Thursday, June 25, 2015

Sembang kosong


Al kisahnya hari ni konon2 aku nak kongsi resepi kek butter paling senang di dunia laa tapi gambar dalam handfone pulekkk. Malas gila nak transfer dalam laktop maka postpone la jawabnya ye *dasar prmpn pemalas. Resepi tu aku ambik dalam blog jugak, hahaha! Nanti kite mention nama blog dia. Alaa, uolls mesti kenal punya laa.

Tengok jam baru pukul 4.30, lambat gila kot nak berbuka. Google dulu gambar makanan supaya senang dapat aura HAHAHA!

Nak cakap tu je, bye :)





Prmpn kesayangan ewan,
Cinderella

Wednesday, June 24, 2015

Seqy Beauty


Bulan bila entah la entry aku ni tapi aku tak publish2 lagi. Siap tambah ayat lagi haaa.

Sape follow blog sis sepet dia tau la produk yang aku review ni. Aku tak ade la sehebat blogger blogger lain, sekadar suka suki jeeee. Aku follow blog sis ni sejak dia single, bertunang, kawen dan dapat beby. Mula2 kenal dia sorang je lepas tu habis semua adik beradik dia aku kenal, ala-ala kim kardashian sangat ni HAHAHA! Dulu aku selalu beli tabita dekat dia (kantoi pakai tabita, wakaka) lepas tu dia keluarkan produk sendiri. Pehhhh! Lap peluh aku dengar, aku rasa orang genius je kot boleh macam tu. Ke sebab aku yang malas? Kahkahkah! Hasil gabungan sis sepet dengan husband dia, maka terhasil lah Seqy Beauty. Cakap banyak tak guna, jom cuci mata dan cuci poket HAHAHA


Ni produk pertama yang berjaya dihasilkan oleh Seqy Beauty, bb cream. Mula2 beli tabita dapat free trial bb ni, saje gatal nak try guna padahal dalam hati memang dah niat nak beli hahaha. First cuba memang best gila kot. Bb cream ni dia cair, so dia tak melekit macam cream lain. Produk Essence pun bbcream dia boleh tahan mahal tapi melekit yaa sebab aku dah cuba ibu aku punya dulu. So engko jangan ingat produk mahal tu best tahap macam cinderella ye. Lepas pakai essence mak nenek aiii, berpeluh tahap aku nak cuci muka doplohpat kali. Lepas habis trial bbcream seqy beauty aku pun beli sebotol bbcream. Hoihhh! Comel sangat botol dia. Nak usung sana sini senang sangat okay? Disebabkan masa tu aku study lagi, maka cepatlah habis bbcream tu, dalam dua bulan lebih kot, ke tak sampai eh? Setiap kali lepas mandi aku wajib tempek dekat muke. Repeat kali kedua. Tahan lama siket laaa yang kedua ni sebab sayang nak guna HAHAHA.

Lepas tu tiba2 seqybeauty keluarkan produk baru. Cleanser yang tersangatlah wangi nak arwah. Tak memasal hati berlonjak nak beli. Kalau beli cleanser saje rugi haruslah aku beli bbcream sekali even yang botol kedua tu habis lagi. Tamak gila!


Taraaaa, ni Kak Ara, kakak owner Seqy Beauty. Kan aku dah cakap, semua adik beradik dia aku follow. Peminat gittewww ;P Kak Ara, gambar ni comel sangat tu sebab ambik gambar ni. Engkorang kalau nak order boleh dekat Kak Ara tauuuu. Tu dah siap nama IG aku bagi. Promote sangat ni weihhh

Cleanser dengan bbcream botol ke 3 aku beli dengan kak Ara ni laa. Sangat peramah okay, tittew shukeeee :) Setiap kali masuk bilik air nak cuci muke, kau rase? Hahaha. Macam tipu kan? Tapi percayalah ye. Itu adalah kenyataan. Aku syak la kan, sejak aku pakai produk ni parut dekat muke aku makin pudar. Serius talk weihhh!


Ni muke aku tak pakai bbcream, parut jerawat engko jangan cakap laaa. Jerawat tu macam nak tunjuk aku sorang je ade jerawar besar gedabak macam tu dalam dunia. Kongajo sangat!



