Thursday, November 06, 2014

Pengalaman mengandung, mengidam, beranak :)


Tajuk entry takmau kalah sangat aku niy, puihhhhh hahaha ! Mcm kelakar je aku niy, anak pun tak ade nak create entry beranak mengidam bagai. Ehh suka hati aku laa.

Smlm aku usha2 IG fasha sandha, ozlyn bini johan tu, amyza adnan dan semua retis2 yang tengah pregnant tulaa. Kemain hobi aku skrg, taste mak mak sangat. Hahaha ! Amyza Adnan tu  mengidam nak makan durian weyyy, mak nenek sebiji beratus berpuluh ringgit bagai. Habis la ewan kalau aku mengidam mcm tu *usap perut sendiri, hahaha ! Bodoh sangat aku niy.

Orang tak mengandung pun ade je yang mengidam, contohnya mcm aku niy. Kahkahkah ! Tiap hari nak burger king, arwah la mcm niy. dulu ibu pernah cerita dekat aku mase dia mengandung kan aku yang comel niyy kan *mata ke atas taknak turun2 dah* ibu aku tak ade la mengidam nak makan ape sangat cuma adik yang kecik tu je ibu aku teringin nak makan pisang sampai ke sudah tak dapat makan, last2 masa pantang meleleh air liur adik aku, hahahaha ! Kalau nanti aku mengidam makan pisang bagus sangat.

Cerita 1
Abah aku kan askar kan, member dia punya bini mengandung. Nak di jadikan cerita, malam tu member abah aku tu tengah kiwi kasut, bini dia nampak, engko tau bini dia nak makan kiwi kasut tu. Dah la warna hitam, mampus laaa. Nak taknak kena la bagi bini dia meratah. Aiyokkkk !

Cerita 2
Masa aku form 5, ustazah aku cerita pasal seorang prmpn niy and opkos la dia mengandung. Engko tau dia mengidam nak makan ape ? Dia teringin nak makan daging babi. Gila kot weyyy woyyy ! Nasib la laki dia niy tak bangang bin abadi. Laki dia refer dekat ustaz dulu, ustaz tu cakap bagi je laaa, dia pun terkejut. Wakakakaka ! Uztaz tu cakap bini dia bukan tau pun rasa babi tu mcm mane sebab tak pernah makan kan. Uztaz tu suruh dia beli daging kambing ke lembu entah aku lupa la pulak tapi daging laa. Dia balik dari pasar bawak balik daging tu bagi bini dia, bini dia terus lari ambik and then terus makan mentah2. Menangis la si suami tu, nasib la dia boleh fikir, kena tak boleh fikir, terus bagi daging babi dekat bini dia, nayaaa woyy !

Cerita 3
Yang niy bukan aku dengar or org cerita ye tapi member aku sendiri mengalami alahan niy. Mase dia mengandung anak pertama kan, dia nak berkepit je dengan laki dia. Laki dia balik kerja terus peluk cium bau ketiak, eeyuuuuu yakkkkks ! Eh engko jangan yaks yaks ehh, aku tumbuk kang ! *gangster sangat aku kan, wakakaka* Okay sambung balik, masa anak pertama very the manje dengan laki tapi bila mengandung anak kedua dia ya ampun ! Dia taknak tengok lansung muka laki dia, laki dia balik kerja terus lari menyorok, dia cakap laki dia busuk gila nak arwah engko tau. Muahahahaha ! Masuk dapur lagi la tak, so kaedahnya dia balik duduk dengan mak dia. Hahahaha ! Bertabahlah si suami ya, 3 4 bulan tak duduk sekali, anak yang first pun mak dia jaga. Laki dia dtg melawat, lari menyorok bawah bantal, hahaha ! Makan pun muntah, makan biskut roti je hari2. Dah la kering makin kering la time tu. Masuk 5 bulan dia dah okay dengan laki dia, masa nak beranak lagi la okay engko tau. Dia pegi hospital pukul 6 petang, pukul 8 ke 9 beranak dah. Sampai kepala beby dah keluar baru nurse perasan, dtg sambut. Mengandung susah gila tapi beranak senang nak arwah, kuasa Allah S.W.T kan sape tauuuuu.





Tu je nak hupdate hari niy. Panjang kemain kan ? Heeee, tataaaa ! Assalamualaikum






Cik Ayu's Daughter
Syasya Anabella

Sunday, October 12, 2014

Jumpa Siti NurHaliza dengan tabita dengan shawl !

Sila abaikan tajuk entry aku yang vavavom tu ! Hhahahaha



Aku tak ada nak update apa-apa pun. Cuma nak cakap niyy bulan kedua aku gunakan produk tabita dari sis sepet88.blogspot.com . Sebelum niy kalau keluar rumah ke mesti wajib pakai foundation tempek tempek atas muka tapi sekarang bila sebulan aku guna aku rasa "ehhh betul ke niy muke aku, ehh macam tak percaya je". Haa, gitulah perasaan aku sekarang tau. Lepas sebulan guna dah rasa cun gila kot, serius memang nampak cerah, muka pun flawless gila weyyy. Serius tak tipu !

 Dah sebulan guna, aku rasa tak payah pakai dah kot, wakakaka ! Muka dah cun kan malas gila nak maintain, berhenti kejap lepas tu tengok jerawat naik dekat muka tiga empat bijik, stress pulak mak hincik niyyy. Nak beli fikir pat puluh juta kali kot weyy. So sekarang aku teruskan jua memakai tabita dalam keadaan stress tengok orang lain cun dari aku, wakakaka ! Pegi kelas ke pegi mane ke aku tak pakai dah foundation segala bagai tu. Acara wajib aku lakukan sebelum keluar ialah lenseeee. Memakai lense berjemaah. Kejap pakai warna coklat kejap pakai warna niy kejap warna tu. Muntah darah la korang sumpah aku bajet ade lense banyak, padahal tiga je. Kahkahkah ! Macam mane la adik aku ade banyak lense, stress kot tengok banyak banyak. Rasa nak pakai sebelah kaler lain sebelah kaler lain. Wakakaka !

Ehh, shawl aku lagi seminggu korang dah boleh beli kot. Aku pun  taktau  mcm mane keadaan dia, haahaha ! Buzy kot sekarang, shooting dalam mimpi saje aku minggu niy. Hahahaha ! Ape la bodoh sangat mimpi aku sejak kebelakangan niyyy. Mimpi masked rider laa, mimpi orang nak bunuh aku laa, mimpi pegi shooting laa. Aku punyalah dengar lagu siti nurhaliza sebelum tidur semalam, alasan nak jumpa dia dalam mimpi tapi macam hareyyyy ! Akim AF, Norlia Ghani yang aku jumpaaaa.


