Tuesday, November 03, 2015

Clearence stock bebeh!


Anak ayam anak ikan, hoihhh aku bosan!

Kemain pantun dua kerat iolls hari ni HAHAHA! 



Dipersilakan cuci mata. Tu je aku nak cakap hari ni HAHAHA! Hujan woihhhh idea tak ade nak update. Jangan kecam iolls.

Shawl tu sehalai RM20 postage mcm biase la eh. Tapi kalau beli dua helai free postage. Haa, nampak tak tengah buat sale gilo gilo ni. 

Nak cakap tu je,
Arios amigos

Thursday, October 29, 2015

Feeling artis kahhhhhh!

Aku ni tgh tak ade idea nak mengupdate ape dah ni. Terima kasih bebanyak la anonymous, jasamu dikenang ya sbb bg idea. Membuak buak idea ni haaa weihh. Terima kasih ya bg aku perasan uqasha senrose ^_^


Gigih la baca blog aku pukul 2 3 pagi ni kahkahkah! Rajin pulak comment tu. Lahaiiii! 
Kau dah knp kak jah? Ni kerja prmpn je ni, laki tak ade nye nak comment comment bagai ni.

Kelakar pun ade juga eh, pakai lens tu bajet retis la eh? Hihi
First time aku dgr kakjah weihh, kelakar naw naw.
Kau tak pernah pakai lens ke? Ke mate kau mmg tak boleh nak terime lens tu sbb meroyan mcm prmpn hilang anak ni.
Tak ape laa, aku doakan anonymous ni berubah la yaa. Moga terbuka pintu hati tu ye.

Kang ade pulak org kutuk ckp kecoh je aku ni, pdhal blog entah pape heboh satu malaysia orang kutuk. 
Eh suka hati aaa. Sbb aku ni blogger tak famous la aku bising knp org kutuk? Aku manusia biase je, sila la jgn kecam iolls. 

Eyma tanya aku kenal sape anonymous yang comment tu, aku tak berani nak ckp weihh. Kang fitnah pulak kan. Hakak dah berubah wakk sejak awal muharam minggu lepas. Cuba nak berubah cuba eh cuba cuba. Manusia tak pernah terlepas melakukan kesilapan.

Eh aku ada satu story ni, subuh subuh aku baca aku sendiri gelak. 
Aku ada tengok da'ie dekat facebook hari tu, Daie Hamidah menang woihh, pulun kedah pulun! Ecehhh
Tajuk dia, ''AKU PENDOSA JUGA INGIN KE SYURGAMU'' 
Aku shared dekat facebook. Aku taktau ape aku melalut tu, aku pegi taip mcm ni haa, ''AKU PENDOSA JUGA INGIN KE NERAKAMU''
Woihhh! Kau rase? Subuh tu dlm pukul 5 lebih tak silap aku, celik celik  tengok Eyma comment, ''ke neraka''? Cepat cepat aku edit balik, kahkahkah! Entah brp org dah la carut baca statement aku tu. Lepas tu aku gelak sorang sorang. Giloss!

Ha tu je nak cakap hari ni, jangan carut hakak yang sedang berubah ni ye. Mihmihmih
Yang baik dari Allah, yang buruk dari hakak *INSAF


Assalamualaikum,
CiNDERELLA


^
^
^
^
^
^
Dah knp? Insaf sangat, kahkahkah!





Sunday, October 25, 2015

PMR vs PT3

PMR ke PT3 ke tetap umur 15 tahun ye.

Alis baru habis PT3, so aku pun ambik mood mengimbau kenangan masa aku PT3 jugak kahkahkah! 
Aku daftar PMR dekat sabah bah ya tapi ambik dekat Kuantan sbb pindah sane so result aku lambat sikit baru dapat. Zaman dulu tak ade whatsapp ya so hazab la kau tunggu cikgu hantar gambar result. Tunggu line 3G ade baru gambar ade. Bengong lahaiii! Bukan nak cerita pasal result sebenarnya, mls aku nak ingat result result ni. 

Sebagai calon tumpangan aku tak boleh duduk dlm dewan dengan budak budak kelas aku, aku terpaksa redha yang aku kena duduk dgn bdk kelas blkg yang aku sendiri pun tak brp nak kenal sgt. Nasib ade Shafuan, bdk dari sabah jgk. Kes pun sama dengan aku calon tumpangan HAHA! Satu kelas dengan aku. Ade sorg mamat dari kelas tu kan usha aku, wahhh kemain suke aku HAHA. Tiap tiap hari usha okay. Teruk sgt perangai! Nyampah

Lepas habis PMR je kan, aku dgn bdk bdk kelas selalu rajin gila dtg sekolah. Masa sblm PMR hazab nak mampus woihh nak pegi sekolah. Bila lepas PMR syiokkkkk gila. Lepak dkat kantin sampai kena halau dengan penolong kanan suruh balik sbb kami menyemak dekat sekolah kahkahkah! Sumpah kelakar gila bila ingat. Masing masing bawak handfone pegi sekolah ambik gambar guna N70. Mase tu sape pakai handfone tu kira kaya aaaa. Ade camera, ade lagu avril lavigne. Puihhhh! Muntah hijau bile ingat semua tu. Org lain sibuk pegi lawatan tapi aku and the geng tak pegi. Nadia, kalau kau baca blog aku ni kan, aku nak kau tahu, aku masih ingat kod gitar yang kau ajar aku dulu. Hahaha! Bodoh gila perangai. Mase tu indie band tgh naik, HUJAN, YUNA, ANA RAFALI zaman zaman diorg la tu. Tapi aku tetap minat CTDK ehh, haha.

Lepas tu plan pegi air terjun dekat Panching. Kutip duit kemain mase tu. Heaven gila! Bakar ayam, sambil main gitar, aku kutuk kau lepas tu kau kutuk aku tak henti henti *terpakse tabahkan hati
Siap pasang khemah lagi tau. Best kot! Rase mcm nak ulang balik je, tapi confirm tak boleh mcm dulu dah. Ade yang dah kawen, ade yang tgh tunggu time nak dpt anak, ade yang dah ade anak pun haaa. Yang main main mate satu kelas pun ade HAHA! Yang putus couple satu kelas pun ade. Sape la tu *lari tutup mate
Masuk dlm pelampung lepas tu ade org tarik pusing dlm air, auwwwww! Rase nak hentak kepala satu kali bagi hilang semua tu, sakitnya tuh disini hahahaha

Semua tu kenangan yang paling terindah gila, ala drama anugerah dendam terindah sangat kahkahkah!

