Sunday, August 16, 2015

Jiran Saiko


Jiran sebelah kanan rumah aku ni mmg lately ni aku tengok macam tak brp nak betul. Ke aku yang berperasaan macam tu? Eh eh eh aku masih waras eh. Pakcik sebelah ni mmg jarang nampak aku sebab aku study dulu. Bila aku dah habis study ni mmg selalu nampak la kan.

Bangun pagi cuci baju, nak jemur lepas tu aku nampak ade org intip intip aku. Jemur baju opkos la dekat luar kan. Terkinja kinja tengok aku jemur baju. Kau rasa? Hoihhh pakcik iolls jemur baju je kot. Bukan nya aku buat konsert. Untuk pengetahuan korang eh bukan sekali tapi boleh dikatakan setiap kali aku jemur baju mesti dia mengintai macam tu. Ni penyakit ke ape eh? Ade sekali tu aku tengah siang ikan, aku buka air sinki. Tengah kusyuk cuci perut perut ikan tu tiba tiba air slow. Eh apesal ni? Aku sorang je dekat rumah time tu. Bile ibu balik aku cerita dekat ibu aku. Ibu aku check air dekat depan rumah. Sahhhhh! Ade orang tutup. Kongajo betul. Tak lain tak bukan mesti jiran sebelah. Hoihhh pakcik kau dah knp!!!!

Smlm anak dia pulak tengok. Budak sekolah lagi. Aku tgh nak jemur kain jgk dia tengok. Aku geram terus tanya, knp? Dia boleh geleng geleng kepala. Ape dia nampak macam aku ni tengah pakai bikini lepas tepi pantai ke?



tu je nak cakap,
prmpn sakit hati

No comments:

Post a Comment