*GAMBAR TESTIMONI AKU PAKAI TABITA NANTI AKU UPLOAD YAAA. BAGI AKU CUN DULU BARU AKU TUNJUK DEKAT KORANGGGG. SHAWL KALAU KORANG NAK TENGOK KAN, KALAU IG shawl_alyssa by syasyaanabella
KALAU FB KORANG SEARCH shawl_alyssa
VISIT MY IG, syaaaaaewan VISIT MY FB Syasya Anabella.


Waaa, promote nampak kak bedah. Ehh suka hati aku laaaa. Hahahaha ! Dah laa, serabut je ahhh taip panjang panjang :P




Insan kesepian di library KOLEJ PSDC TERSAYANG,
Syasya Anabella.

Tuesday, October 07, 2014

Pengemar Chiffon Shawl baca niyyy !


Assalamualaikum and very good morning uolls. Speaking kemain lagi aku niy, heee. Al maklum lah baru settle interview tadi. Macam kelakar je aku cakap dengan Miss Masturah Miss Raden tadi. Nasib tak bawak handfone kesayangan masuk dalam conference room tadi, kalau tak dah lama kau rakam suara lunak merdu aku. Auww !

Aku rasa dah lama aku tak aktif tulis menulis blog niyyy. Sejak masuk sem 4 memang aku slow gilaaa dan skrg dah sem 6. Setahun jugak laaaa jadi chipsmore niyyy.

InsyaAllah dalam next week aku keluarkan shawl nama aku sendiri. InsyaAllah, aminnnnn. Aku tak keluarkan siket dulu ehhh, nak test market dulu. Nanti InsyaAllah kalau macam okay aku keluarkan lagi.

Sebelum niy kan aku jual shawl tudung atas orang, ala-ala dropship laaa. Tapi ade je yang aku ambik dekat masjid india dulu masa duduk seremban. Tapi skrg keadaan tak mengizinkan. Aku nak cuba buktikan yang aku boleh hidup tanpa bantuan ibu abah, aku boleh hidup dengan duit aku sendiri walaupun aku masih pelajar berwawasan rajin sopan santun *tu semua poyooooo, hahaha

Aku jual chiffon shawl okay, material semua kau pilih sendiri. Sejuk sangat kain tu, sesuai dengan orang yang kuad iman macam aku, hahaha ! Follow IG online shop aku ehhh, shawl_alyssa by syasyaanabella .

Credits:

Cinta hati- Tengkiu keluarkan modal untuk iolls, wakakaka ! *Keluarkan duit bagi aku lepas tu, lantak dekat aku nak pilih kain apa. I loikeeeeee




Perempuan jelita,
Syasya Anabella

Sunday, September 28, 2014

Mimpi Ngeriiiii


"Final Projek tak kesah siap bila asalkan sebelum pegi praktikal", Huh ? Whut laaa. Kesayangan aku sangat Kolej PSDC niyyy. Auwww ! Mimpi ngeri sangat bila terbayangkan Final Projek yang kena siap 15 Oktober niy. Rupa-rupanya tidak yaaa, Praktikal start bulan 12 maknanya aku ada masa lagi berbulan bulan lagi. Mampus laa kalau semua student last sem perangai setan mcm aku niy. Ehh, bukan nak cerita pasal final projek sebenarnya. Berbalik pada tajuk asal.

Apa lah bodoh sangat mimpi aku niyyy. Asyik-asyik mimpi ex Ewan. Woyy ! Dah bertahun kot Ewan dengan aku tapi still mimpi Dekyaa tu. Even dia pernah nak Ewan balik dulu tapi i tak berdendam dengan dia ya. Tak kesah lansung kalau setakat nak berkawan tu. Dulu ade la jugak jealous jelly tapi sekarang tak ya. Dah cop atas dahi Ewan dah nama aku, mmg orang lain tak boleh ambik laaa. Engko berani ambik, aku keluarkan mulut berapi aku niy. Tapi yang kelakarnya mimpi tu kan, dekya berubah jadi mcm orang jahat dlm masket rider. Wakakaka ! Macam bodoh tak ? Dlm mimpi tu jugak aku bgtau Ewan pasal niat jahat dekya nak hapuskan aku. Tapi Ewan tak percaya lansung tau. Kongajo sangat kan ? Pagi tadi pegi kelas, aku tak cakap pasal mimpi tu dekat Ewan. Dalam kereta cakap menda lain jeee. Tatut laa nak sebut nama dekya. Nanti teringat kisah silam pulak, tak  memasal kena marah dengan Ewan.

Ehh, aku pakai trial set tabita, dalam tiga minggu je kot aku pakai aku rasa kulit aky flawless gilaaaa. Terasa macam barbie je sekarang, hahaha ! Keluar rumah pun tak pakai krim ke foundation ape bagai *padahal simply siti dah habis, wakakaka !


Nak masuk kelas dah niy, kejap lagi nak pegi klinik cek beby dalam perut *beby cacing


Kesayangan Ewan paling cun,
Syasya

Tuesday, September 23, 2014

Gilaaaaa !


Hari niy genap sebulan kot aku deactived blog. Tapi tak tahan weyyy baca blog orang lain, hahaha ! Ehh, aku tak sangka la rupanya selama niy ada la si polan bin si polan mangkuk tingkat ayun  niy stalker blog aku . Wakakaka ! Terasa famous ahkak niyyyyy. Lain kali jangan kacau rumah tangga orang tau diikkk nanti relationship kau entah kemana. Dulu kau kacau sangat aku kan ? Aku pun tak sangka boleh jumpa blog kau. Entah mcm mana tersesat dekat depan mata aku pun entah. Kalau kau baca niy mesti kau berangin kan dikk ? Ehh, kalau tak baca kau takkan terasa kensssss ? Hahaha !

Dah habis sesi mengutuk budak tuhhhh. Bulan 11 punya tiket flight aku dah booking, excited nak fly fly in the air dengan Ewan. Dia kan gayat, boleh kenakan diaa. Hahaha ! Teringat tahun lepas pegi genting naik cable car dia gayat, tengok bawah pun nak taknak je, hahaha ! Dia first time kot nak naik flight, tak sabar nak tengok muka gabra dia. Mesti pegang tangan iolls tak lepas-lepas, hahaha ! Ehh, exam dah habis, yeayyyy ! Institusi Islam bakal membunuhku, kalau paper lepas dpt A paper niy aku tak harap lansung dapat A. Tu je untuk hari niy :)


Kesayangan Mohd Izwan Hafiz,
Syasya

Tuesday, August 26, 2014

Masakkan kena puji !


