Monday, June 02, 2014

Throwback Part 1 :D


11 bulan 2 minggu 2 hari dah. Tinggal lagi 14 hari, 2 minggu la tu kan ? Ramai orang tanya mcm mana aku boley kenal dengan Ewan sangkut sekejap je lepas tu terus nak tunang nak kawen bagai. Aku pun pelik dengan hati dan perasaan aku niy. Pheuwww ! Lap peluh nak bukak ceritaaa.

21 April dia daftar masuk kolej aku, aku jadi fasi , mpp kate ko, wakakaka ! Masa dekat orientasi aku tengok dia slow je tak mcm setengah lelaki lain ehh. Aku malas layan sangat dia, mcm belagak je. Lempang laju2 kang ! Bila time group permainan dengan fasi, aku buad karaoke tau. Moden sangat kan ? Haha. Dia karaoke lagu CEMPAKA DIREMBULAN. Lepas nyanyi aku ada gelak2 cakap dalam hati suara budak niy sedap jugak, boley ajak karaoke melalak dekat KP niy. Wakakaka! Mcm bodoh perangai aku time tu.

Habis orientasi aku keluar lepak dengan hisyam. Kebetulan prmpn intake time tu sorang je, aku usung je la. Bunga namanya. Hisyam ajak budak laki niy intake baru jugak, nama Jayjay. Jayjay niy la member Ewan. Keluar la mlm tu kami ber-5 . Aku duduk depan yaa, mana boley beralah dengan junior. Belagak gila ! Haha. Nyanyi doploh tigaploh lagu balik. Cuti sem, aku balik Kedah. Masa balik Kedah tu Ewan ada guna whatsapp hisyam, mintak number aku. Aku suruh dia bagi number dia, dia pun bagi la. 1 msg pun aku tak send, save number dia pun tak. Kejam kan iolls niy ?

Bila balik Kuantan, keluar lepak sekali makan apa semua. Aku niy p bgtau hisyam aku suka tengok muka Ewan la apa laa. Ingat lagi time dekat foyer hisyam bgtau Ewan. Ewan terus bangun blah tinggal kami dekat foyer. Woyyy hisyam lawak bodoh ape kau buad. Maki dalam hati je laaa. Dalam kepala otak aku niy , Ewan taknak jumpa aku dah ke, benci aku ke, tak suka ke aku suka dia. Kahkahkah ! ''Syaa okay'' ? Ayat dia sampai sekarang aku ingat. Terpaksa sambung part 2 pulak, tak larat nak taip dah ,hahaha!


To: Papa :)
 Sayang kamu sampai bila2 papa. walaupun papa bukan yang pertama tapi ma janji papa yang terakhir dalam hidup ma. Tengkiu sangat2 sanggup melayan perangai, karenah ma yang degil. Pa byk berkorban untuk ma kan syg ? Ma janji ma akan jaga hubungan kita sampai bila2, insyaAllah syg. Ma akan ingat pesan ibu dengan mak, jaga papa elok2. Jaga makan, pakai papa. Selagi masih bernafas, ma takkan pernah lupa papa walaupun sesaat. Bangun tidur nampak muka papa sebelum tidur nampak muka papa. iloveyou papa, iloveyou so mucho.




*sentimental aku malam niy. korang jangan muntah. Aku lempang kang ! Dengan Ewan mmg manje aku menjadi jadi tapi dengan dia je la, dengan orang lain penumbuk aku bagi, hahaha. Kbyeee


No comments:

Post a Comment