Wednesday, June 03, 2015

Gambar kodak


Zaman dulu mana whatsapp wechat bagai ni kan, so haruslah guna camera kodak. Nasib la elok ke idok camera tu. Redha je la. Aku bangga gila kot dapat bawak camera kodak pegi sekolah HAHAHA. 36 keping eh. Bergambar tak puas lansung sebab sayang kodak. Handfone infrared je kot time tu, sape ade tu kira canggih laa. Lagu rakam je eh dekat radio, mase tengah rakam tu sape bising siap laa. Nak buat ringtone mane boleh bising-bising. Paling kuat pun, belek-belek majalah mangga beli lagu monoponik polyfonik. Wakakaka! Zaman batu sangat!


Muke tu tak boleh blah lansung. Pipi aku tu dari zaman sekolah memang telah ditakdirkan comel macam gitu kot. I suke je tengok hahaha. Syifa hoihhh, hang tengok apa sampai lidah terkeluar? Lucah la hang ni. Start kawan dengan dia since form 1 kot, tapi aku kenal dia dari darjah 6 sebab dengar cerita dia couple dengan member aku ajun. Ajun famous kot masa sekolah rendah sebab lari laju. Hahahaha bodoh nya lahai. Masuk form 1 kenal dia, satu kepala la jugak. Lagi sorang tu Wanie, aku tak suka dia sebenarnya sebab dia bajet2 manja dengan laki, tercabar kewanitaan aku. Hoihhh! Budak-budak sangat time tu. Tapi kawan jugak, dasar perempuan aku ni. Wanie tu lost contact dah tapi Syifa baru contact balik sekarang. Dia dah kawen anak sorang, very the comel.


Kasut tu tahan tengok, highcut kot hoihh. Harus kain singkat tudung singkat sebab sekolah banjir. Bila dikenangkan balik, aaaaa bodoh malu ya amat.


Shafiena Riwayat. Satu sekolah dari darjah enam sampai form 1 lepas tu dia pindah. Muke tetap tak berubah hang ni weihhh. Awet muda sangat! Tengok muke dulu dengan sekarang, mak nenek hitam melegam. Terasa cinderella sangat sekarang ni sebab kulit cerah sekata dengan fair and lovely. Poyo!


Atlet sangat ni weihhh. Genggam medal biar sampai kenyang! Lepas tu balik rumah kaki terkocoh-kocoh. Aku ingat lagi budak sekolah Hussein Onn tumbuk aku punya tuttttttt, lebam bodoh hoihhh! Sakitnya tuh disitu yaaa.


Aku malas nak comment tengok gambar ni. 
Sendiri fikir laaa weihhh. 
Muka kanak-kanak sangat ni. 


Tudung aku very the tajam!
 Ekin, hang posing manja boleh dengan paten.


Kalau ada award untuk ratu posing mesti menang dekat Ekin.
 Huh, lap peluh tengok hang posing woihhh



Arios amigos,
Syasya Si Cinderella




No comments:

Post a Comment