Sejak kebelakangan niy aku tengok melihat dengan telitinya ewan makin manje. Sesuatu sangat tau, hahaha ! I suka paaaa, hahaha ! Minggu lepas balik rumah MIL, ewan dia suka makan ayam sambal yang minyak banyak nak mampus tu tau. Dah lama dia suruh aku belajar buad dekat mokyah(makcik ewan) tapi aku niy kan pemalas, bajet pandai memasak padahal haram, satu pun taktau. Kawen je aku tau, kahkahkah ! Aku try la buad ayam minyak bergelen-gelen kesukaan dia tu. Ikutkan hati aku nak je aku tuang minyak satu botol dalam kuali, kang tak memasal jadi bini durrrrhaka pulakss. Minit yang pertama okay je ehh, kembang hidung aku dapat buad. Lepas aku lepak dekat meja makan dengan pikah terus sambal kaler merah bertukar jadi kaler hitam. Woyyy ! Hangit. Terus aku jadi gabra. Tapi aku hidangkan je. Kebetulan aku buad nasik lemak planta tengahari tu, boley la cover rasa hangit dia kot. Hebatkan aku ? Buad pertama kalinya ewan puji masakkan aku sedap dia cakap terima kasih sebab masak ayam minyak tu dekat dia, haha ! Sesuatu sangat kan ?

Kelmarin dulu dia balik kelas, aku dah siap masakkan  nasi goreng dekat dia, dan dia puji lagi, auw auw ! Suka woyyy ! Esok malam nak balik rumah aku. Yeayyy ! First time celebrated Merdeka dengan ewan. Felling honeymoon lagik laaaa.




Love,
Kesayangan Ewan yang paling jelita di hati beliau !

Wednesday, August 20, 2014

Open house yang sempoi !

Hello 21 ! Rasa tua gila kot dah masuk 21 tahun niy. 18 Ogos 1993 sampai skrg aku masih diberi peluang bernafas. Alhamdullillah ! Penat lelah open house hari sabtu hari tu pun tak habis lagi niy kan budak2 dgn ewan nak main tepung. memang tak la aku nak relakan diri aku utk semua tu. eh aku tau ade orang selalu stalker blog aku niy, i is tak kisah, iolls tau uolls rindu iolls kensss ? Hahaha ! iolls pun kadang2 terpikirkan dirimu jua wahai manusia yang berada di sungai ara, kahkahkah ! Tapi entahlah nokkk tak kuasa nak melayan.


Tima niy orang dah datang rumah tapi kami tetap berposing sakan, pedulik hape dengan orang. Tuan rumah yang sangat pentingkan diri kan ? Hahaha


Memasing muka excited pagi tu. Perhatian yaa, aku bukan pakai baju raya tau. Hahaha !


Weyy weyy weyy ! Mcm tinggi dari sarah je aku niy . Phewww ! 


Gambar tak ready pun aku upload ya sebab kang budak2 niy cakap aku sabotaj pulak, mentang2 gambar aku tak cantik aku taknak upload, ehh no no no !


Gambar niy kelakar gila laa, guna self timer tau , ber lari aku pegi duduk dekat kerusi tu haa lepas tekan button capture. Depan lecturer okay aku lari, ehh apa ada hal kan ?


Gambar time manusia tengah ramai dekat hall rumah aku tak sempat nak ambik sebab sibuk gilaa , tak sempat nak pegang handfone. Aku kan chef yang kelam kabut, hahaha ! Bersama tuan tanah kedawo, haha. Orang dtg rumah taktau alamat rumah sewa kami, Encik Ewan la yang pegi ambik. 


Last posing hari tu. Huh ! Penat gilaa kot.




Thursday, July 31, 2014

Update jugak akhirnya !


Assalamulaikum, berbulan dah aku rasa tak meng'update' belog niy. Bulan puase mmg tak update lansung ! Nak cakap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN je. Lepas cuti raya kite sembang pepanjang ehhhh .


Salam sayang,
Perempuan terlalu comel tahap nak mampus untuk MOHD IZWAN HAFIZ ABDULLAH , kbyee !

Monday, June 02, 2014

Throwback Part 1 :D


11 bulan 2 minggu 2 hari dah. Tinggal lagi 14 hari, 2 minggu la tu kan ? Ramai orang tanya mcm mana aku boley kenal dengan Ewan sangkut sekejap je lepas tu terus nak tunang nak kawen bagai. Aku pun pelik dengan hati dan perasaan aku niy. Pheuwww ! Lap peluh nak bukak ceritaaa.

21 April dia daftar masuk kolej aku, aku jadi fasi , mpp kate ko, wakakaka ! Masa dekat orientasi aku tengok dia slow je tak mcm setengah lelaki lain ehh. Aku malas layan sangat dia, mcm belagak je. Lempang laju2 kang ! Bila time group permainan dengan fasi, aku buad karaoke tau. Moden sangat kan ? Haha. Dia karaoke lagu CEMPAKA DIREMBULAN. Lepas nyanyi aku ada gelak2 cakap dalam hati suara budak niy sedap jugak, boley ajak karaoke melalak dekat KP niy. Wakakaka! Mcm bodoh perangai aku time tu.

Habis orientasi aku keluar lepak dengan hisyam. Kebetulan prmpn intake time tu sorang je, aku usung je la. Bunga namanya. Hisyam ajak budak laki niy intake baru jugak, nama Jayjay. Jayjay niy la member Ewan. Keluar la mlm tu kami ber-5 . Aku duduk depan yaa, mana boley beralah dengan junior. Belagak gila ! Haha. Nyanyi doploh tigaploh lagu balik. Cuti sem, aku balik Kedah. Masa balik Kedah tu Ewan ada guna whatsapp hisyam, mintak number aku. Aku suruh dia bagi number dia, dia pun bagi la. 1 msg pun aku tak send, save number dia pun tak. Kejam kan iolls niy ?

Bila balik Kuantan, keluar lepak sekali makan apa semua. Aku niy p bgtau hisyam aku suka tengok muka Ewan la apa laa. Ingat lagi time dekat foyer hisyam bgtau Ewan. Ewan terus bangun blah tinggal kami dekat foyer. Woyyy hisyam lawak bodoh ape kau buad. Maki dalam hati je laaa. Dalam kepala otak aku niy , Ewan taknak jumpa aku dah ke, benci aku ke, tak suka ke aku suka dia. Kahkahkah ! ''Syaa okay'' ? Ayat dia sampai sekarang aku ingat. Terpaksa sambung part 2 pulak, tak larat nak taip dah ,hahaha!


To: Papa :)
 Sayang kamu sampai bila2 papa. walaupun papa bukan yang pertama tapi ma janji papa yang terakhir dalam hidup ma. Tengkiu sangat2 sanggup melayan perangai, karenah ma yang degil. Pa byk berkorban untuk ma kan syg ? Ma janji ma akan jaga hubungan kita sampai bila2, insyaAllah syg. Ma akan ingat pesan ibu dengan mak, jaga papa elok2. Jaga makan, pakai papa. Selagi masih bernafas, ma takkan pernah lupa papa walaupun sesaat. Bangun tidur nampak muka papa sebelum tidur nampak muka papa. iloveyou papa, iloveyou so mucho.