Budak budak skrg ni tak ade nye nak keluar buat aktiviti mcm dulu, berkhemah pegi air terjun masak masak ayam. Diorg pilih pegi mall, tgk wayang main bowling je. Tak keluar peluh lansung. Lepas tu pegi mkn, mengadap fone masing masing. Kalau dulu mmg lepak betul dengan member, terase kehilangan sgt. Eymaaaaaaaaaaaaaaaaa! Rindu du du du.

JANGAN TANYA KNP AKU TAK UPLOAD GAMBAR EH! 
LAKTOP BERHANTU


Tu je nak cakap,
CiNDERELLA


Saturday, October 24, 2015

PRODUK PALING MENYAKITKAN HATIKUUUUU!

Waaa tajuk kemain kan? Hihihihi. 

Gila tak sakit hati, kalau sehari tak pakai boleh sakit jiwa tau. 
Lepas mandi mesti pakai Bb Cream SQB ni. Rutin harian dah sangat ni.
Sape yang kenal aku mesti tahu kan, aku mmg tak boleh nak berpisah lansung dengan bb cream aka foundation, nanti tak feeling CiNDERELLA lansung. Dan semua yang pernah baca post aku sebelum ni mesti tau kan aku mmg pengguna setia Bb Cream SEQY BEAUTY ni dari tahun lepas lagi.

Aku ada berjuta sebab knp korang yang kek sano nu korang yang kek sinin ni dan korang yang tgh bace blog iolls yang cantik peloles ni kena cuba, mesti cuba dan wajib cuba bb cream ni. Hebat sangat ke sampai aku cakap wajib cuba ni? Cakap banyak takmau la kak jah hoihhh.

Kenapa kena cuba BB Cream Seqy Beauty (SQB) ni?

Ni pendapat aku tentang Bb Cream. Sebagai pengguna aku rasa:-

1) Bb cream ni tak sama tak mcm lansung dgn bb cream/ foundation yang jenama jenama lain. Bb Cream SQB ni tak melekit lansung tau. Sblm Bb Cream ni lahir kan, aku dah pakai mcm mcm jenama bb cream/ foundation ni. Semua jenama amat la terkenal dek kerana duta duta nye semua retis. Cth nya la kan BE, SS (bukan name sebenar) dan ape bagai. Mula mula pakai mmg okay tapi lama lama berminyak. Bile berminyak jerawat pun suke la tunjuk dia paling layak bertahkta dekat muke kite ni kan. Tension tahap nak terjun banggunan uolls! Bb Cream ni tak berminyak lansung, sangat water based. Tak payah pakai bedak alas pun tak ape

2) Bb Cream SQB ni cepat serap dlm kulit muke. Faham tak ape yang aku cuba sampaikan? Cth la kan, pakai bb cream aka foundation jenama bukan nama sebenar tu. Bile pakai calit calit dekat muke mule mule okay je bile dah lama lama? Berkecamuk muke tu hoihhh, dah mcm tepung gomak dah haaa, lepas tu bila berpeluh dont ask me any question la, hazab nak arwah, malu kot orang tgk. Aku pernah kena sound kot dengan ewan sbb pakai foundation tebal sgt dia ckp mcm hantu. Hahaha! Jgn tak percaye ye ewan pun pakai Bb Cream  SQB ni dulu. Nak mcm Shaheizy Sam kate nye. Kahkahkah! Natural beauty gitu.

3) Bb Cream ni sesuai dengan semua jenis kulit. Tak kisah la kau keturunan jowo barat ke timur ke matang ke pra matang ke mmg sesuai. Sbb dia ade 3 kod. Natural, Fair, Brown. Aku suke guna kod Natural. 3 kali beli, semua kod same. Hiksssss! Percaya atau tak, aku pakai Bb Cream ni dekat tgn sekali tau.

4) Botol yang Bb Cream ni sangat sangat tersangat dan teramat sangat comel, senang je nak usung pegi sane sini. Tak mkn space handbag korang lansung ya. Sila beli semua kod tu, hihi.


Cara penggunaan Bb Cream? 

*jangan gelak. muke bulat mcm kuih pau, berat naik 3kg kau ape tahu hahaha


Senang sangat. Tengok botol Bb Cream SQB tu, comel kan? Aku ckp taknak percaye. 


Testimoni 
Memandangkan laktop aku kena penyakit berhantu semua gambau hilang, aku dapat share sikit je la gambar nye. Antara testimoni diriku yang kebabom ni

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

SEBELUM
*jangan carut akak tau diknon hehe

Nampak kan muke aku mcm tak sekata je. Parut sana parut sini. Gila hoiihh! Tak cantik lansung

SELEPAS
Haaa kau nampak? Parut still ade tapi nampak seketul je kan? 
Tinggal seketul parut cela di wajahku. Jangan tanya knp korang berubah jadi CiNDERELLA lepas pakai Bb Cream SQB


Waaaa, feeling CiNDERELLA sangat ni. Serius kot, dah dekat setahun lebih pakai Bb Cream SQB ni, jatuh cinta tahap ape entah. Ni gambar awal tahun


Haaaa, nampak tak perbezaan? Dah setahun consume produk SQB ni. Ni aku tempek Bb Cream SQB dengan consume sakura mask(dari bulan puase) Hilang kan parut muke? Ohsem sangat kakjah weihhh. 


Korang kena cuba wajib cuba Bb Cream dari SQB ni sebab ;-

1) Tak berminyak dan tak melekit, pakai sehari pun tetap maintain jelitawan uolls
2) Mesra pengguna, sangat mesra. PERCAYALAH!
3) Senang nak cuci bila nak ambik wuduk
4) Dapat menutupi cela yang ade dekat muke korang, tona kulit pun nampak sekata je tak berkecamuk lansung ya
5) Bb Cream ni dapat meremajakan kulit korang, melindungi kulit dari sinaran UV, SPF 30++
6) Kulit maintain sihat, awet muda uolls
7) Sesuai dengan semua jenis kulit
8) Tak sama mcm Bb Cream/ Foundation jenama lain
9) Sokong la produk keluaran bumiputra
10) TAKKAN AKU SORANG JE JELITA? MEH LA TRANSFORM JADI CINDERELLA SAMA SAMA. Hikkkkkkkkkkks!


Kang aku cakap lebih lebih korang cakap aku sembang la kaki lipat la kaki bangku la ape la, stress haku penat cerite korang cakap mcm tu. 