Nampak tak perbezaan dia? Bbcream ni ade 3 kod tak silap aku. Dari botol pertama lagi aku memang pilih kod 2. Natural gittewwww. 

Sebab2 engko kena cuba bbcream ni:
Bbcream ni sangat sesuai untuk semua kulit, engko hitam ke sawo matang ke pramatang ke memang sesuia laa. Contoh macam engko ade masalah parut macam aku ni kan, bbcream ni dapat tutup parut2 tu, lepas tempek bbcream dekat muke terus muke berubah jadi cinderella, tak payah pakai bedak pun tak ape dah. Bbcream ni dapat mem'flawles'kan kulit korang macam beby. Gittewwww! Jangan risau eh, bbcream ni dapat melindungi kulit korang dari sinaran UV. No more bintik hitam eh. Dan yang paling penting dia tak berminyak, melekit. Kan aku dah cakap tadi macam air je, lembut bak hang!



Ni sebab engko kena pakai cleanser Seqy Beauty:
Kalau engko pakai maskara kan, susah gila nak tanggal. Ke aku sorang je? Hehe
Pakai cleanser ni sekali je dah tanggal tak payah cuci banyak kali. Buih dia tak payah cakap laa, engko picit sekali dua pun memang dah banyak gila buih dia.



Ade dua produk terbaru, sakura mask dengan skincare. Aku dah tengok testimoni diaa, rata2 semua positif. Sakura tu paling win kot, telan ailio baca. Memang superb! Bukan setakat mak2 tapi anak2 bapak2 pun boleh pakai. Memang jimat gila kot. Cakap banyak taknak laaa, korang kena beli. 


Klik > Seqy Beauty < kalau korang nak order. Tak pun search je dekat instagram Seq Beauty nak order. Boleh pos boleh Nak order dekat kak Ara pun boleh.






Sekian dari saya, *botol ketiga bertahan sampai hari ni :P
Cinderella :)




Wednesday, June 03, 2015

Gambar kodak


Zaman dulu mana whatsapp wechat bagai ni kan, so haruslah guna camera kodak. Nasib la elok ke idok camera tu. Redha je la. Aku bangga gila kot dapat bawak camera kodak pegi sekolah HAHAHA. 36 keping eh. Bergambar tak puas lansung sebab sayang kodak. Handfone infrared je kot time tu, sape ade tu kira canggih laa. Lagu rakam je eh dekat radio, mase tengah rakam tu sape bising siap laa. Nak buat ringtone mane boleh bising-bising. Paling kuat pun, belek-belek majalah mangga beli lagu monoponik polyfonik. Wakakaka! Zaman batu sangat!


Muke tu tak boleh blah lansung. Pipi aku tu dari zaman sekolah memang telah ditakdirkan comel macam gitu kot. I suke je tengok hahaha. Syifa hoihhh, hang tengok apa sampai lidah terkeluar? Lucah la hang ni. Start kawan dengan dia since form 1 kot, tapi aku kenal dia dari darjah 6 sebab dengar cerita dia couple dengan member aku ajun. Ajun famous kot masa sekolah rendah sebab lari laju. Hahahaha bodoh nya lahai. Masuk form 1 kenal dia, satu kepala la jugak. Lagi sorang tu Wanie, aku tak suka dia sebenarnya sebab dia bajet2 manja dengan laki, tercabar kewanitaan aku. Hoihhh! Budak-budak sangat time tu. Tapi kawan jugak, dasar perempuan aku ni. Wanie tu lost contact dah tapi Syifa baru contact balik sekarang. Dia dah kawen anak sorang, very the comel.


Kasut tu tahan tengok, highcut kot hoihh. Harus kain singkat tudung singkat sebab sekolah banjir. Bila dikenangkan balik, aaaaa bodoh malu ya amat.


Shafiena Riwayat. Satu sekolah dari darjah enam sampai form 1 lepas tu dia pindah. Muke tetap tak berubah hang ni weihhh. Awet muda sangat! Tengok muke dulu dengan sekarang, mak nenek hitam melegam. Terasa cinderella sangat sekarang ni sebab kulit cerah sekata dengan fair and lovely. Poyo!