*sentimental aku malam niy. korang jangan muntah. Aku lempang kang ! Dengan Ewan mmg manje aku menjadi jadi tapi dengan dia je la, dengan orang lain penumbuk aku bagi, hahaha. Kbyeee


Tak ada tajuk !


Holla cikebom cikebom. 

Turun dari bas ambik teksi terus balik rumah. Penat jangan cakap laa woyy. Kalau aku ada kuasa sakti dah lama aku terbang dari Kuantan ke Seremban, malas naik bas menghabiskan duit. Ulang alik tiap hari je tau. Main dengan 'kalau' semua boley aku hadap satu persatu. Puihhhhhh !

Sebab aku balik Kuantan secara mengejut adalah disebabkan aku kena halau dari asrama. Wakakaka ! Eh kejam sangat ayat ittewww ! Budak Junior kolej aku terlampau banyak so aku yang senior berbudi pekerti lagi sopan dan santun haruslah mengundurkan diri. Aku dengan Ewan sama2 duduk rumah sewa. Mcm janggal mula2 aku rasa. Apa ? Rumah sewa ? Bil api bil air semua tu, apakah ? Sesuatu sangat. Nak kena fikir benda tu. Korang jangan gatal miang nak kawen awal yaa yang muda2 trang tang tang tu. Duit hoyy duit . Kalau la duit tu boley ku petik dari pepohon yang merendang, akan ku petik lantas ku tukarkan semuanya. Hahaha ! Bodohnya lawak aku niy. Huh !

Seperti biasa kalau jauh dengan Ewan memang aku akan meroyan mula2 tu. Nangis kejap, tengok gambar nangis, tengok video nangis. Mcm perempuan mati laki kau tau. Lepas tu tengok cermin gelak sorang2, knp aku nangis ? Mcm tak jumpa dah je lepas niy. Tapi tu lah aku yaa. Dulu masa zaman cinta monyet dengan pakwe2 lama tak ade la kronik. Bila dah menamatkan zaman kegemilangan niy rasa lain siket. Ewan pulak bagi kasih sayang yang mencukupi lagi la aku lentok habis. Kahkahkah ! 

Ehh cerita naik bas tak habis lagi woyy ! Aku sampai rumah tukar baju tanpa mandi yaa terus melantak nasi. Ehh , aku makan nasi 2 pinggan ? Manusia jenis apakah aku niy ? Dekat 3 minggu tengok nasi nak muntah hari niy aku cari nasi. Kebuluran kelaparan sangat tau. Aku jumpa Ewan biasa lah, kena paksa makan nasi. Jauh dengan dia berat hilang ber'kg2' tapi bila dekat dengan dia 10kg aku naik. Dulu berat aku 50kg je tau, zaman bercinta naik 4kg lepas tu bila bahagia siket berat aku dah 60kg. Tengok penimbang rasa penimbang tu bodoh rosak jahanam, tak reti nak nak sejukkan hati aku lansung penimbang tu tau. Tapi sejak cuti niy turun 5kg. Balik Kuantan Jumaat lepas rakyat Kuantan tegur aku kurus. Kagum sangat tau terus promote Jamu Slym4you ! Hahaha. Ehh, panjang pulak entry aku. K laa , byeee !



* Ewan cakap 1-2 tahun lepas kawen baru fikir anak. Makna nya ? Honeymoon laaaa. Hahaha ! Ehh , bubye

Thursday, May 15, 2014

Resipi Cornflakes Madu !


Hello ! Semalam ibu suruh buad kuih cornflakes madu tu. Tak pernah cuba, first time buad okay. Teruja sangat ! Hahaha . Bahan-bahan nak buad pun ringkas je . Jom try buad sesama :D

Bahan-bahan :

1) 200gram cornflakes ( gitu ehh ejaa ? Malas nak p cek dekat kotak , hahaha )
2) 3 sudu besar madu
3) 3 sudu makan gula
4) 100 gram butter
5) 3 sudu badam cincang
6) Buah warna warni ( Cerry ke kismis ke , ikut atas diri sendiri )


Cara-cara :

1) Panaskan madu, butter, gula atas api . Opkos laa panas atas api kan ? Takkan la dalam peti ais.
2) Kacau hingga yakin semua bahan tu larut. Lepas tu tutup api , biarkan sejuk siket.
3) Masukkan cornflakes, badam cincang ke dalam bekas bahan yang dilarutkan tadi.
4) Masukkan ke dalam cup2 comel. Akhir sekali letakkan buah warna warni atas cornflakes yang korang letak atas cup tadi yerr .
5) Biarkan sejuk sekejap .


Selamat Mencuba uolls !

Tuesday, May 06, 2014

Seremban Banjir !


Seminggu lebih dah tak mengupdate belog suci dalam debu aku niy . Sejak Ewan dengan maktok aku sampai sini aku tak melekat rumah lansung . Start hari khamis sampai la hari niy baru boley mengadap lappy kesayangan hamba niy . Dengan air tak ada dekat rumah , nak cuci baju tak boley . Huh ! Penad penad . Bini misali sangat aku layan Ewan tau , hahaha !

Hari niy Ewan balik Kemaman dah , 19 niy dia dah kena berkhidmat sebagai student yang berdedikasi dah , hahaha . Aku niy airmata turun laju gila gila walaupun dah berjanji dalam hati niy takmau nangis tapi meleleh jugak . Tarik tangan Ewan takmau bagi dia balik , berhingus mak hincik tau . Hahaha ! Nak taknak terpaksa lepaskan dia pegi jugak . Nak update belog niy pun terpaksa tabahkan hati , cewahhh ! Kejap kejap call kejap kejap call . Dia call aku , aku call dia . 

Baru lepas cakap dengan dia niy haa , dia sampai Cherating dah . Lega hati aku dia dah nak sampai Kemaman , terlepas dah jalan muadzam gelap gelita tu haa . Baru aku boley telan nasi dengan aman , kalau tak jangan harap aku nak makan . Duduk dalam bilik mengadap lappy tengok muka dia je laa . Mesti korang menyumpah aku kan baca blog aku niy . Ehh suka hati mak hincik laa nak cakap ape pun , blog iolls okay ? Heee :D Tapi niy la kenyataan nya , aku tak boley lawan perasaan niy . Tak kuad !

Gambar gambar kenduri sampai Ewan balik mintak maaf banyak banyak , iolls tak boley nak upload yaa . Privasi kate ko ! Hahaha . Aku hanya boley kongsi cerita saje buad mase sekarang , gambar gambar terpaksa stop kejappppp .

Nak mandi , byee !

Wednesday, April 23, 2014

Janji update !


Tak sampai seminggu wajah belog berubah lagi , syabas kepada diri sendiri , hahaha ! Kemain lagi ehh , bila balik rumah tukar tu tukar niy .