Langkah-langkah untuk tampil jelitawan: 

Klik >>> seqybeauty.blogspot.my << untuk info atau nak COD , boleh check stokis/agent yang berdekatan dgn korang, mane tau jiran sebelah rumah ke adik beradik korang ke yang jadi stokis/agent. Kalau diorg stokis/agent, sila  buat amukan ya sbb tak kenalkan dgn korang Bb Cream ni awal awal. Hihi. 

Klik>> seqybeauty.shoppy.my << Sape yang boleh sabar mcm aku ni, korang boleh beli direct website, maksudnya order online laaa. 

Sape ade instagram? 
Klik >> instagram.com/seqybeauty Dekat situ korang boleh tengok belungguk testimoni. SQB ade keluarkan produk lain jugak, semua iolls dah cuba uolls kecuali skincare sbb hari tu nak COD tetapi stock tak ade HAHA

Oleh itu, maka dengan itu. Aku menyeru semua kakak makcik mak mak dan semua kaum wanita, meh la kite pakai Bb Cream keluaran SQB ni utk tampil jelita. Eh lupa nak bgtahu, ade pengantin guna Bb Cream ni tau utk hari bersejarah diorg. Bukan setakat pengantin je, retis pun gune. Haaa, jangan pengsan dengar eh. 



Pengguna setia produk SQB,
CiNDERELLA ;) 
Muah cikedddddd

Thursday, October 22, 2015

Maskara


Semalam salah seorang dropship aku aju kan soalan tu dekat aku, haruslah berbunga bunga jiwa ragaku hikkkkkkks. Aku mmg ade masalah dalam bab bab maskara ni eh. Aku nak mate cantik, walaupun aku sorang je yang perasan mate aku cantik kebabom. Eh suke hati iolls laaa ;) Jangan kecam kakbed please.

Alhamdullillah, Allah bagi pinjam aku mate. Tu pun dah kira bersyukur sangat dah kan, dari orang lain yang tak bernasib baik, tak mampu nak melihat. Insaf terus!

Bebalik cerite asal, dari dulu mmg aku suke pakai maskara dari silky girl ni. Start tahun 2011 tak silap aku, beli dekat watson atau gurdian dlm sebelas ringgit ke dua belas ringgit lebih entah. Murah kan? Tapi sangat cantik eh, panjang dan melentik sangat. Ibu aku pakai yang bodyshop punye pun tak best tau. Lepas tu bulan puase tu adik aku beli relian maskara pulak sbb tengok testimoni dia kebabom sangat. Mmg best tapi aku mls sbb kena consume sampai dua jenis maskara. Dah la aku ni pemalas naw naw. So kadang kadang je la aku pakai relian tu, aku rase better gune silky girl je. 


Ni gambar ahad minggu lepas, suka sangat tgk muke makin okay. Pakai sakura mask tiap tiap hari, tempek bb cream sikit, calit calit Wonder Desire sikit. Mmg nampak perubahan parut dekat muke aku ni. Maklum laa, muke tak brp nak suci kan. Hahaha! Dulu demam campak sape suruh mkn kicap kan, padan muke.


Haaa, ni la maskara tu. Cantik sangat bile pakai, senang je nak tanggal tau. Cuci muke dah tanggal. Setengah maskara susah nak arwah kau tau. Doplohpat kali cuci pun tak hilang hilang lagi.


Ni muke zaman bile entah, tahun lepas kot. Mase ni pakai tabita, beli dekat sis sepet jgk, heeee ;) Kulit mcm tak sekata lagi sbb baru pakai kan, mengelupas bak ular sawa kau tau. 
Jangan tgk kulit muke ye, tengok mate kittewwwww je tahu. Guna maskara silky girl tu je la. Melentik kan? Panjang kan? Jangan mintak tips nak lebatkan bulu kening dah la eh, tak dapek den jawab, hahaha. Tu mmg sejak azali, aku tak ade sapu minyak senyonyong ke, minyak dagu ke,
minyak masak ke, minyak angin ke. Mmg ori kening aku hitam lebat mcm tu. Jangan carut iolls, heeeee ;)



Haaa, ni relian maskara tu. Nak beli? Meh beli dekat kittewwwwww. RM15 je tau. Sempat promo kate kauuu. Hikkkkkkks


Nak cakap tu je utk setakat ni. Gambar dah boleh edit sejuta keping lepas ni sbb aku dah rajinkan diri download software dekat laktop berhantu aku ni hahaha. Lepas ni jangan muntah hijau ye.


Sekian, terima kasih.


Wednesday, October 21, 2015

Sembang teh tarik

Lama gila tak update blog, dekat sebulan jgk la. Semenjak laktop terkene penyakit berhantu ni kan, dia mcm jadi satu mcm je bile nak pegang laktop tu HAHAHA! Kau boleh bayangkan tak, laktop kesayangan yang kau beli gune duit sendiri, yang kau tatang bagai minyak yang penuh tu tibe tibe padam, dlm erti kate lain arwah dah. Habis semua memori daun pisang mengulit kenangan hilang. Nak edit gambau gambau pun kena download software balik. Aku pulak tak buat backup, bagus kan? Aku ambik sistem komputer HAHAHA!

Ni pun aku update gune samsung note je ni. Waaa motif sebenar nak ckp kittewwwww gune samsung note kahkahkah! Gelak sopan sopan ehh. 

Berbalik pada cerite asal, aku update blog tgh mlm ni adalah di sebabkan sis sepet tgh cari blogger yang aktif blog. Haruslah aku rajinkan dirikuuuuu. hikkkkkkks


Ade 8 entry yang aku tak publish gara gara gambar aku tak edit. Pedulikkan! Nanti ade mase aku rajinkan diri utk edit gambar tu. Dulu leklek je tak edit tak watermark kan? Skrg tak boleh uolls know, sbb aku terjumpe satu facebook ni gigih gune gambar aku dgn merul buat DP facebook. Kurang kasih syg gamak nyeeee org tu. Ke dia tak boleh terime hakikat yang aku dah tak ade pape dgn merul? Tapi ape kena mengena dgn dia? Aku yang putus kau panas naw naw. Lupe letak hashtag pulak, mls patah balik sbb update gune handfone. Kahkahkah!


Esok kite update lagi tau, lambai tangan ala ala CiNDERELLA!

Iklan kjp eh, shawl dah available tau. Instant otw , sabau banyak banyak. Tarik nafas lepas slow slow.