Atlet sangat ni weihhh. Genggam medal biar sampai kenyang! Lepas tu balik rumah kaki terkocoh-kocoh. Aku ingat lagi budak sekolah Hussein Onn tumbuk aku punya tuttttttt, lebam bodoh hoihhh! Sakitnya tuh disitu yaaa.


Aku malas nak comment tengok gambar ni. 
Sendiri fikir laaa weihhh. 
Muka kanak-kanak sangat ni. 


Tudung aku very the tajam!
 Ekin, hang posing manja boleh dengan paten.


Kalau ada award untuk ratu posing mesti menang dekat Ekin.
 Huh, lap peluh tengok hang posing woihhh



Arios amigos,
Syasya Si Cinderella




Sekolah


Sambung entry semalam pasal sekolah, versi throwback sangat ni lepas tu memleleh airmata sebab rindu sekolah. Bukan rindu nak belajar dalam kelas tapi rindu nak gosip sana sini. Kahkahkah! Kerja sekolah jangan harap la nak siap on time eh, haruslah aku tiru orang. Kau bayangkan aku ade 4 sekolah rendah 4 sekolah menengah tu tak campur sekolah tadika lagi. Anak askar kate ko HAHAHA.

Mase sekolah start form 1 aku dah start aktif bola baling sampai form 3. Ehh haruslah menang eh walaupun form 1 aku hanya jadi keeper. Sangat tidak menyukainya! Form 2 pun sama tapi tak jadi keeper dah, i is malas u know tangkap-tangkap bola. Tangkap Ewan aku suka laa, hahaha *makcik-makcik aku baca ni mesti fikir lain, takmau-takmau.

Masuk form 3 kena pindah sabah pun tetap aku aktif bola baling. Sorang-sorang pun aku sanggup eh. 100 meter, 400 meter, 4x400 meter pun aku bedal. Alhamdullillah aku berjaya bawak balik medal untuk ditayangkan kepada adik-adikku, wakakaka! Masuk form 4 pun tetap sama aku aktif jugak olaharaga walaupun tak menang satu habuk pun eh gara-gara lari dengan Eyma kejar burung tak lepas, kecewa gila aku rasa. Tapi atas semangat setia kawan aku tetap setia berlari dengan Eyma. Muahhh ciked!




Salam sayang,
Perempuan paling comel

Air masak


Dulu aku ada satu masalah pasal nak telan air masak ni HAHAHA. Masa sekolah dulu kalau kau perasan kan, anak-anak cina mesti bawak air masak satu bekas besar gedabak tu. Tak kesah muke gangster macam mana pun mesti bawak. 

Ingat lagi aku time form 2, duduk kelas belakang-belakang tapi tak ade lah bodoh sangat eh, tengah-tengah laa. Separuh pandai separuh bodoh kot time tu, kalau bercinta ke gaduh ke aku pandai la tapi kalau belajar aku bodoh siket time tu, kahkahkah! Time tu kelas aku campur cina india melayu, *DSN tengok mesti bangga. Laungan kuat 1 Malaysia! Hahaha. Cina kelas semua segak bergaya pegi kelas, siap bawak sikat, nail polish bagai hoihhh. Ada kembar cina laki ni muke bapak handsome ala-ala kongsi gelap punya orang tapi bawak air eh sandang tepi. Kahkahkah! Lagi sorang cina ni perempuan, lidah siap bertindik rambut macam-macam fesyen weihh. Tapi bawak air jugak ehh. Gua tabik sama lu ;) Budak melayu india? Beli air dekat koperasi je la. Dasar pemalas! 

Masa sekolah sape yang tak nakal kan? Tak best la kalau nerd sangat. Setakat terjun banggunan sekolah, pakai baju pj ponteng sekolah, sakit perut ponteng kelas ape la sangat kan? Kahkahkah. Kelakar eh kelakar kelakar. Rindu terus zaman sekolah. Esok kite buat edisi throwback pulak dari darjah 5. 




Salam sayang,
Ewan's Fav Girl