Monday, August 17, 2015

Officially 22, yeayyy!


Hari ni genap 22 tahun. Auwww! Tahun lepas birthday aku sangat tak syok. 17 Ogos tu Ewan bawak aku round Zoo Kemaman. Ya aku mengaku aku memang suka pegi zoo tengoh haiwan. Aku rasa best. Dah 3 kali tak silap aku pegi Zoo Kemaman. Zoo Taiping dah pegi Zoo Negara tak payah cakap la memang banyak kali. Zoo paling best yang pernah aku pegi dekat Gambang. Safari Park! Heaven gila pegi zoo tu. Sbb binatang semua terlepas. Harimau Gajah Zirafah dan seangkatan dengan dia semua bebas. Kita duduk dalam lori je tapi ber'aircond' ya. Ehh apehal tiba tiba keluar cerita zoo ni? HAHAHA

Sambung balik cerita.
Balik dari zoo dalam pukul brp entah, sampai depan rumah bajet dalam pukul 12 la konon. Sempat la aku nak tunggu Ewan wish birthday sebelum tidur. Tapi nan ado ya. Alih handfonebunyi.Ade orang wish birthday aku tapi tak guna nama dia. Like pakman tempe, pakmustar and tukang kebun like that aaa. Ewan terus badmood sampai aku kena marah tuduh laki mane sms. Dia baru nak jadi orang pertama. Kongajo sangat!

Lepas tu terus aku masuk bilik nangis sepuas puasnya. Sampai ke esok pagi mood dia still tak okay. Ewan memang pelupa ya bab bab tarikh ni. Dia memang takkan ingat. Even birthday makpak dia pun aku terpaksa ingatkan "pa esok birthday mak, pa esok birthday ayah jangan lupa". Bukan setakat tu je ye. Lesen dia mampus pun aku kena marah sebab tak ingatkan dia. Dah dua minggu mampus dia call masa dekat kolej cakap dia bawak kereta lesen dah mampus. Kahhhhh! Derrr sangat.

Smlm tepat 11.59 brp saat entah laa, mungkin jam dia dah pukul 12 kot whatsapp dia masuk. Maigod! Tak boleh baca sebab handfone hang. Engko dah knp experia hoihhh? Nak iphone ke? Lek lek bagi Ewan beli 6s dulu hahaha. actually dalam pukul 11 lebih lebih tu aku tengok whatsapp dia tengah typing. Lame gila. Mase tu aku tgh whatsapp dengan adik dia. Aku tak harap lansung Ewan akan wish birthday tepat jam 12. Tapi ! Ewan wish birthday aku tepat jam 12. Tak dapat menahan. Laju laju reply. Isi kandungan dia biarlah rasiaaaa. Dia suruh tunggu minggu depan nak dtg kl dengan mak ayah dia. Jangan dia tolak aku masuk kolam dah aaa. Hahaha

Tengkiu guys yang wish birthday! Aku memang suka suprise kan birthday orang, serius. Hari ibu birthday ibu, birthday ewan mak adik dia, tok aku, toksu sepupu sepapat memang aku suka. Aku suka orang rasa dihargai. Lari beli kek dalam hujan pun aku sanggup. Mase study dulu mane ade duit sangat tapi aku beli kek dekat member sebab aku nak diorg happy. Bila birthday aku, orang bagi ucapan pun aku rasa best sangat dah. At least orang ingat birthday aku. Adik ewan siap buat video untuk aku, best sangat ni. Tengkiu adik ipar muahh setepek!



Terima kasih ibu melahirkan kakak dekat dunia ni. Membesarkan kakak seorang diri tanpa abah. 
Besar pengorbanan ibu. Halalkan susu yang pernah ibu bagi dekat kakak.
 Sayang ibu dunia akhirat. Mmuahh mmuahhh !


Birthday girl,
I love you guys.

No comments:

Post a Comment