Warna pastel grey ni mase mule mule beli kain, mase siap jahit tu kan, aku tgk mcm tak cantik tak feeling CiNDERELLA lansung tau. Tapi dah pakai waoww! Terus feeling jadi duta Qu Puteh Qu Puteh baru la meletop kebabom. Hai DatoSriVida, sep sikit. Patut la wanie pilih warne ni utk bridemade. Thankyou beli dgn kittewwww. Sempat lagi aku ni HAHAHA



Tuesday, September 15, 2015

#throwbacklecturer!


Semalam aku off whatspp awal kot 8.59 dah off internet, selalu nak tidur tak off pun, tiba tiba semalam aku off. Mood kelaut, tidur berteman airmata, auwww! Bajet putera raja nak mai tolong dalam mimpi. Bangun pagi ni terus terkejut, hoihhhh mimpi gila. Tetamu tak diundang sangat menjelma. Siap mak kak dia sekali join. Kau dah knp tut?

Bangun pagi ni terus whatsapp dengan eyma luahkan perasaan, sebak sangat sambil taip whatsapp sambil meleleh airmata. Amboi perangai tu!

Tiba tiba eyma buka topik dia pegi kutuk lecturer dia. Terus throwback zaman kolej aku dulu, sem 4 tak silap aku hahaha.

Masa sem 4 kan, lecturer aku aku namakan Cik A yaa. Dia ade buat test dalam kelas, dia yang jarakkan tempat aku dengan budak budak yang lain. Bila dah habis jawab dia suruh keluar duduk dekat luar sbb ade budak yang tak habis jawab lagi. Aku dengan budak budak lain duduk la luar. Bila semua dah siap jawab dia panggil semua masuk dalam kelas. Tiba tiba dia suruh mengaku sape meniru tadi jujur bagitau. Eh dah knp? Dia cakap sape jujur mengaku meniru dia bagi lulus. Aku tak meniru buat apa nak mengaku kan. Ada dua org mengaku, Ikhwan dengan sape entah lagi sorang mengaku. Lepas tu diorg dua org terlepas. Lulus terus! Yang tak mengaku kena repeat paper eh. Memang bengang la aku. Habis kelas terus aku update status dekat facebook. Masa sem 4 aku MPP lagi yaa.

"Orang tak meniru suruh mengaku meniru, baik satu kelas mengaku meniru. Semua lulus! Siap aaaa, aku report akademik"

Aku update macam tu je kot dekat fb. Esok tu aku msg Cik A tu, cakap nak repeat pukul brp. Alih alih dia reply dia cakap awak tak payah repeat tapi awak kena jumpa sy. Esok tu aku pegi jumpa dia. Dia suruh jawab soalan lisan 5 soalan lepas tu aku boleh berambus. Aku jawab semua soalan dia dengan betul yaa. Berambus terus. Masa tu adik Ewan ikut aku jumpa Cik A tu. Dia tercenggang tengok cara aku jawab. Hahaha! Benda betul aku tak takut eh.

Minta maaf Cik A sebab sy berperangai sebegitu rupa. Tapi mmg ramai student tak suka dia sbb perangai kerek nak mampus tu. Sekali lagi minta maaf kahhhhhh! Aku cakap Cik A eh, jangan ada lecturer lain terasa pulak yaa. hahaha



Insan lemah,
Cinderella.Anabella

Sunday, September 06, 2015

#throwback


Tajuk tak boleh blah lansung, bajet macam  hidup ni di alam fantasi sangat.
"Hidup kerja nak memoyo je syasya ni", eh suka hati aaaa.
Hidup kena penuh dengan angan angan kate ko, hahaha.

Mase tengah cuci ayam dalam sinki tadi kan, opkos laa ayam yang dalam sinki kan takkan aku pulak. HAHAHA
Aku ter'throwback' perangai ewan mase mula mula kenal dulu kahhhhhh! Kelakar kot.
Dulu mase still dengan askar tu, aku kan tak brp nak contact askar tu kan, so so je laaa. Kak Nieza iolls tak kutuk adik uolls eh. HAHAHA!
Ewan suka tanya aku. "Syaa, syaa okay"? Ehh kau gila tak okay haruslah okay hahaha.
Soalan tu aku suka dengar. Bergetar berkocak botol budu kahkahkah!

Mase mula tangkap cintan dengan dia, pehhh tak reply msg terus call weihhh * zaman tu tak muncul lagi whatsapp berasap ni. Bukan aku call eh tapi dia call. Hostel aku denga dia sebelah sebelah. Nak dijadikan cerita katil dia hujung alam dekat tingkap. Hoihhh! Sama kot dengan aku, hakak suka naw naw laaa. Bila bergayut dia ambik hammer hentak dekat dinding. Rase getaran tu sampai bilik sebalah aku. Yang aku ni ambik botol ketuk balik, dia pun dengar lepas tu gelak sama sama. Eh bodoh sangat perangai dulu dulu. Hahaha! Matik laa ade orang menyumpah baca blog aku ni kahhhhh sangat weihhh.

Sekarang ni bukan tak reply whatsapp, call pun jarang yaa. Dia sibuk dengan kelas dia, dengan projek berjuta juta billion tu tau. Up sikit dari 2.6 billion tu. Saya tak bersalah jibby! Hihihihi

Kesimpulannya?
Perempuan ni diawal percintaan dia leklek ja, tak macam lelaki yang tak reply whatsapp call tanya knp tak reply whatsapp, tiap tiap hari kena send gambar.

Lelaki dia akan berubah bila dah lama relationship tu. Maksud aku bukan dia bosan ke ape ke cuma tu mungkin sifat dia kot. Perempuan ni terbalik, bila dah lama baru dia nak macam tu, call bila tak reply whatsapp. Risau kot kot ade tipu muslihat sbb dah jadi hak dia kan, mane boleh kongsi. Haaa cenggitu cerita.

Aku selalu buat perumpaan sendiri pasal lelaki prmpn ni. Lelaki kan gila motor, kereta.

Lelaki sayang prmpn macam motor/kereta. Sebab? Mase belum dapat motor, lelaki akan pulun sepulunnya untuk dapatkan. Bila dah dapat dia akan lap motor/kereta jaga dengan sepenuh hati sebab benda baru. Bila dah lama, dia tahu motor/kereta tu dah jadi hak dia takkan ade sape akan ambik, dia pun buat leklek je. Tapi bila dah excident, repair macam mane pun tetap tak sedap dah bila kau drive motor/kereta tu. Macam hati laa, bila dah tawar susah dah, tetap tak sama macam dulu. Bila motor/kereta kau kena curi susah dah. Peratus nak dapat balik tu 50-50 je".  

