Wednesday, June 03, 2015

Air masak


Dulu aku ada satu masalah pasal nak telan air masak ni HAHAHA. Masa sekolah dulu kalau kau perasan kan, anak-anak cina mesti bawak air masak satu bekas besar gedabak tu. Tak kesah muke gangster macam mana pun mesti bawak. 

Ingat lagi aku time form 2, duduk kelas belakang-belakang tapi tak ade lah bodoh sangat eh, tengah-tengah laa. Separuh pandai separuh bodoh kot time tu, kalau bercinta ke gaduh ke aku pandai la tapi kalau belajar aku bodoh siket time tu, kahkahkah! Time tu kelas aku campur cina india melayu, *DSN tengok mesti bangga. Laungan kuat 1 Malaysia! Hahaha. Cina kelas semua segak bergaya pegi kelas, siap bawak sikat, nail polish bagai hoihhh. Ada kembar cina laki ni muke bapak handsome ala-ala kongsi gelap punya orang tapi bawak air eh sandang tepi. Kahkahkah! Lagi sorang cina ni perempuan, lidah siap bertindik rambut macam-macam fesyen weihh. Tapi bawak air jugak ehh. Gua tabik sama lu ;) Budak melayu india? Beli air dekat koperasi je la. Dasar pemalas! 

Masa sekolah sape yang tak nakal kan? Tak best la kalau nerd sangat. Setakat terjun banggunan sekolah, pakai baju pj ponteng sekolah, sakit perut ponteng kelas ape la sangat kan? Kahkahkah. Kelakar eh kelakar kelakar. Rindu terus zaman sekolah. Esok kite buat edisi throwback pulak dari darjah 5. 




Salam sayang,
Ewan's Fav Girl

No comments:

Post a Comment