Friday, May 22, 2015

Tak boleh duduk diam


Betul la cakap ibu, aku ni mmg tak reti duduk diam dekat rumah kalau ewan ada. Eh opkos laa, mane tahan asyik tengok je dia duduk terbongkang tidur tak pun main iphone depan tv sambil silang kaki. Siap goyang kaki eh, biase sangat dia tu. Daripada sakit mata tengok dia, sebaik-baiknya aku ajak dia cuci mata. Baru tenang hati aku, lega. Tapi tapi, kalau balik kmpg opkos aku kena usung adik-adik aku sekali. Tak tenang sangat weihhh, huh! Tapi jalan berdua je dengan ewan, lantak engko la dik HAHAHAHA.

Rabu lepas pegi pantai merdeka sebelum ewan balik Kemaman. Nak ajak dia naik bot lepas tu boleh pegi beli belacan dekat mak dia dan aku syak dia mabuk laut kot sebab dia diam je atas bot tu. Aku syak je la eh tapi tak berani cakap depan-depan mesti dia takkan mengaku, jatuh martabat dia, hihi.


Mak nenek rambut ewan, kena tiup sepoi-sepoi bahasa. 
Selekeh sangat hoihhh! Tapi aku suke je dia selekeh, 
senang hati duduk jauh-jauh HAHAHA


Bukan setakat rambut dia sepoi-sepoi bahasa, 
dengan shawl i pun terkena tempias.


Engko gila ke hape hoihhh? Dengan wedges bagai naik bot, 
nasib tak terjatuh jalan atas pasir.
Semua org tengok kasut aku masa nak naik, lepas ke eh tak lepas ke eh?
Pedulik ape aku kan, janji mcm neelofa. Kahkahkah!


Lesung pipi tu tak boleh nak bagi dalam lagi ke Chaaaa? 
Jealous kakak awak ni tau.
Amboi Ira, lentok sangat kepala tu. Anje sangat ashuuuu hahaha.


Orang pandang kami time ni, eh eh nak join ke geng power rangers kami?
Boleh je isi form, eh isi form online eh.


Engko tengok la adik aku. 
Chaaa, why chaa why? 
Semua gaya ala-ala 
Muslimah Sejati
America Next Top Model
Model sendu
Dewi Remaja


Us :)


MIH & SNA:)


Akhir sekali, terima laaa dari tuan belog. 
Aku sendiri tak pasti tu pipi ke kuih pau.
Pau daging ke pau ayam? HAHAHAHA




Assalamualaikum, 
Syasya
Prmpn paling comel di hati ewan, auwwww


Wednesday, May 20, 2015

Birthday boyyyy :)


Bismillah, akhirnya aku berjaya mencari kekuatan untuk mengedit semua gambar *bajet edit semua gambar la, padahal siket je ye.

Benda ni tak rancang lansung, otak last minute aku mcm nak pecah fikir. Padan muke aku! Tahun lepas tak sempat sambut birthday dia sebab dia ade ss dekat kolej. Tahun ni ss start lambat siket, boleh la kite menyambutinyeee, yehahhhhhhh*flip shawl ala-ala neelofa, auwww!

Engko ingat senang ke nak rancang semua ni? Memandangkan aku ni kalau nak keluar mesti bgtau dia, demi nak beli kek aku terpaksa menipu dia. Maafkan i abg sado ku. Aku dah ajak dia balik kmpg aku dah ptg tu, dia pun setuju. Dengan jayanya aku dengan ira pegi beli kek dalam hujan renyai2, nasib dia tidur, senang projek. Aku dah siap pack baju dalam beg, gosok baju. Tema merah hitam putih eh, awas kalau tak ikut. Ketuk ketampi seratus kali eh. Aku dah simpan kek dalam bonet kereta, boleh pulak ewan nak bukak bonet nak letak beg baju pulak. Menggelabah la aku hoihhh! Terus panggil suruh tengok petai dalam rumah, wakakaka! Bodoh sangat alasan aku. Sampai kmpg terus suruh ajen pegi kedai dengan ewan. Sambil tu bisik dekat adik aku suruh pegi lama-lama siket. Kahkahkah!



Punya sesak nafas tiup belon engko tau, sakit mulut2 ni *padahal sebiji je aku tiup, hahahaha! Kalau aku tipu pun, mcm la korang tau kan, hahaha. Eh aku jujur ni eh.


Dalang-dalang yang terbabit sama dalam filem ni. 
Ikutkan hati sebenarnya kite org nak buat dekat bowling je sbb rumah aku dekat bowling center.
Tgh2 main bowling bwk cake, auwww! 
Hebat sgt kan? Disebabkan terlampau hebat, kite batalkan jekk HAHAHAHAHA


Engko tengok laaa, maktok aku yang gigih sekali  eh ikat belon ni. 
Dia yang ikat semua belon2 ni tapi sebelum tu 
dah korbankan 2 bijik belon HAHAHAHA


Yeayyyy! Kek yang berjaya dirembat sampai duit habis licin dalam wallet. 
Huwaaaaaa :'( Demi abg sado ku redah je. 
Romantik gile kan aku *rasa nak lempang pipi 150 juta kali, hehe


Sekali pandang mcm Yuhanis pulak aku tengok muke aku ni. 
Sukeeeeeeee! Kahkahkah


Gambar time kantoi tak sempat nak ambik la pulak, cisss!
Adik aku nak pegi letupkan yang ala-ala mercun tu depan ewan tapi bende tu tak meletup, 
hoihhhh! Sakitnya tuh disini yaaa.
Aku pulak bwk kek, lilin terpadam,
sementara nak hidupkan lilin, ewan nampak pulak dekat cermin. Aaaaa!
Bodoh pulak aku rasa duduk depan cermin.


Gambar gelap siket sbb cuaca ptg tu pun mcm nak hujan.
First time kot aku beli kek dekat insan yang bernama 'lelaki'


Satu tabiat ewan yang paling aku tak boleh nak tahan, dia penakut belon HAHAHA.
Kalau ade belon hidup dia takkan tenteram ye.


See? Tetap tutup telinga.


Hoihhhh! Awat tak mcm Yuhanis dah ni?


Semua gambar dia semua dia tutup telinga, best kot kena kan dia. 
Suruh ape pun dia sanggup buat kalau ade belon HAHAHA


Mulut aku tu dah knp? Engko nak cakap ape syaaa hoihhh?
Terkumat kamit mcm mkn sirih dah.


Ape masalah alis ni? Buat goyang dumang pulak.
Tengok gambar aku, auwww!
Menatap mata kate engko. 
Tengki Zaril dgn Yuhanis sgt hoihhhh!



Alom sorang je tak ikut tema, rasa nak ketuk2 je dada dia tu bagi tenggelam semua.
HAHAHAHAHA


Buat insan yang bernama Mohd Izwan Hafiz bin Abdullah.
Selamat hari lahir yang ke 22 sayang. 
Semoga panjang umur, murah rezeki dan 
bahagia di samping insan jelita yang bernama syasya HAHAHA!
Semoga bersabar menempuh dugaan2 hidup yang mendatang.
Terima kasih sebab sentiasa ade dalam susah senang hidup maaa, sentiasa sabar dengan perangai comel ma ni, hahaha. Papa tau sape papa dihati ma.
Semoga panjang umur calon penuntun syurgaku. Aminnnnn
 I love you, I love you so much!