Now , aku tengah buad countdown tunggu Ewan nak datang Seremban melawat tunang kesayangan beliau . Hahaha ! Kemain ayat haa . Ehh suka hati aku laa nak cakap ape pun , blog aku kan . Mampus laa kena maki dengan korang :D

Mood aku kelaut siket hari niy sebab puasa . Ecece ! Riak sangat nak bagi tahu satu dunia kau puasa syasya hoyyy ! Ehh tak tak , jangan kutuk aku tanpa sebab . Aku berbangga la sebab balik rumah aku puasa . Kau ingat senang ke nak menempuhi dugaan bau bauan dekat rumah . Hari niy ibu aku masak ayam masak merah . Kau boley ke hadap bau dia ? Menusuk ke kalbu okay . Aku redha je . Tapi aku dah request nak makan sambal tumis telur dengan tempoyak ikan ape2 je yang ada dalam peti tu . Kahkahkah ! Kbyeee

Tuesday, April 15, 2014

Cemburu


Ewan memang kuad cemburu tahap gila tapi dia taknak mengaku . Matilah aku kena dengan diaa , hahaha . First time kenal dulu tak nampak sangat bila dah lama-lama niy makin menjadi. Aku biarkan aje , cemburu kan tanda sayang . Yedok ??

Masa mula kenal dia diam je tak cakap lansung . Bila mood dia berubah baru aku perasan , hahah ! Ape laa kamu niy sayang hoyy .

Aku kan jenis peramah , suka bercakap . Boley dikatakan dekat kolej memang semua kenal aku . Hahaha , matilah kena kutuk puji diri sendiri lepas niy . Ehh tapi betul laa , aku kan MPP ehh salah bekas dah ea . Dah besaraaaa . Bila student baru masuk aku jaga tu sebab budak2 niy semua kenal aku . ''Kak Syaa retissss'' , kahkahkah ! Sila jangan muntah yaaa .

Aku buang semua contact lelaki dalam handfone aku tu tau sebab taknak bagi dia jealous sangat . Sampaikan facebook , twitter aku pun aku dah buad new account tau . Twitter yang baru tu pun tiga bulan lepas kena deactived sekali lagi . Guna account dia je . Kau nampak tak cemburu dia ? Kan kan kan ? Tapi still taknak mengaku okay . Aku redha jeee .

Ini adalah disebabkan dia dapat aku yang terlalu cantik , comel , bijaksana lagi bestari . Kahkahkah ! Itu semua tifuuu belaka . Jangan percaya ehhh walhal bila duduk depan cermin ulang skrip tu 2 3 4 kali sehari . Lepas mandi je berangan depan cermin ''Wahai cermin sakti ku , sape paling cantik dalam Malaysia '' , keluar muka sendiri . Dah aku je depan cermin memang keluar muka aku je laaa kan . Hahaha ! Mohon ketawa dalam hati je ehhh .

Tanpa lelaki lain selain dari Ewan aku boley hidup ea , so aku tak kisah .

Cuti sem dah start !


Hello evelibadi ! Taraaa , berubah wajah dah blog aku .

Yeayyyy , aku dah sampai home sweet home . Sangat sangat awesome bila dapat masakan ibu sesuka hati tanpa memikirkan  duit. Nak kena bayar makanan berapa , minum berapa , cukup tak sampai hujung minggu . Itu semua tak payah fikir dah ! Bebas dari dibelenggu wang , hahaha ! Tapi yang terbelenggu dalam kepala hotak aku niy adalah Mohd Izwan Hafiz . Dekat setahun aku asyik makan keluar dengan dia , niy first time aku dengan dia jauh lama lama. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan ? Heeee

Bulan 5 niy sebelum short sem Ewan start dia janji nak mai Seremban jumpa cinta hati dia . Yeayy ! Lepas rindu siket laaaa . Adik aku yang sibuk tanya bila Ewan nak datang la apa laaa . Aku rileks chills je . Percaya ke ? Jangan laaaa . Aku yang tak betul dekat rumah niy haaa .

Sunday, March 23, 2014

Ciri anak no.2


Anak Manja
Boley dikatakan memang aku manja dengan ibu tapi aku tak tunjuk ehh , heee :D
Malu kot dekat adik2 tengok , kata kakak kan , haruslah matang . Tapi kalau jauh dengan ibu ke nak balik Kuantan ke aku menangis bagai nak rak tau . Bukan setakat dengan ibu je ehh kadang2 dengan Ewan pun aku manje terlebih . Ewan selalu cakap aku manje tapi aku taknak terima . Aku ganas laaa , hahaha ! ( Taknak mengaku sangat )


Anak degil
Haaa , dalam manje manje dia ade degil okay ? Opkosss laaa , iolls sangat degil . Benda yang ibu tak bagi buad tu la yang aku buad tau . Suka sangat ! Hahaha . Ewan pun kadang2 merungut aku niy degil tahap gila . Benda yang dia larang aku buad lagi aku suka kau buad . hahaha ! Tu sebab kadang2 tiap2 ahri bergaduh . kahkahkah !


Keras kepala
Ade ehhh ? Ada siket kot . Dulu laa sekarang aku dah kurangkan siket . Sejak mengenali Ewan memang aku banyak gila berubah tau . Keras kepala aku dah hilang siket demi siket .


Bercinta
Haaa , yang niy tak perlu nak dipertikaikan lagi sebab anak kedua niy memang pencinta yang setia . Kahkahkah ! Kenyataan okay


Hati
Nampak je keras tapi dalam hati memang lembut gilaaaa .


Berdikari
Very independent , serius doe ! Hahaha . Mudah bergaul , kau campak je la kak bedah dekat mane pun senang je dapat kawan . Very take care of her sister and brother and all stuff belonging family . Mula la adik2 menyampah dekat aku . Semua kena report . Kahkahkah !


Arahan
Aku memang tak boley terima arahan tapi aky suka bagi arahan dekat orang . Hahaha ! Aku kan CEO Menara COD , lalalalala . Aku tak suka kerja bawah orang , aku nak bebas . Lalalala

Up to date 
Opkosss laa , aku nak kelihatan anggun jelita je depan orang ramai ehh . Sape pun tak boley lawan aku . Jangan nak overshadoesss iolls ehhh .

Gelak ketawa 
Walaupun sedih aku suka gelak sampai muntah dengan member2 , family aku . Pernah hari tu aku makan durian , lepak dengan budak2 bilik aku . Gelak punya gelak sampai muntah haaa , habis bau durian dekat tangga tu . Kahkahkah !


Tak peduli orang cakap belakang aku . 

Mula2 kalau aku tau orang tu mengutuk aku bagai nak rak mmg aku mengamuk . Rasa nak pegi lempang dia laju2 je tapi lama2 aku chill je ehhh . 

Kbye ! 