Ehh ni perumpaan je tau, bukan aku tujukan dekat sape sape. Kang ade pulak yang email maki hamun aku. Tapi aku suke je terima email, sebab email yang masuk dekat aku automatik ewan akan dapat. Kahkahkah! Haaa, berani ke? Meh aaa email meh meh. Hahaha!

Perumpaan aku tu tak ade kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia tau, mihmihmih.


Nahhh setepek gambar tuan tanah kedauuuuu, hihihihi. Shawl masih availabel yaa. 
Meh order meh, meh meh! Whatsapp aku kalau nak tengok warna lain tau +601116927642 




Iloveyou abam sado,
Muah ciked :*


Wednesday, September 02, 2015

Review sambil promote kate ko!


Haaa, nahhh kau rasakan. Nak sangat dropship kan, padan muke! Before ni jual produk promote sendiri sekarang dah ade agent dropship sendiri. Rasakan penat ke tak penat! Cannot laa, hahaha!
Tapi aku suke je dapat borak borak dengan diorg semua. I is suke u know. Hahaha

Alhamdullillah, aku dah ade 40 plus plus agent dropship. Dapat tolong orang yang nak mulakan bisnes tanpa menggunakan modal. Yeayyy! Sis Sepet, awak memang super inspirasi saya tau, muah ciked, auwww! Rase nak lempang diri sendiri.


Meh nak close up muke dulu dengan skrg. Nampak tak parut pipi tu makin pudar? Ke sebab jauh dengan Ewan? Aku ni memang ade satu masalah harmon kau tau. Aku taktau la ni sbb aku perasan sendiri ke atau mmg perasaan cinta yang menebal terhadap Ewan. Kalau dekat dengan dia kan, jerawat aku jarang gila naik, bila jauh kan tu dia bakhang jerawat aku berpusu pusu lumba lari sape paling lama, besar melekat dekat muka aku. Kongajaq sangat! 

Okay sebenarnye kan, gambar atas ni aku pakai sakura mask dari founder Sis Sepet ye. Sakura mask tu aku dapat hadiah dari Kak Ara yang jelitawan rupawan dermawan tu yaa. Tak sabau nak guna mase mula mula dapat, lepas tu ibu aku pulak bawak pusing tesco. Aku ni pegang kejap simpan kejap dalam beg. Ishhhh! Cannot laaaa. Sampai rumah terus zassssss tempek. 

Tudung biru tu gambar sebelum aku pakai. Tudung pink ala ala belacan tu lepas sebulan tak silap aku. Aku belek belek gambar terus macam pehhhh wuuuu wallaweh senyum sorang sambil bermonolog sorang sorang, ehh cun jugak aku ni eh. Kahhhhhhhh! Taraaaaaa, nampak hasil tak? Meh la order dengan iolls wahai uolls sekalian alam. Meh kite cantik sesama. Nanti aku upload gambar sakura mask eh. Aku malas nak transfer gambar, sorry.

Tu je nak cakap,

Eh meh la join dropship kittewwwwwww *hashtag sorok muka bawak bantal

Muahh ciked weihhh, auwwww!

Tuesday, September 01, 2015

Miracle Skin Botox Serum


Meh kite tunjuk gambar dulu bagi orang tergoda.

Haaa, tergoda tak tergoda tak?? Meh sini hakak nak ceritaaaa. 

Sape yang takut nak buat injection tapi nak kesan yang sama macam injection boleh cuba Botox Serum ni tauuu. 1 box ade 10 botol. 1 botol ade 2ml. Bergantung pada pemakai jugak. Ade orang boleh guna sampai 4 5 kali 1 botol serum ni.

Bukan inject ye, sekali lagi nak ulang. Tak payah nak tahan sakit ke inject ke ape ke eh. Sapu je dekat muke. Korang akan nampak kesan yang sangat menakjubkan kedebabom! Kulit jadi licin, halus. Muke jadi tegang macam che ta. 

Kebaikan miracle skin botox serum:
  • Membentuk muka menjadi v shape uolls
  • Menaikkan pipi yang jatuh dan menjadikan ia berbentuk cantik bila anda tersenyum
  • Melembapkan kulit sambil memberikan effect glowing
  • Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan yang menyakitkan
  • Mengecilkan pori pori muka supaya muka anda tidak lagi berpeluh dan berminyak
  • Merawat jerawat dan jeragat
  • Mengurangkan kedutan dan garis usia yang terbentuk di wajah akibat stress dan peningkatan usia anda
  • Membentuk bibir anda supaya kelihatan penuh dan seksi
  • Kesan akan di rasai serta merta
  • Dan yang bestnya adalah HALAL!



Meh close up sikit gambar. Nampak tak perbezaan gambar atas dengan bawah? 
So tunggu ape lagi. 


Search facebook qasehbeauty solution lepas tu sebut name iolls sepuluh kali, harus dapat diskaun meletop top top. Hikkkkkkks




Iloveyou my readers :)
Muah ciked 






Friday, August 28, 2015

Pelik tapi benar


Pecah record hupdate pukul 12 midnight lebih. Semangat kemerdekaan sangat hoihhh! Hahaha

Umur semakin meningkat ni semakin menjadi jadi kemalasan aku.
Amboi, biase dia ni! Lately ni aku cepat touching gila oing oing dengan orang sekeliling aku.
Dengan ibu pun jadi kerja. Kena tegur sikit meleleh airmata.
Bajet orang tak sayang kau ke ape syaa? Cissss sangat
Contoh kan, aku rebus cili kering lepas tu cili kering tu sikit sangat.
Ibu tegur sikit cemane nak masak, terus rasa nak menangis. Saiko gila! Awaaa sia tak kuaaaaad

Lepas tu sejak Ewan last sem ni kan, dia memang sibuk dengan segala projek maknenek tu aaa.
Dia memang tak ade mase nak layan aku semua. Aku leklek je aaa. Dulu kot la menggelabah tak tentu pasal bila dia tak reply whatsapp. Prmpn kan, syaiton sangat pemikiran.
Dia tak reply aku leklek je aaa. Sehari sekali je dengar suara dia kadang tu. Dulu cannot eh, kau nak pegi mane kena call bagitau HAHAHA! Skrg i is okay je.
Tiba tiba hari ni dia whatsapp aku, ayat mcm nak marah marah. Kalau dulu aku hentam balik tapi skrg aku lek je baca whatsapp, maki makian tak ade dah sbb dah 22 kate ko HAHAHA!
Lepas aku baca aku buat taktahu je aaa, sbb tau dah perangai castello dia tu.
Aku tak brp layan sangat whatspp dia. Dalam 10 minit dia whatsapp minta maaf sbb marah aku tadi.
Lepas tu aku menangis. Menangis sbb dia minta maaf? Tak boleh blah lansung alasan aku menangis. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! 
Sangat kelakar alasan aku.



