Thursday, November 06, 2014

Pengalaman mengandung, mengidam, beranak :)


Tajuk entry takmau kalah sangat aku niy, puihhhhh hahaha ! Mcm kelakar je aku niy, anak pun tak ade nak create entry beranak mengidam bagai. Ehh suka hati aku laa.

Smlm aku usha2 IG fasha sandha, ozlyn bini johan tu, amyza adnan dan semua retis2 yang tengah pregnant tulaa. Kemain hobi aku skrg, taste mak mak sangat. Hahaha ! Amyza Adnan tu  mengidam nak makan durian weyyy, mak nenek sebiji beratus berpuluh ringgit bagai. Habis la ewan kalau aku mengidam mcm tu *usap perut sendiri, hahaha ! Bodoh sangat aku niy.

Orang tak mengandung pun ade je yang mengidam, contohnya mcm aku niy. Kahkahkah ! Tiap hari nak burger king, arwah la mcm niy. dulu ibu pernah cerita dekat aku mase dia mengandung kan aku yang comel niyy kan *mata ke atas taknak turun2 dah* ibu aku tak ade la mengidam nak makan ape sangat cuma adik yang kecik tu je ibu aku teringin nak makan pisang sampai ke sudah tak dapat makan, last2 masa pantang meleleh air liur adik aku, hahahaha ! Kalau nanti aku mengidam makan pisang bagus sangat.

Cerita 1
Abah aku kan askar kan, member dia punya bini mengandung. Nak di jadikan cerita, malam tu member abah aku tu tengah kiwi kasut, bini dia nampak, engko tau bini dia nak makan kiwi kasut tu. Dah la warna hitam, mampus laaa. Nak taknak kena la bagi bini dia meratah. Aiyokkkk !

Cerita 2
Masa aku form 5, ustazah aku cerita pasal seorang prmpn niy and opkos la dia mengandung. Engko tau dia mengidam nak makan ape ? Dia teringin nak makan daging babi. Gila kot weyyy woyyy ! Nasib la laki dia niy tak bangang bin abadi. Laki dia refer dekat ustaz dulu, ustaz tu cakap bagi je laaa, dia pun terkejut. Wakakakaka ! Uztaz tu cakap bini dia bukan tau pun rasa babi tu mcm mane sebab tak pernah makan kan. Uztaz tu suruh dia beli daging kambing ke lembu entah aku lupa la pulak tapi daging laa. Dia balik dari pasar bawak balik daging tu bagi bini dia, bini dia terus lari ambik and then terus makan mentah2. Menangis la si suami tu, nasib la dia boleh fikir, kena tak boleh fikir, terus bagi daging babi dekat bini dia, nayaaa woyy !

Cerita 3
Yang niy bukan aku dengar or org cerita ye tapi member aku sendiri mengalami alahan niy. Mase dia mengandung anak pertama kan, dia nak berkepit je dengan laki dia. Laki dia balik kerja terus peluk cium bau ketiak, eeyuuuuu yakkkkks ! Eh engko jangan yaks yaks ehh, aku tumbuk kang ! *gangster sangat aku kan, wakakaka* Okay sambung balik, masa anak pertama very the manje dengan laki tapi bila mengandung anak kedua dia ya ampun ! Dia taknak tengok lansung muka laki dia, laki dia balik kerja terus lari menyorok, dia cakap laki dia busuk gila nak arwah engko tau. Muahahahaha ! Masuk dapur lagi la tak, so kaedahnya dia balik duduk dengan mak dia. Hahahaha ! Bertabahlah si suami ya, 3 4 bulan tak duduk sekali, anak yang first pun mak dia jaga. Laki dia dtg melawat, lari menyorok bawah bantal, hahaha ! Makan pun muntah, makan biskut roti je hari2. Dah la kering makin kering la time tu. Masuk 5 bulan dia dah okay dengan laki dia, masa nak beranak lagi la okay engko tau. Dia pegi hospital pukul 6 petang, pukul 8 ke 9 beranak dah. Sampai kepala beby dah keluar baru nurse perasan, dtg sambut. Mengandung susah gila tapi beranak senang nak arwah, kuasa Allah S.W.T kan sape tauuuuu.





Tu je nak hupdate hari niy. Panjang kemain kan ? Heeee, tataaaa ! Assalamualaikum






Cik Ayu's Daughter
Syasya Anabella