Memancing ! Huh


Sejak motor Ewan jahanam dek kerana Hisyam niy dia memang banyak gila habis masa dengan joran . Boley dikatakan tiap2 hari dia wajib pegi memancing tau tak . Aku niy serba salah tahap cipan nak beranak . Memancing tu sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi okay uolls . iolls niy tahap kesabaran bukan tak ada tapi tak kuad weyy . Kalau aku yang memancing dah lama aku terjun dalam sungai tu tangkap sendiri , tak payah menunggu berjam jam kan . Tahun niy boley kira dengan jari okay berapa kali aku jejak kaki dekat Megamall , Ecm dengan KP . Sangat sedih ! Tapi sabarkan je laaaa . Huwaaaaaa :’( Hanya mampu nanes dalam hati , kalau nanes depan Ewan kena lempang laju laju kang . Adoiiii !


Sekarang niy dia kurang memancing dekat sungai tapi gila memancing dekat kolam . Sekali memancing RM50 melayang ! Mampus laa , botak kepala aku fikir . Kalau dapat ikan tak ape , niy kalau tak dpt mcm mano haa ? Aku nampak dalam kolam tu RM50 dah haaa . Nak marah tak berani , kang kena fire set to rain aku yang menangis bagai nak rak atas katil . Dia nak pujuk memang tak laaa . Dia main game tak hadap lansung muka aku tau , sentap sangat ! Minggu lepas pegi kolam lepas aku habis kelas dapat ikan siakap 2 ekor tau . Aku dengan bangganya ambk gambar , hahaha ! Kalau dapat ikan tak ada la bosan sangat . Ce kalau tak dapat muka aku busuk mcm perut ikan . Bosan gila menunggu tapi demi Ewan apakan daya . Aku hadap semua tu .


Ikan siakap putih , konyang dennn !


Kali ke dua lagi besar . Bakarrrrr !

Balik Kampung Part 3


Kemain kau sampai part3 . Hahaha ! Nampak sangat gila menaip aku . Jom layan

Isnin pagi lepas hantar adik aku pegi sekolah aku dengan Ewan keluar cari breakfast  sampai ke town haa . Dia bawak aku melawat kawasan pagi tu . Kemain kau breakfast jauh sebatu haaa . uolls mampu ke ? Hahaha . Ayat mesti kerek sedikit ehhh , lalalala . Habis semua dia sebut , dengan bekas ex-girlfriend punya cerita pun dia bedal . Aku menangis dalam hati je . Makan roti canai 2 bijik okay aku pagi tu , hilang semua diet . Cehhh ! Puihhhh , diet sangat pompuan niy kannn .

Sampai rumah siap2 sebab nak gerak pegi KL kejap nak jumpa kakak Ewan . Selamat menggunakan GPS lagi untuk diriku , huwaaaa :’( Salam ibu , papa terus gerak balik . Dalam kereta menangis tersedu sedu habis semua air hingus memeleh keluar . Sila hargai ibu anda ya sebelum berkahwin , nanti dah kawen tak boley dah duduk bawak ketiak ibu , bawak ketiak laki pulak . Aumm aumm  , ketiak ketiak . Hahaha ! Mintak dekat Ewan nak ketiak dia kata aku gila nanti , hahaha .

Ambk kakak Ewan dekat Affin Bank , pegi makan dekat restoran arab . Fuhh ! Satu pinggan RM35 nyahhh ! Tengok harga pun aku dah kenyang tau , hahaha . Disebabkan kakak dia belanja aku on je . Hahaha . Gelojoh sangat . Tapi perut aku niy , potong stim betul . Dia boley tak lapar pulak . Ishhhh ! Kau tau aku order ape , mushroom soup je . Kentut berak cair betul laaa . Ishhhh !

Lepas hantar kakak dia balik , Ewan pun bawak aku lalu dekat kawasan Ampang , tempat dia kerja dulu . Gaji beriban kot dia kerja dulu ! Tapi sayang time tu dia tak kenal lagi aku . Kalau tak mesti aku jadi akauntan serba boley untuk dirinya . Hahaha !

Masuk highway aku saje nak cuba try test ajak dia singgah Bukit Tinggi dan dia setuju! Hatiku berkocak kegembiraan . Hahaha ! Bertambah sayang aku padamu wahai Mohd Izwan Hafiz Abdullah . Mari saksikan gambar bukit tinggi :)


Aku haruslah gaya mcm ala ala model kensss ? Hahaha ! Kalah taknak okay .

  
Gambar niy cantik berseri seri sebab aku yang snap tau . Hahaha !


Berdua lebih baik kate koooo !


Yeahhhh !


 Sendiri tengok sendiri suka . Depan liff pun aku suruh Ewan ambk gambar , kenangan tau . Taknak datang dah Bukit Tinggi sebab bosan . Yang best pun sebab boley ambk gambar , tempat dia cantik dengan sejuk . Yang lain nando yaaa . Sampai sini saje entry balik kampung . Hahaha ! Panjang kemain lagi haaaa . Assalamulaikum , Kbyeee !

Balik Kampung Part 2


Panjang sangatkan entry Balik Kampung Part 1 tu , hahaha ! Dah lama tak cuci belog mcm niy la jadi . Heee :D Jom sambung balik ceritaaaaa

Hari Ahad pagi tu aku bangun awal gila , siap mandi tengok tv ibu datang duduk sebelah ajak pegi pasar . Ehh lupa nak bgtau , Ewan kan dia report mcm2 dekat ibu aku tau tak . Aku suka marah2 dia la apa laaa , ishhh ! Penipu laaaa. Jentik dia pun aku tak pernah tauuu ( itu tifuuu , jangan percaya )
Ibu aku tanya aku nak makan apa . Ishhhh , ibu aku silap orang pegi tanya nak makan apa , dia taktau anak dia niy nafsu membuak buak kalau balik rumah . Aku request nak makan sambal sotong dengan asam pedas ikan pari . Semua merah2 dan pedas . Suka hati aku laaa , aku nak makan .