Tu je nak cakap.
Eh satu lagi, kepada awak awak tu.
Saya minta maaf *harap terasa




Aku dah knp?

Monday, August 17, 2015

Officially 22, yeayyy!


Hari ni genap 22 tahun. Auwww! Tahun lepas birthday aku sangat tak syok. 17 Ogos tu Ewan bawak aku round Zoo Kemaman. Ya aku mengaku aku memang suka pegi zoo tengoh haiwan. Aku rasa best. Dah 3 kali tak silap aku pegi Zoo Kemaman. Zoo Taiping dah pegi Zoo Negara tak payah cakap la memang banyak kali. Zoo paling best yang pernah aku pegi dekat Gambang. Safari Park! Heaven gila pegi zoo tu. Sbb binatang semua terlepas. Harimau Gajah Zirafah dan seangkatan dengan dia semua bebas. Kita duduk dalam lori je tapi ber'aircond' ya. Ehh apehal tiba tiba keluar cerita zoo ni? HAHAHA

Sambung balik cerita.
Balik dari zoo dalam pukul brp entah, sampai depan rumah bajet dalam pukul 12 la konon. Sempat la aku nak tunggu Ewan wish birthday sebelum tidur. Tapi nan ado ya. Alih handfonebunyi.Ade orang wish birthday aku tapi tak guna nama dia. Like pakman tempe, pakmustar and tukang kebun like that aaa. Ewan terus badmood sampai aku kena marah tuduh laki mane sms. Dia baru nak jadi orang pertama. Kongajo sangat!

Lepas tu terus aku masuk bilik nangis sepuas puasnya. Sampai ke esok pagi mood dia still tak okay. Ewan memang pelupa ya bab bab tarikh ni. Dia memang takkan ingat. Even birthday makpak dia pun aku terpaksa ingatkan "pa esok birthday mak, pa esok birthday ayah jangan lupa". Bukan setakat tu je ye. Lesen dia mampus pun aku kena marah sebab tak ingatkan dia. Dah dua minggu mampus dia call masa dekat kolej cakap dia bawak kereta lesen dah mampus. Kahhhhh! Derrr sangat.

Smlm tepat 11.59 brp saat entah laa, mungkin jam dia dah pukul 12 kot whatsapp dia masuk. Maigod! Tak boleh baca sebab handfone hang. Engko dah knp experia hoihhh? Nak iphone ke? Lek lek bagi Ewan beli 6s dulu hahaha. actually dalam pukul 11 lebih lebih tu aku tengok whatsapp dia tengah typing. Lame gila. Mase tu aku tgh whatsapp dengan adik dia. Aku tak harap lansung Ewan akan wish birthday tepat jam 12. Tapi ! Ewan wish birthday aku tepat jam 12. Tak dapat menahan. Laju laju reply. Isi kandungan dia biarlah rasiaaaa. Dia suruh tunggu minggu depan nak dtg kl dengan mak ayah dia. Jangan dia tolak aku masuk kolam dah aaa. Hahaha

Tengkiu guys yang wish birthday! Aku memang suka suprise kan birthday orang, serius. Hari ibu birthday ibu, birthday ewan mak adik dia, tok aku, toksu sepupu sepapat memang aku suka. Aku suka orang rasa dihargai. Lari beli kek dalam hujan pun aku sanggup. Mase study dulu mane ade duit sangat tapi aku beli kek dekat member sebab aku nak diorg happy. Bila birthday aku, orang bagi ucapan pun aku rasa best sangat dah. At least orang ingat birthday aku. Adik ewan siap buat video untuk aku, best sangat ni. Tengkiu adik ipar muahh setepek!



Terima kasih ibu melahirkan kakak dekat dunia ni. Membesarkan kakak seorang diri tanpa abah. 
Besar pengorbanan ibu. Halalkan susu yang pernah ibu bagi dekat kakak.
 Sayang ibu dunia akhirat. Mmuahh mmuahhh !


Birthday girl,
I love you guys.

Sunday, August 16, 2015

Jiran Saiko


Jiran sebelah kanan rumah aku ni mmg lately ni aku tengok macam tak brp nak betul. Ke aku yang berperasaan macam tu? Eh eh eh aku masih waras eh. Pakcik sebelah ni mmg jarang nampak aku sebab aku study dulu. Bila aku dah habis study ni mmg selalu nampak la kan.

Bangun pagi cuci baju, nak jemur lepas tu aku nampak ade org intip intip aku. Jemur baju opkos la dekat luar kan. Terkinja kinja tengok aku jemur baju. Kau rasa? Hoihhh pakcik iolls jemur baju je kot. Bukan nya aku buat konsert. Untuk pengetahuan korang eh bukan sekali tapi boleh dikatakan setiap kali aku jemur baju mesti dia mengintai macam tu. Ni penyakit ke ape eh? Ade sekali tu aku tengah siang ikan, aku buka air sinki. Tengah kusyuk cuci perut perut ikan tu tiba tiba air slow. Eh apesal ni? Aku sorang je dekat rumah time tu. Bile ibu balik aku cerita dekat ibu aku. Ibu aku check air dekat depan rumah. Sahhhhh! Ade orang tutup. Kongajo betul. Tak lain tak bukan mesti jiran sebelah. Hoihhh pakcik kau dah knp!!!!

Smlm anak dia pulak tengok. Budak sekolah lagi. Aku tgh nak jemur kain jgk dia tengok. Aku geram terus tanya, knp? Dia boleh geleng geleng kepala. Ape dia nampak macam aku ni tengah pakai bikini lepas tepi pantai ke?



tu je nak cakap,
prmpn sakit hati

Cara letak profile badge fb dekat blog


Puas aku godek godek pasal benda alah ni. Akhirnya jumpa jugak, thanks awak Leen's

Langkah pertama kenssss, ikut tauuuu. Klik link ni > tekan sini weihhh! < Dah ke belum? Dah? Okay good. Bile dah klik link tu kau akan nampak mende macam ni



Lepas tu kau klik profile bagdes. Lepas tu kau kena log in acc facebook. Pastikan ade acc facebook sendiri, jangan kau gatal miang guna facebook adik beradik sepupu sepapat kau pulak eh. Yang tak ade facebook tu sorry laaa tak mampu hakak nak tolong eh HAHAHA!


