Tuesday, August 26, 2014

Masakkan kena puji !


Sejak kebelakangan niy aku tengok melihat dengan telitinya ewan makin manje. Sesuatu sangat tau, hahaha ! I suka paaaa, hahaha ! Minggu lepas balik rumah MIL, ewan dia suka makan ayam sambal yang minyak banyak nak mampus tu tau. Dah lama dia suruh aku belajar buad dekat mokyah(makcik ewan) tapi aku niy kan pemalas, bajet pandai memasak padahal haram, satu pun taktau. Kawen je aku tau, kahkahkah ! Aku try la buad ayam minyak bergelen-gelen kesukaan dia tu. Ikutkan hati aku nak je aku tuang minyak satu botol dalam kuali, kang tak memasal jadi bini durrrrhaka pulakss. Minit yang pertama okay je ehh, kembang hidung aku dapat buad. Lepas aku lepak dekat meja makan dengan pikah terus sambal kaler merah bertukar jadi kaler hitam. Woyyy ! Hangit. Terus aku jadi gabra. Tapi aku hidangkan je. Kebetulan aku buad nasik lemak planta tengahari tu, boley la cover rasa hangit dia kot. Hebatkan aku ? Buad pertama kalinya ewan puji masakkan aku sedap dia cakap terima kasih sebab masak ayam minyak tu dekat dia, haha ! Sesuatu sangat kan ?

Kelmarin dulu dia balik kelas, aku dah siap masakkan  nasi goreng dekat dia, dan dia puji lagi, auw auw ! Suka woyyy ! Esok malam nak balik rumah aku. Yeayyy ! First time celebrated Merdeka dengan ewan. Felling honeymoon lagik laaaa.




Love,
Kesayangan Ewan yang paling jelita di hati beliau !

Wednesday, August 20, 2014

Open house yang sempoi !

Hello 21 ! Rasa tua gila kot dah masuk 21 tahun niy. 18 Ogos 1993 sampai skrg aku masih diberi peluang bernafas. Alhamdullillah ! Penat lelah open house hari sabtu hari tu pun tak habis lagi niy kan budak2 dgn ewan nak main tepung. memang tak la aku nak relakan diri aku utk semua tu. eh aku tau ade orang selalu stalker blog aku niy, i is tak kisah, iolls tau uolls rindu iolls kensss ? Hahaha ! iolls pun kadang2 terpikirkan dirimu jua wahai manusia yang berada di sungai ara, kahkahkah ! Tapi entahlah nokkk tak kuasa nak melayan.


Tima niy orang dah datang rumah tapi kami tetap berposing sakan, pedulik hape dengan orang. Tuan rumah yang sangat pentingkan diri kan ? Hahaha


Memasing muka excited pagi tu. Perhatian yaa, aku bukan pakai baju raya tau. Hahaha !


Weyy weyy weyy ! Mcm tinggi dari sarah je aku niy . Phewww ! 


Gambar tak ready pun aku upload ya sebab kang budak2 niy cakap aku sabotaj pulak, mentang2 gambar aku tak cantik aku taknak upload, ehh no no no !


Gambar niy kelakar gila laa, guna self timer tau , ber lari aku pegi duduk dekat kerusi tu haa lepas tekan button capture. Depan lecturer okay aku lari, ehh apa ada hal kan ?


Gambar time manusia tengah ramai dekat hall rumah aku tak sempat nak ambik sebab sibuk gilaa , tak sempat nak pegang handfone. Aku kan chef yang kelam kabut, hahaha ! Bersama tuan tanah kedawo, haha. Orang dtg rumah taktau alamat rumah sewa kami, Encik Ewan la yang pegi ambik. 


Last posing hari tu. Huh ! Penat gilaa kot.