww! 
Yang penting bie tetap comel gengster dihati syg auwwww! Mohon jangan  kembang 
Terima kasih selalu bagi nasihat, bebelan dekat iolls ni, terima kasih sudi melamar iolls kahkahkah! (ayat prmpn pasrah)
Terima kasih sanggup terima buruk baik syg hihi



Dah la malas lebih lebih kang ade muntah darah post ni, doakan kami.
Nanti aku jemput satu dunia datang majlis kahwin, auwwww!


Ikhlas,
Cinderella jadian

Tuesday, July 19, 2016

Excident :(

Sis kembali meng'update' blog sis, mihmihmih ;)
Sape yang follow instagram, facebook aku memang tahu ape yang jadi dekat aku. Dengan sekelip mata weyyy, huwaaaaaa ;'(

16 July
Aku tetibe berhenti tengah highway ( FEDERAL), rase tergerak hati nak simpan handfone dalam box moto. Tetibe sangat weyyy! Selalu aku akan lalu jalan depan masjid negara tu kan, hari tu aku masuk Bangsar, sebab nampak jalan jammed, even naik moto aku tetap nak elak jammed. Sakit pungkoq duduk atas moto lelama weyyy. Dalam 10 minit lagi nak sampai rumah aku je, dengan sekelip mata aku terlanggar kereta wira warna kelabu. Aku pejam mate mase jatuh!

Camni cara belanggar tu, Jalan Kuching kan ade 3 line. Aku duduk line kanan, line moto moto lalu tu kan. Moto kan jalan tengah tengah kereta. Moto depan aku tu, ala ala superbike jugak aaa. Ehh bukan, cemane eh nak cakap, mcm moto FZ tu kot, ehh lantok la moto ape pun. Moto depan tu dah hon hon kereta wira tu sebab kereta tu dari kanan nak masuk kiri suke hati dia je, bile dah hon kereta tu masuk balik line kanan, bile time aku nak lalu dia terus masuk mcm tu je. Sumpah! Aku brek kelam kabut, lepas tu tak dapat kawal terus jatuh, lepas hujan kan. Ya Allah! Aku pegang muke aku penuh darah, tangan kanan aku tak boleh gerak. Aku dah bgtau dekat orang orang yang datang tolong aku tu, "tangan saya, tangan saya". Diorang cakap rileks dikk, kite angkat awak pegi tepi jalan dulu eh. Tangan aku sakit gile. Kebetulan ade ambulance tepi kalan sebab ade orang excident sebelum aku excident. Nurse terus datang lap lap darah muke aku. Pipi aku, dagu aku, siku aku dan dan kening aku. Baju aku jangan cakap la, darah besepah.

Ya ya ya aku tahu aku salah sebab langgar belakang orang, tapi knp kereta wira tu masuk mengejut? Kepada pemandu kereta wira tu, hari ni kau buat dekat aku, masuk mengejut suke hati tanpa minta maaf, esok lusa kene dekat kau pulak baru kau tahu. Jalan dah tentu jammed, kau nak ke kiri ke kanan dah knp? Yela, kau naik kereta kan bayar cukai bagai, aku ni naik moto ape la sangat. Mane kau nak pandang, kene dekat anak beranak kau tahu kau nak berangin. Lepas tu dia blah mcm tu je weyyy! Hareeee betul

Aku kan pakai spek pegi keje, spek aku terhantuk dekat helmet tu yang tercucuk dekat kening aku. Nasib baik kening weyyy kalau mate? Kasim selamat la akuuuuuuuuuuuuu. Kenot!


Ni last gambar kening aku, sebelum aku excident. 
YA ALLAH! Rindunyaaaaa

Aku naik ambulance weyyy pegi hospital. Yang best nye aku tak nangis pun haha. Mase aku call ibu aku nak
bgtau aku excident aku nangis sebab dengar suara ibu aku, drama sebabak laaaa. Lepas tu kan, mase dekat hospital semua orang terkejut tengok kening aku, aku ni mcm pelik teruk ke ehh ehh. Lepas kene cucuk dua jarum, xray bagai aku kene pegi bilik rawatan, haha. Tak nangis eh, sado naw aku ni. Lepas nampak ibu aku ape lagi, banjir aaaa HKL. Wakakaka! Mase tu mate aku dah tutup bagai,


Sempat aku ambik gambar, send dekat group whatsapp bgtau aku excident haha! 
Semua terkejut, aku leklek jeee. Katang molek! Haha

Doktor check, dia pun mcm blur nak gam ke jahit. Haha! Aku lagi laa, apehal kening aku ni weyyy. Pegi pulak aku dengan ibu aku menapak dekat bilik jahit dan trauma


Mase sampai doktor tak ade lagi, aku dengan nak terkencing semua cukup. Ambik kesempatan la aku pun, pegi tandas. Weyy tandas mandi mayat kot, seram sejuk aku. Haha! Lepas settle tunaikan hajat, aku beranikan diri bukak kapas dekat mata aku tu, tapi aku takut jugak nak ambik gambar dah laa sebelah bilik mandi mayat. Mcm mcm fikir hoihh, saiko gile aku. Haha! 


