Friday, August 28, 2015

Pelik tapi benar


Pecah record hupdate pukul 12 midnight lebih. Semangat kemerdekaan sangat hoihhh! Hahaha

Umur semakin meningkat ni semakin menjadi jadi kemalasan aku.
Amboi, biase dia ni! Lately ni aku cepat touching gila oing oing dengan orang sekeliling aku.
Dengan ibu pun jadi kerja. Kena tegur sikit meleleh airmata.
Bajet orang tak sayang kau ke ape syaa? Cissss sangat
Contoh kan, aku rebus cili kering lepas tu cili kering tu sikit sangat.
Ibu tegur sikit cemane nak masak, terus rasa nak menangis. Saiko gila! Awaaa sia tak kuaaaaad

Lepas tu sejak Ewan last sem ni kan, dia memang sibuk dengan segala projek maknenek tu aaa.
Dia memang tak ade mase nak layan aku semua. Aku leklek je aaa. Dulu kot la menggelabah tak tentu pasal bila dia tak reply whatsapp. Prmpn kan, syaiton sangat pemikiran.
Dia tak reply aku leklek je aaa. Sehari sekali je dengar suara dia kadang tu. Dulu cannot eh, kau nak pegi mane kena call bagitau HAHAHA! Skrg i is okay je.
Tiba tiba hari ni dia whatsapp aku, ayat mcm nak marah marah. Kalau dulu aku hentam balik tapi skrg aku lek je baca whatsapp, maki makian tak ade dah sbb dah 22 kate ko HAHAHA!
Lepas aku baca aku buat taktahu je aaa, sbb tau dah perangai castello dia tu.
Aku tak brp layan sangat whatspp dia. Dalam 10 minit dia whatsapp minta maaf sbb marah aku tadi.
Lepas tu aku menangis. Menangis sbb dia minta maaf? Tak boleh blah lansung alasan aku menangis. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! 
Sangat kelakar alasan aku.



Tu je nak cakap.
Eh satu lagi, kepada awak awak tu.
Saya minta maaf *harap terasa




Aku dah knp?

Monday, August 17, 2015

Officially 22, yeayyy!


Hari ni genap 22 tahun. Auwww! Tahun lepas birthday aku sangat tak syok. 17 Ogos tu Ewan bawak aku round Zoo Kemaman. Ya aku mengaku aku memang suka pegi zoo tengoh haiwan. Aku rasa best. Dah 3 kali tak silap aku pegi Zoo Kemaman. Zoo Taiping dah pegi Zoo Negara tak payah cakap la memang banyak kali. Zoo paling best yang pernah aku pegi dekat Gambang. Safari Park! Heaven gila pegi zoo tu. Sbb binatang semua terlepas. Harimau Gajah Zirafah dan seangkatan dengan dia semua bebas. Kita duduk dalam lori je tapi ber'aircond' ya. Ehh apehal tiba tiba keluar cerita zoo ni? HAHAHA

Sambung balik cerita.
Balik dari zoo dalam pukul brp entah, sampai depan rumah bajet dalam pukul 12 la konon. Sempat la aku nak tunggu Ewan wish birthday sebelum tidur. Tapi nan ado ya. Alih handfonebunyi.Ade orang wish birthday aku tapi tak guna nama dia. Like pakman tempe, pakmustar and tukang kebun like that aaa. Ewan terus badmood sampai aku kena marah tuduh laki mane sms. Dia baru nak jadi orang pertama. Kongajo sangat!

Lepas tu terus aku masuk bilik nangis sepuas puasnya. Sampai ke esok pagi mood dia still tak okay. Ewan memang pelupa ya bab bab tarikh ni. Dia memang takkan ingat. Even birthday makpak dia pun aku terpaksa ingatkan "pa esok birthday mak, pa esok birthday ayah jangan lupa". Bukan setakat tu je ye. Lesen dia mampus pun aku kena marah sebab tak ingatkan dia. Dah dua minggu mampus dia call masa dekat kolej cakap dia bawak kereta lesen dah mampus. Kahhhhh! Derrr sangat.

Smlm tepat 11.59 brp saat entah laa, mungkin jam dia dah pukul 12 kot whatsapp dia masuk. Maigod! Tak boleh baca sebab handfone hang. Engko dah knp experia hoihhh? Nak iphone ke? Lek lek bagi Ewan beli 6s dulu hahaha. actually dalam pukul 11 lebih lebih tu aku tengok whatsapp dia tengah typing. Lame gila. Mase tu aku tgh whatsapp dengan adik dia. Aku tak harap lansung Ewan akan wish birthday tepat jam 12. Tapi ! Ewan wish birthday aku tepat jam 12. Tak dapat menahan. Laju laju reply. Isi kandungan dia biarlah rasiaaaa. Dia suruh tunggu minggu depan nak dtg kl dengan mak ayah dia. Jangan dia tolak aku masuk kolam dah aaa. Hahaha

Tengkiu guys yang wish birthday! Aku memang suka suprise kan birthday orang, serius. Hari ibu birthday ibu, birthday ewan mak adik dia, tok aku, toksu sepupu sepapat memang aku suka. Aku suka orang rasa dihargai. Lari beli kek dalam hujan pun aku sanggup. Mase study dulu mane ade duit sangat tapi aku beli kek dekat member sebab aku nak diorg happy. Bila birthday aku, orang bagi ucapan pun aku rasa best sangat dah. At least orang ingat birthday aku. Adik ewan siap buat video untuk aku, best sangat ni. Tengkiu adik ipar muahh setepek!