Bila kau dah log in terus automatic dia keluar acc facebook kau. Memang tak la kau log in guna email kau tiba tiba keluar acc jiran sebelah rumah kau. Jodoh sebelah rumah sangat lettewwww! Lempang satu kali.


Dah siap! Senang kan? Gambar ni aku malas nak crop. Tengok la ape segala tab yang aku buka. Usha kiri sekali tu weihhh. I is tengah layan zikir sambil update blog, sejuk perut mak ewan dapat menantu macam ni kahhhhhh! Sebenarnya tengah hujan lebat nak arwah ni, aku kan penakut bunyi kuat nak mampus ni, pasang zikir salah tak kena laa. Gambar facebook aku dengan ewan eh? Tak perasan. Kang confirm ade org whatsapp aku cakap tak ade mood nak baca blog dah. Ehh takmau takmau. Kite mmg suke orang jealous, jealous tande nye syg. Hahahaha! 



Selamat mencuba yaww!
Menantu kesayangan kak mah, auwwww!


Insurans Nyawa


Dah lama aku cari pasal insurans nyawa ni. Azrul alis dengan azril senang, abah diorg askar dah tentu layanan A+++++, aku ni satu ape pun tak ade. Prudential tu yang paling famous amos pun tapi idok la aku banyak duit nak bayar. "Eh insurans nyawa kot, takkan nak berkira sangat"? Opkos aku berkira sbb aku tak kerja lagi HAHAHA! Ibu tak payah risau la sbb ibu ade daddy kan. Kalau aku ade duit tak kisah sangat, ni pun kais pagi makan pagi kahhhhh! (gelak baru lagi)

Aku mmg suke bace blog sis ni kak filla . Idola sangat ni, hahaha. Hai filla gojes *lambai tangan
Minggu lepas ke dua minggu lepas kot aku terbaca pasal insurans nyawa yang dia update. Punyalah kusyuk aku baca eh. Monolog dalam hati "eh macam bagus''. Kebetulan duit dalam bank aku tengah berkepuk-kepuk time tu, laju je tangan beli. Bukan ape, untuk mase depan aku sendiri jugak kan. Cewahhhh mase depan. Dah la murah gila. Actually Ewan dah lama suruh cari pasal insurans ni. Dia hari tu mak dia yang belikan. Kalau dia yang beli confirm dia beli untuk prmpn kesayangan dia ni. Ewahhhh! Haktuihhhh *hai stalker kesayangan hamba, mmuahh ciked

Insurans yang filla cerita ni bayaran setiap bulan eh. Ikut umur tau. Suka suka suka! Malas membebel panjang lebar, ni link pepandai la kau baca dekat blog kak filla kasihaleeya.blogspot.com . Kau tekan je link tu, kau baca la ape yang di bebelkan kak filla tu. i is suke je HAHAHA!


Credit to kak filla, mmuahh ciked :*
Arios amigos :)

Maki hamun


Aku rasa banyak benda dah aku berubah. Very the matang uolls HAHAHA! Kalau dulu setiap kali benda yang aku tak puas hati ke orang mengata aku ke mesti terus aku update dekat facebook aku maki kaw kaw. Sekarang tidak lagi ya, faktor usia barangkali kahhhhhhh! <<< Gelak versi baru eh?

Dulu aku gaduh dengan pakwe opkos aku update maki hamun terus, pedulik hape kan. Biar orang nampak ''pehhh brutal siot minah ni''. Tu dulu eh dulu dulu punya cerita. Fikir fikir balik Ya Allah sungguh tidak matang perangai. Dulu first time gaduh dengan Ewan mmg aku maki hamun dekat facebook. Pedulik perasaan dia, ingat aku heran. Dia lek lek je. Lame lame, kawan tu pendam kot sekali dia lepas terkejut beruk hoihhh! Hahaha. Terus diam. Aku ni dah la jenis bangse susah nak nangis kalau dengan laki, kena dgn dia melalak meraung lagu new boys. Hahaha!

Ibu pesan tak payah nak kongsi perasaan sangat dengan orang dekat facebook tu. Dulu aku macam 'eh biarlah, tak fun lansung ibu ni' tapi aku bermonolog dalam hati je aaa. Kahhhhhh! Lagi sekali gelak patern baru kate ko. Sekarang ni baru aku faham bila aku baca status orang dekat facebook. Hoihhh geli bulu ketiak aku weihhh. Kau dah knp nak maki orang kak jah weihhh? Dulu aku pun macam tu jugak eh? Maluuuuuuuuuu >_<



Hai stalker A.I < jgn cakap sis tak ingat, auwwwww!
Muahhh ciked :*

Thursday, August 13, 2015

Lama pendam jadi pekasam!


Hari tu aku ada cerita kan pasal laktop aku terformat sendiri. Semua orang tak percaya, member aku si Zul tu pun aku cerita pasal laktop aku format sendiri. Boleh ke dia tibai p gelak? Eh eh suke kau eh. Tapi serius weihhh! Aku rasa laktop aku ni tak bagi aku tengok gambar gambar lame. Banyak sangat kenangan dalam laktop. Gambar, video, assignment mase study dulu, segala proposal aku buat dulu. Aku la kuli dalam buat buat kertas kerja ni even aku ketua projek time tu. Eh jangan sebut dah pasal mende tu semua, kang aku sakit hati. Gambar mase duduk rumah sewa pun hilang dah, kau rase? Hahaha. Malas fikir. Tuhan tahu apa yang aku buat. Shadappp you bebeh. 

Ade je orang yang baca blog aku diam diam. Sedangkan acc GSC aku yang ade password pun diorg guna, ni kan pulak blog aku yang tak ade password ni kan. Kemon laaa! Aku tahu je sape yang guna acc GSC aku tu tapi malas kecoh. Biar dia baca blog aku sambil terbatuk. Cantik aaaa perangai kau prmpn. Mane boleh guna acc orang suke hati, aku report polis baru kau tahu. Berak cirit pulak nanti sambil jalan. 

Dulu nak update blog cakap lepas fikir duatigapatploh juta kali skrg ni lantok aaa. Malas fikir perasaan orang sbb orang tak fikir perasaan aku. Pendam jadi gila nanti eh. 


Prmpn paling sopan,
Cinderella

Tuesday, July 28, 2015

Kenduri daddy


Siap edit terus update. Laju gila aku hari ni, clap clap ;)

Pukul 12 lebih baru gerak dari rumah makngah, berkumpul dekat tol penang. Ohh ya, daddy iolls orang penang eh. Dekat je haaa kampung iolls wahai uolls. Huhuhuh (geng amran sangat ni) Dekat pukul 2 jgk sampai dewan tuuuu. Aku lupa nak ambik gambar nama dewan, so aku lupaaa.