Sebelum balik rumah pegi melantak roti canai dulu dengan ibu aku . Bungkus bawak balik untuk adik2 dengan Ewan . Sampai je dekat rumah aku masuk bilik tengok Ewan terbaring lagi ,muka mcm kentut sebab aku tinggal dia dekat rumah , dia text aku , aku tak bawak handfone . Hahaha ! Rindu I ehh sayang ? Heeee :D


Dah settle ibu aku masak aku pulak masuk dapur goreng ayam untuk Ewan . Dia tak boley ea kalau tak ade ayam . Tak lengkap set makan diaaa . Aku suruh dia pegi beli ais batu dengan adik aku , dekat dua jam lebih haaa pegi beli . Rupa rupanya diorang pegi PD , Ewan pegi jumpe member2 poli diaa dulu . Cehhhh ! Penad aku menunggu dokek rumah niy haaaa . Dia sampai terus melantak . Lepas dah siap melantak terus pegi rumah toksu ambk . Karaoke time ! Yeahhhh . Habis makcik2 aku pegi karaoke . Dua jam melalak . Hahaha ! Ewan mula2 malu kucing . Pengantin baru sangat ! Hahaha

Balik Kampung Part 1


Entry niy dah lama aku pendam buad pekasam dalam kepala otak , kena cari idea nak merapu meraban baru boley berkarya . Hahaha ! Kau mampu mcm aku ? Lalalala

Lepas habis exam awal bulan 3 hari tu terus gerak balik rumah ibu aku dokek seremban nun . Aku pun tak pernah balik seremban sejak ibu aku pindah niy . First time balik dengan Ewan niy , apalah reaksi ibu aku tengok Mr Arrogant aku , hahaha . Sila percaya yang muka Ewan sama dengan Mr Arrogant . Pelishhhhhhh ! Aku dengan Ewan memang surrender okay kalau jalan KL niy . Aku niy mati2 ingat ibu aku dekat rumah Toksu aku yang duduk dekat KLIA tu , pulun lalu KL . Kalau tau ade dekat rumah terus aku gerak balik rumah ambk bantal peluk terus tidur . Terpaksa hadap jalan KL petang2 , sesak nak mampus .

Rumah toksu tu aku tau la dekat area mana . SEPANG ! Sebab selalu jugak kalau duduk Penang dulu pegi sana . Tapi bila dari Kuantan niy aku agak lembab , ehh bukan agak lembab mmg lembab pun . Hahaha ! Berbekalkan GPS dekat handfone sampai la rumah toksu . Sesak jangan ckp laa ehh tapi masuk je lebuhraya nak ke KLIA aku dengan bangganya confident tau jalan . Orang KL bohhh , kahkahkah ! Sampai rumah terus ambk toksu gerak balik seremban . Mak aii , doket yo KLIA dengan Seremban . Tak sampai setengah jam pun haaa . Sampai2 rumah ibu aku masak laksa , Ewan melantak laksa aku melantak nasi lemak pagi tadi yang ibu aku buad . Walaupun dah lama tapi aku tetap nak . Dah lama tak makan masakan ibu .


Malam tu keluar jalan2 , lepak I-City sampai pukul 2 pagi baru sampai rumah . Jumpa Kak Leeya dengan Abg Ewan . Lepas rindu akhirnya ! Lama tak jumpa . Sila menjamu mata anda dengan gambar di bawah yaa , tak larat nak ceritaa satu2 dah .


  Dari kiri adik lelaki aku yang sulung , 16 tahun . Kedua tu adik perempuan aku umur 14 tahun tapi tinggi mengalahkan aku . Huh ! Ibu kesayangan dan adik aku yang paling comel , hahaha ! Hujung sekali mestilah aku . Kalau muka aku pun korang tak cam lagi boley bawak gaduh niyyyy . Ewan saje gedik2 duduk belakang , ingat orang tak nampak lettew , bajet kecik je padahal perut dah boroi . Hahaha


Jantung hati betaaa , Ibuuuuuuuu !


Us ! Ibu aku kalau bab posing2 niy serahkan kepada dirinya . Hahaha !

Tuesday, March 11, 2014

Pulanglah MH370


Siapa sangka lambaian 239 mangsa tidak disambut daratan . Entah apa yang bermain dibenak mereka ketika segalanya berlaku . Hanya Allah yang tahu . Penerbangan yang masih belum kunjung tiba tapi mengundang seluruh dunia merasa hiba . Bagaimana hari ahli keluarga mereka ??

Jika mereka masih bernafas YA ALLAH , KAU lanjutkanlah usia mereka . Berikanlah mereka tenafa dan kekuatan untuk membalas tangisan penantian kami . Namun jika hembusan nafas mereka telah terhenti bukalah mata kami untuk menemui mereka agar ada tanda , agar ada nisan untuk ingatan .




Monday, March 03, 2014

Balik Seremban


Minggu niy minggu exam , ohh yeahh ! Aku ada 4 paper je yerr exam sem niy . Web , multimedia , math dengan autocad je yerrr , budak lain ade 6 peper . Tasawur dan bi aku tak ambk sem niy , sem depan yerr aku ambk . Extend sem la maknanya , paham paham je laaa aku malas nak bawak byk subjek . Nak fokus ! kata nak dekan sem niy , hahaha !

Sabtu niy lepas habis paper terus gerak balik KLIA ambik adik2 aku pegi PD . Minggu niy giliran Ewan balik rumah aku , hahaha ! Adil dan saksama sangat kan ? Tapi demand sangat , terus pegi bercuti dekat PD . Aku ikutkan ajeee . Semalam pusing satu ECM , Megamall , TC ( tempat wajib ) cari barang untuk adik2 aku .Alahai kassim selamat !

Hari Ahad hari tu balik Kemaman kejap , pegi karaoke . Lepas tu Ewan nyanyi lagu Marah Bukan Sifatku , lagu Newboyz haaa . First time aku dengar tau tak , rasa mcm nak hentak kepala dekat dinding karaoke tu sebab ketinggalan zaman sangat aku niy , hahaha ! Lagu tu Ewan tujukan khas buad aku , rasa bersalah pulak dah . Minta maaf gila gila dekat dia , huwaaaaa :"(



Wednesday, February 26, 2014

Dengarlah bintang hatiku :D

Puas aku cari tajuk lagu niy akhirnya aku jumpa jugak . Lirik dia mak aii nenek , sampai ke tulang hitam aku rasa tau tak . Suka lebih lebih kan aku niy , lantak laaa . Tak peduli pun :D Aku baru habis kelas Communication dengan Puan Ros dan seperti biasa kelas dia walaupun petang petang canggini aku tak pernah bosan . Sumpah doe ! haaa , nak jugak ada doe doe bagai kan ? huh ~ Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamuDalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tujuDan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawakuKarena bagiku engkaulah nyawaku

gaji cleaner RM5000 ! Nak tak ??

Huh ! Behabuk doe belog aku . Doe ? Ayat mesti kerek merek siket doe pepagi mcm niy . Hahaha ! Lama aku tak update belog , nampak sangat buzy study kan ? Cehhhh , puihhhh ! Padahal sibuk bercinta . Sehangat asmara sangat tau . Lalalala ! 15 Mac kena submit report final projek tapi aku boley rileks silang goyang kaki mcm CEO Menara COD . CEO sangat kan ? Hahaha !

