Wednesday, April 23, 2014

Janji update !


Tak sampai seminggu wajah belog berubah lagi , syabas kepada diri sendiri , hahaha ! Kemain lagi ehh , bila balik rumah tukar tu tukar niy .

Now , aku tengah buad countdown tunggu Ewan nak datang Seremban melawat tunang kesayangan beliau . Hahaha ! Kemain ayat haa . Ehh suka hati aku laa nak cakap ape pun , blog aku kan . Mampus laa kena maki dengan korang :D

Mood aku kelaut siket hari niy sebab puasa . Ecece ! Riak sangat nak bagi tahu satu dunia kau puasa syasya hoyyy ! Ehh tak tak , jangan kutuk aku tanpa sebab . Aku berbangga la sebab balik rumah aku puasa . Kau ingat senang ke nak menempuhi dugaan bau bauan dekat rumah . Hari niy ibu aku masak ayam masak merah . Kau boley ke hadap bau dia ? Menusuk ke kalbu okay . Aku redha je . Tapi aku dah request nak makan sambal tumis telur dengan tempoyak ikan ape2 je yang ada dalam peti tu . Kahkahkah ! Kbyeee

Tuesday, April 15, 2014

Cemburu


Ewan memang kuad cemburu tahap gila tapi dia taknak mengaku . Matilah aku kena dengan diaa , hahaha . First time kenal dulu tak nampak sangat bila dah lama-lama niy makin menjadi. Aku biarkan aje , cemburu kan tanda sayang . Yedok ??

Masa mula kenal dia diam je tak cakap lansung . Bila mood dia berubah baru aku perasan , hahah ! Ape laa kamu niy sayang hoyy .

Aku kan jenis peramah , suka bercakap . Boley dikatakan dekat kolej memang semua kenal aku . Hahaha , matilah kena kutuk puji diri sendiri lepas niy . Ehh tapi betul laa , aku kan MPP ehh salah bekas dah ea . Dah besaraaaa . Bila student baru masuk aku jaga tu sebab budak2 niy semua kenal aku . ''Kak Syaa retissss'' , kahkahkah ! Sila jangan muntah yaaa .

Aku buang semua contact lelaki dalam handfone aku tu tau sebab taknak bagi dia jealous sangat . Sampaikan facebook , twitter aku pun aku dah buad new account tau . Twitter yang baru tu pun tiga bulan lepas kena deactived sekali lagi . Guna account dia je . Kau nampak tak cemburu dia ? Kan kan kan ? Tapi still taknak mengaku okay . Aku redha jeee .

Ini adalah disebabkan dia dapat aku yang terlalu cantik , comel , bijaksana lagi bestari . Kahkahkah ! Itu semua tifuuu belaka . Jangan percaya ehhh walhal bila duduk depan cermin ulang skrip tu 2 3 4 kali sehari . Lepas mandi je berangan depan cermin ''Wahai cermin sakti ku , sape paling cantik dalam Malaysia '' , keluar muka sendiri . Dah aku je depan cermin memang keluar muka aku je laaa kan . Hahaha ! Mohon ketawa dalam hati je ehhh .

Tanpa lelaki lain selain dari Ewan aku boley hidup ea , so aku tak kisah .

Cuti sem dah start !


Hello evelibadi ! Taraaa , berubah wajah dah blog aku .

Yeayyyy , aku dah sampai home sweet home . Sangat sangat awesome bila dapat masakan ibu sesuka hati tanpa memikirkan  duit. Nak kena bayar makanan berapa , minum berapa , cukup tak sampai hujung minggu . Itu semua tak payah fikir dah ! Bebas dari dibelenggu wang , hahaha ! Tapi yang terbelenggu dalam kepala hotak aku niy adalah Mohd Izwan Hafiz . Dekat setahun aku asyik makan keluar dengan dia , niy first time aku dengan dia jauh lama lama. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan ? Heeee

Bulan 5 niy sebelum short sem Ewan start dia janji nak mai Seremban jumpa cinta hati dia . Yeayy ! Lepas rindu siket laaaa . Adik aku yang sibuk tanya bila Ewan nak datang la apa laaa . Aku rileks chills je . Percaya ke ? Jangan laaaa . Aku yang tak betul dekat rumah niy haaa .