Terima kasih ibu melahirkan kakak dekat dunia ni. Membesarkan kakak seorang diri tanpa abah. 
Besar pengorbanan ibu. Halalkan susu yang pernah ibu bagi dekat kakak.
 Sayang ibu dunia akhirat. Mmuahh mmuahhh !


Birthday girl,
I love you guys.

Sunday, August 16, 2015

Jiran Saiko


Jiran sebelah kanan rumah aku ni mmg lately ni aku tengok macam tak brp nak betul. Ke aku yang berperasaan macam tu? Eh eh eh aku masih waras eh. Pakcik sebelah ni mmg jarang nampak aku sebab aku study dulu. Bila aku dah habis study ni mmg selalu nampak la kan.

Bangun pagi cuci baju, nak jemur lepas tu aku nampak ade org intip intip aku. Jemur baju opkos la dekat luar kan. Terkinja kinja tengok aku jemur baju. Kau rasa? Hoihhh pakcik iolls jemur baju je kot. Bukan nya aku buat konsert. Untuk pengetahuan korang eh bukan sekali tapi boleh dikatakan setiap kali aku jemur baju mesti dia mengintai macam tu. Ni penyakit ke ape eh? Ade sekali tu aku tengah siang ikan, aku buka air sinki. Tengah kusyuk cuci perut perut ikan tu tiba tiba air slow. Eh apesal ni? Aku sorang je dekat rumah time tu. Bile ibu balik aku cerita dekat ibu aku. Ibu aku check air dekat depan rumah. Sahhhhh! Ade orang tutup. Kongajo betul. Tak lain tak bukan mesti jiran sebelah. Hoihhh pakcik kau dah knp!!!!

Smlm anak dia pulak tengok. Budak sekolah lagi. Aku tgh nak jemur kain jgk dia tengok. Aku geram terus tanya, knp? Dia boleh geleng geleng kepala. Ape dia nampak macam aku ni tengah pakai bikini lepas tepi pantai ke?



tu je nak cakap,
prmpn sakit hati

Cara letak profile badge fb dekat blog


Puas aku godek godek pasal benda alah ni. Akhirnya jumpa jugak, thanks awak Leen's

Langkah pertama kenssss, ikut tauuuu. Klik link ni > tekan sini weihhh! < Dah ke belum? Dah? Okay good. Bile dah klik link tu kau akan nampak mende macam ni



Lepas tu kau klik profile bagdes. Lepas tu kau kena log in acc facebook. Pastikan ade acc facebook sendiri, jangan kau gatal miang guna facebook adik beradik sepupu sepapat kau pulak eh. Yang tak ade facebook tu sorry laaa tak mampu hakak nak tolong eh HAHAHA!


Bila kau dah log in terus automatic dia keluar acc facebook kau. Memang tak la kau log in guna email kau tiba tiba keluar acc jiran sebelah rumah kau. Jodoh sebelah rumah sangat lettewwww! Lempang satu kali.


Dah siap! Senang kan? Gambar ni aku malas nak crop. Tengok la ape segala tab yang aku buka. Usha kiri sekali tu weihhh. I is tengah layan zikir sambil update blog, sejuk perut mak ewan dapat menantu macam ni kahhhhhh! Sebenarnya tengah hujan lebat nak arwah ni, aku kan penakut bunyi kuat nak mampus ni, pasang zikir salah tak kena laa. Gambar facebook aku dengan ewan eh? Tak perasan. Kang confirm ade org whatsapp aku cakap tak ade mood nak baca blog dah. Ehh takmau takmau. Kite mmg suke orang jealous, jealous tande nye syg. Hahahaha! 



Selamat mencuba yaww!
Menantu kesayangan kak mah, auwwww!