Nampak hidung jambu air aku tu. Kajol Malaysia sangat weihhh.


Masa mula-mula sampai semua orang pakat menjerit. Eh aku macam dah knp korang ni? Pengantin je kot. Lek-lek dah aaaaa. 


Tiba-tiba sesat gambar mase dekat kmpg. Aku ni dah knp? Salah entry. Tapi aku suka je, janji ada gambar iolls. Kahhhh!


Alis takkan ambik gambar kalau nampak gigi sbb gigi dia macam pontianak. Tajam kirim kanan Hahaha


Baru aku sedar ibu aku cantik rupanya pakai tudung ala-ala bawal ni. 


Maksu and meeeee ;) Ibu Fattah yang omeyyyyy


Auwww! Bakal daddy misali sangat ni. Kalau pakcik makcik aku baca ni mesti kutuk aku gila sbb buat caption miang nak mampus. Eh suka hati aaaaa HAHAHA


Lagi dengan makshuuuuu ;*


Tak sah kalau tak ada budak handsome ni. 


Maktok awat pejam mata? Tak kisah la janji iolls cantik. Amboi maksu, cahaya kejelitaan sangat ni


Geng bergosip, aku kawan dengan bdk2 ni jeee. Baru rasa remaja, kawan dgn bdk sekolah


Baju biru blkg tu bukan remaja ehhh. Dewasa kini dah dia tu. Iolls je maintain remaja, auwww!


Sorry iffah, muka sekerat. Tapi style kot weihhh!


Us


Erica, anak daddy & alom


Pengantin baru yang selalu kena sakat, kahhhh!


Merenjis direnjis


Makan beradap. Maktok dah knp mulut tu? Kemain, pandai dah buat memek mukaaa.


Fattah & Angah


Alolo omey angatttt! Cium kang tau laa. Asal ada Fattah mesti ada angah. Sorry aaa, tak ada niat sebenarnya. Kang korang cakap "eh apehal angah je ade ni"? iolls tak meminati angah okayyy, memintati orang yang dia dukung tu je ehh. Kang tak memasal masuk metro esok HAHAHA!


Daddy, maktok, nanny, ibu :*


Kami serombongan, 10 bijik kereta. Aku dah la tak brp mahir jalan penang. Suruh Ewan follow diorg dekat2 je, bila ade orang potong aku marah ewan. Lepas tu Ewan cakap aku pentingkan diri sendiri. Lepas tu aku sentap sbb kena marah dgn Ewan. Seminit diam lepas tu aku gelak lepas tu Ewan usha pelik. Kahhhhh! Brp byk lepas tu deyyyy? Aku mmg spesis tak reti sentap lama-lama dgn Ewan. Kang dia suruh aku turun kereta jalan kaki. Ehh, ni penang bro, gua ramai kawan dekat penang HAHAHAHA!




Lepas balik kenduri tu sempat p dating sat dengan ewan. 
I love youuuuuuu! Auwwwww





Akad nikah & kenduri belah prmpn


Gigih aku update dua entry hari ni HAHAHA! Sebelum aku lupa cerita ni baik aku update awal-awal. Mula-mula patplohlapanjam jugak aku fikir nak up entry ke tak dekat blog pasal ibu ni. Yela kan, mulut manusia mane boleh tutup. Ade je orang comment dekat facebook aku.

"eh kau dapat ayah lagi"?
"eh mak kau kawen lagi"?

Kau dah knp tanya soalan macam tu? Sawan? Tuhan nak balas kejap je hoihhh. Jaga la mak bapak kau tu elok-elok ye. Mintak-mintak berkekalan la hendaknye. Yedok??? Aku malas nak bersyarah pasal kawen-kawen ni sebenarnya, membazir ailio iolls je uolls. Kau kawen nanti kau faham la sendiri. Layan gambar je la ehh.


Daddy berdebar-debar. Mula-mula aku macam eh malas nak panggil daddy tapi dah anak-anak dia panggil daddy, aku dgn adik-adik pun ikut je laa. Nak panggil abah kahhh! Very the kampung kan aku. 


Dengan dua kali lafaz, ibu sah jadi istewiiii daddy. Auwww! Aku yang memeleh airmata bagai nak gila. Saiko gila aku ni. Kali pertama blackout, daddy terkejut HAHAHA!



Masa ni kelakar, sebab tokcik dah bukak penutup tu ala-ala arab tu. Lepas tu diorg suruh pakaikan balik sebab nak bagi daddy yang bukak sendiri. Tokcik aku nervous. Bila dah pakaikan balik, daddy tak boleh bukak pulak HAHAHA!


Family sebelah daddy. Suku je ni, yang lain hilang. Baju biru tu nanny ya, mak daddy. Selesai akad nikah aku terus gerak balik tak sempat nak ambik gambar sebab aku nak settle catering, photobooth segala bagai.


Pakai cincin


Hantaran pihak prmpn utk lelaki


Gambar pertama dekat rumah. Ibu aku pun layan kepala aku


Aku, Fattah, Maksu & Maklong


Budak ni suka bagi rindu dia tau. Tak suka tak suka! Rindu gila hoihhhhh


Yang pakai spek tu anak daddy yang sulung, alom, ibu, iolls yang jelitawan & alis krekkk.


Berguna gila photobooth aku dengan alis ni. Tak sia-sia tidur pukul 2 3 pagi tambal stick tu,


Hot couple ever, auwwww! Tokshu & toksu :)


Haruslah besarkan gambar ni, HAHAHA! Aku lari tema siket. Kemain beli baju ewan last-last baju aku hampehhhh.


Geng sangat ni hoihhh! Diorg semua form 1 form 2 form 3. Aku je darjah enam dekat sini. KAHHHH!


Pakai selipar je aku. Kau mampu? Baju glamour kemain sekali tengok bawah hampeh. HAHAHA


Abang-abang sado & kakak jelitawan. Auwwww! Lempang satu kali


Budak ni mmg kegilaan sangat hari kenduri tu. Habis semua orang dukung dia. Baju belang tu pakngah aku tapi aku panggil abah sebab dia jaga masa aku kecik dulu. Baju hitam tu angah, sepupu iolls. Sado sangat dia kahhh!


Nurul dengan budak handsome. Muahh ciked Fattah :*


Gambar belambak tapi aku malas edit laaa. Nanti upload dekat insta tengok puas-puas ehh. Yeayyy! Kite dapat daddy baruuuuuuuu :):):):):)