Taraaaaaaaaaaaa
 Dengan tangan berbalut, sebelah tengan nak ambik gambar sebelah tangan nak pegang kapas.
Seksa! Last last aku campak kain balut tangan tu, rimas. Lantok sane nak sakit ke tak.
Ngeri ehh tengok. Luka tak cantik doktor cakap. Dah tu sempat pulak aku nak cantikkan luka mase jatuh tu
Hahahahaha!

Nak tunggu doktor tu nak jahit punya la azab, sejam. Ibu aku dah la puase, dah pukul 9 lebih ibu aku tak berbuka lagi, kesian ibu. Mengamuk la orang tua tu, padahal aku sorang je yang nak jahit. Lahaiiii, lembab naw naw. Tapi aku takut jugak, kang sebab ibu aku bising doktor tu lepas geram dekat aku. Cepat cepat aku minta maaf dekat nursem dekat doktor " SAYA MINTA MAAF, IBU SAYA PUASA TAK BERBUKA LAGI TU YANG DIA MARAH". Kahkahkah! Nurse tu sangat memahami.

Nurse cakap nak gam je luka aku, doktor cakap tak boleh sebab luka aku tak cantik. Lalu doktor pun bawak segala mak nenek gunting benang jarum, huwaaaaaaaaaa!

Dia cungkil kaca kaca dalam kening aku. Kau bayangkan? Aku tak nangis, aku bayangkan muke ibu aku, kesian ibu aku beranak dekat aku dulu. Kemain nak anak 10 la 8 la, lepas nak kena jahit terus bertukar impian cita cita, taknak beranak terus jadinyeeeeee kahkahkah! Bertabahkah wahai suamikuuuuuu


Lepas jahit, taraaaaa. Mata dah mcm ape dah ni. Lebam bengkak habis weyyy!
Tidur tak lena, menakutkan sangat nak pejam mate. Sakit tangan nak letak mcm mane entah 


Pagi Ahad, ehh sempat lagi aku join ibu, adik adik aku pegi breakfast haha! 
Semua pandang aku mcm nampak alien, leklek hakak tak makan orang.

 

Keluar pegi hantar moto dekat bengkel leklek jeee, retis sanga weyyy!
Balik sepang pun leklek je, kau mampu balik kmpg dlm keadaan mcm ni haha. 



Kesian bebyyyyyy, tak ape lepas ni i bawak you hati hati ikut line kiri je.
Aku tak serik nak bawak moto sebab pegi keje naik moto heaven dari kereta, lembab
sangat. Pishang atas kereta hadap jammed!


Pagi ni ade medical check up, kemain retis pakai pegi hospital haha. 
Orang pandang je. i bukan ape pakcik makcik datin datuk adik adik sekalian,
kang bukak spek kang uolls lari tak cukup tanah tengok mate i  terpaksa i masuk dulu jumpe
doktor, haha! Kite ikut giliran laa yee masuk jumpe doktor
Lepas tu kene xray mata lagi sekali, aku dah la pakai shawl lilit lilit, ehh sakit hati mak nak oiii.
Lepas tu kene refer orthopedic bagai, jam dah pukul 12 lebih, mmg idok la aku nak pegi, aku blah mcm tu je. Nasib laaa aku dah malas nak ke hulu ke hilir, ajak adik aku balik rumah terus.


Ni baru dinamakan TENGKORAK KAU! haha
MC sambung sampai minggu depan, ehh bosan gile kot aku duduk rumah.
Meh la sape sape nak melawat aku, datang rumah bawak buah tangan yee kahkahkah!



Aku kene pantang makan telur, kicap. Feberet sangat tu weyyy! Stress okay, aku hanya mampu melihat telur dalam peti ais je. Leleh ailio iolls tengok :( 
 
Tu je aku nak merapu untuk hari ni, terima kasih abang wira sebab lari blah mcm tu je. Kalau kene mate aku, Allah je mampu balas dekat kau. Redha :(



Cemane nak ukir kening eh?
Wakakakaka!
 Buoyyyyy



 

































 

Friday, May 13, 2016

Kembali menghantui diri anda!


Sekian lama aku lupa password blog aku, akhirnyaaaaaa. Taraaaaaaaaa >_<
Ehh emotion gelak sakan tak ada laaa. Kalau ada harus aku gelak macam orang gilaaaa.
Aku rasa last update blog tahun lepas haha! Lupa ya amat sihhh

Ramai member aku tanya, aku dah deactived ke blog sebab banyak post aku dah hilang. Ehh tak ade laa, aku terpaksa hidekan (terpaksa weihh) beribu kenangan manis menghiris kalbu dalam blog ni.
Ehh malas nak ingat. Begitu sedih dan pedih


Sekian untuk hari ni,
Gadis comel nawww (muntah hijau)
XOXO