Insurans Nyawa


Dah lama aku cari pasal insurans nyawa ni. Azrul alis dengan azril senang, abah diorg askar dah tentu layanan A+++++, aku ni satu ape pun tak ade. Prudential tu yang paling famous amos pun tapi idok la aku banyak duit nak bayar. "Eh insurans nyawa kot, takkan nak berkira sangat"? Opkos aku berkira sbb aku tak kerja lagi HAHAHA! Ibu tak payah risau la sbb ibu ade daddy kan. Kalau aku ade duit tak kisah sangat, ni pun kais pagi makan pagi kahhhhh! (gelak baru lagi)

Aku mmg suke bace blog sis ni kak filla . Idola sangat ni, hahaha. Hai filla gojes *lambai tangan
Minggu lepas ke dua minggu lepas kot aku terbaca pasal insurans nyawa yang dia update. Punyalah kusyuk aku baca eh. Monolog dalam hati "eh macam bagus''. Kebetulan duit dalam bank aku tengah berkepuk-kepuk time tu, laju je tangan beli. Bukan ape, untuk mase depan aku sendiri jugak kan. Cewahhhh mase depan. Dah la murah gila. Actually Ewan dah lama suruh cari pasal insurans ni. Dia hari tu mak dia yang belikan. Kalau dia yang beli confirm dia beli untuk prmpn kesayangan dia ni. Ewahhhh! Haktuihhhh *hai stalker kesayangan hamba, mmuahh ciked

Insurans yang filla cerita ni bayaran setiap bulan eh. Ikut umur tau. Suka suka suka! Malas membebel panjang lebar, ni link pepandai la kau baca dekat blog kak filla kasihaleeya.blogspot.com . Kau tekan je link tu, kau baca la ape yang di bebelkan kak filla tu. i is suke je HAHAHA!


Credit to kak filla, mmuahh ciked :*
Arios amigos :)

Maki hamun


Aku rasa banyak benda dah aku berubah. Very the matang uolls HAHAHA! Kalau dulu setiap kali benda yang aku tak puas hati ke orang mengata aku ke mesti terus aku update dekat facebook aku maki kaw kaw. Sekarang tidak lagi ya, faktor usia barangkali kahhhhhhh! <<< Gelak versi baru eh?

Dulu aku gaduh dengan pakwe opkos aku update maki hamun terus, pedulik hape kan. Biar orang nampak ''pehhh brutal siot minah ni''. Tu dulu eh dulu dulu punya cerita. Fikir fikir balik Ya Allah sungguh tidak matang perangai. Dulu first time gaduh dengan Ewan mmg aku maki hamun dekat facebook. Pedulik perasaan dia, ingat aku heran. Dia lek lek je. Lame lame, kawan tu pendam kot sekali dia lepas terkejut beruk hoihhh! Hahaha. Terus diam. Aku ni dah la jenis bangse susah nak nangis kalau dengan laki, kena dgn dia melalak meraung lagu new boys. Hahaha!

Ibu pesan tak payah nak kongsi perasaan sangat dengan orang dekat facebook tu. Dulu aku macam 'eh biarlah, tak fun lansung ibu ni' tapi aku bermonolog dalam hati je aaa. Kahhhhhh! Lagi sekali gelak patern baru kate ko. Sekarang ni baru aku faham bila aku baca status orang dekat facebook. Hoihhh geli bulu ketiak aku weihhh. Kau dah knp nak maki orang kak jah weihhh? Dulu aku pun macam tu jugak eh? Maluuuuuuuuuu >_<



Hai stalker A.I < jgn cakap sis tak ingat, auwwwww!
Muahhh ciked :*

Thursday, August 13, 2015

Lama pendam jadi pekasam!


Hari tu aku ada cerita kan pasal laktop aku terformat sendiri. Semua orang tak percaya, member aku si Zul tu pun aku cerita pasal laktop aku format sendiri. Boleh ke dia tibai p gelak? Eh eh suke kau eh. Tapi serius weihhh! Aku rasa laktop aku ni tak bagi aku tengok gambar gambar lame. Banyak sangat kenangan dalam laktop. Gambar, video, assignment mase study dulu, segala proposal aku buat dulu. Aku la kuli dalam buat buat kertas kerja ni even aku ketua projek time tu. Eh jangan sebut dah pasal mende tu semua, kang aku sakit hati. Gambar mase duduk rumah sewa pun hilang dah, kau rase? Hahaha. Malas fikir. Tuhan tahu apa yang aku buat. Shadappp you bebeh. 

Ade je orang yang baca blog aku diam diam. Sedangkan acc GSC aku yang ade password pun diorg guna, ni kan pulak blog aku yang tak ade password ni kan. Kemon laaa! Aku tahu je sape yang guna acc GSC aku tu tapi malas kecoh. Biar dia baca blog aku sambil terbatuk. Cantik aaaa perangai kau prmpn. Mane boleh guna acc orang suke hati, aku report polis baru kau tahu. Berak cirit pulak nanti sambil jalan. 

Dulu nak update blog cakap lepas fikir duatigapatploh juta kali skrg ni lantok aaa. Malas fikir perasaan orang sbb orang tak fikir perasaan aku. Pendam jadi gila nanti eh. 


Prmpn paling sopan,
Cinderella