Dekat Kuantan kan , jalan nak ke bandar tu ade satu menara tinggi la jugak dari aku sedang gigih dibina oleh mamat2 indon ala2 kangen band , peterpan , radja dan blablablabla ( sendiri sambung ehh , aku tau 3 kumpulan tu je ) Sampai kan staff dengan lecturer aku pun kena kacau dgn aku dek kerana Menara COD tu haa . Aku taktau la jutawan mana punya duit berjuta juta yang buad kerja tuuu . Syabas aku ucapkan . Setiap kali lalu dengan Ewan mesti Ewan cakap menara tu aku punya . Lantas aku berangan angan jadi CEO  dekat sana . hahaha ! habis semua kena usik dengan akuuuu . Gila kau gaji cleaner basic RM5000 , sape taknak kan ? Okay , aky tifuuuuu . Jangan percaya ! Semua tu angan aku yang tak sudah .

Wajib ada sijil atau diploma yaa kalau nak kerja dengan akuu . Ijazah , master syarikat aku tak terima sebab tinggi sangat pendidikan tu , gayat ! Mana boley lawan aku kan , aku CEO okay ! Semua yang nak kerja dengan aku mesti puji aku lawa macam Kim Kardashian ehh , kalau tak aku tendang jauh jauh . Harap maklum ! Lalalalala . Driver aku ade sepuluh yaaa , basic RM8000 . Driver utama Mohd Izwan Hafiz , kahkahkah ! Kalau dia baca mampus aku kena terajang laju laju sampai balik sana . Dah dah , aku taknak merapu dah , kang makin menjadi jadi . Hahaha !

Okay laa , nanti aku sambung lagi eh angan bodoh aku niy . Hahaha ! Kbyeeee . Ehhh lupa bagi salam , Assalamualaikum :D Chow !

Thursday, February 06, 2014

Ada jugak laki mcm niy !!!




Wow ! Tanjat mak tengok niy . Actually aku bukak belog sorang kakak niy . terbaca pulak , panas hati aku bacaaaaaa ! Pfttttt ! Hanya mampu dalam hati je laa aku niy . takkan nak maki kuad kuad , dalam kelas kot . mampus kena marah dengan encik mawi , dah la paper dia satu kelas gagal . hahah ! kau mampu buad ? aku redha je . 1 kelas maki dalam hati je bila kelas Encik Awi okay ?

ehh . berbalik pada tajuk niy . aku tak puas hati , perlu ke nak mengungkit ? mcm haram la jadah
 woyy ! aku geram niy geram geram ! aku mcm nak ambk gambar niy p lekat atas kepala laki niy . Masa tengah sedap kemain kau ehhh . Dah lepas biar lepas boley tak ? yang kau gatal tutttttt pegi ungkit tu knp ? Kenapa tak boley redha dengan perpisahan. dia dah nak kawin ? terima lah kenyataan.dah tertulis itu bukan jodoh kauuuuuuu ! TERIMA KENYATAAN !!!!!!!!!! 

Wanita yang ada kisah silam...tapi bertaubat dan berubah jadi lebih baik boleh jadi wanita solehah. Dan wanita yang permulaan baik, tutup aurat, tidak semestinya akan terjaga sampai akhirnya. Semua bermula dalam diri. Yang di pandang bukan kisah silam atau kejahatan semalam. Tetapi siapa dia di masa sekarang. Yang ada kisah silam jangan dikeji, yang mulia di mata manusia, jangan selalu dipuji. Pengakhiran manusia di 'mata' Allah tiada siapa tahu.


Kbyeeeee !









Tuesday, January 28, 2014

Final Pojekkkkk !


Hollah uolls . Aku pening kepala otak niy memikir pasal final pojek , dengan nak buad laporan lagi ape bagai . Kepala otak berjambul betul laaa ! Aku bajet bulan 2 niy nak buad pojek bulan 3 pulak nak siapkan report . Tapi tu laa , aku lembab siket nak buad pojek guna flash niy , tgn teketar ketar . Multimedia kot weyy !

'' Multilmedia je kot , kacang goreng laa .''

Kau pandai senang la cakap . Aku rela buad matematik daripada buad multimedia . Hahaha ! Nampak tak belagak nye , mentang mentang la dapat A matematik , huahuahua ! Kalau budak kelas aku baca niy mesti kena bahan berbakul bakul . Hahaha ! Suruh aku ajar tapi aku cakap tak reti . Bukan kedekut ilmu ehh tapi aku taktau mcm mane nak ajar orang . Kang kalau aku ajar tapi orang tak paham aku yang bengang akhirnya .

Tak sah kalau tak up story pasal Ewan . hahaha ! 24-26 hari tu aku dengan budak2 kelab LC pegi lepak Melaka . Syiokkk plus plus penad gila babi ! Ahad malam sampai Kuantan terus tidur tak sedar diri . Ewan layan Maharaja Lawak sorang2 , aku tidur mampus ! Pagi buta pukul 9 bangun kejut Ewan . Kelam kabut dibuadnya . Bas aku pukul 10.45 okay ? Mane nak pegi melantak lagi . Last2 makan dalam bas je haaa . Ewan balik Kemaman , aku balik Kedah . Minggu depan baru sama2 balik Seremban . Nikmatnya nikah gantung ! Hahahahaa

Bila dah jauh niy , aku jadi prmpn gila kejap sebab rindu Ewan . Ewan rindu aku ? huh ! ego nak mampus . report mak mertua iolls biar dia kena marah . Hahaha ! Nak iron baju kejap , kbyeee !


Wednesday, January 22, 2014

3 in 1 punya cerita !


hello mellow everybody ! tajuk aku macam nescafe 3in1 je kan ? hahah . 1 post tapi ada 3 cerita .


sejak wifi dekat hostel aku niy tak berfungsi jarang gila aku online apetah lagi nak update blog kensssss . Semalam dah aku dah habis paper test 1 , huh ! lega gila gila . Semalam paper mcm nak bunuh aku je . Autocad dengan math ! Math mmg tak cukup masa la aku nak buad , sejak je dia bagi mana nak cukup . Autocad pulak lagi la hampeh , aku punya la tak confident nak buad . Bukak2 soalan aku terus rasa sakit perut semacam , macam susah je aku tengok . Tiba2 aku boley buad tapi tu pun hasil bantuan Sabri . Tengkiu babe , nanti exam aku duduk sebelah kau lagi ehh . Hahaha ! Puan terus semak depan2 weolls satu kelas okay . Alhamdullillah , aku dapat A untuk subjek autocad . 16/20 :D Hilang 4 markah je sebab anak panah aku tak buad , hahah ! 16/20x100=80% , haha . Gila pandai aku ! terus bgtau Ewan , mlm selama terus ajar dia buad autocad . Kahkahkah ! Kau hadeeee ?

pagi niy Ewan dengan budak2 elektrik sem dia kena pegi Jubli Perak . Dia lambat seminit je sampai kolej , terus kena tinggal bas . Hahaha !  kelas aku pulak 8.30 - 10.30 , 10.30 -12.30 batal . Cissss ! tarak guna betul . Sia2 aku siap cun , comel2 nak pegi kolej . Last2 pegi gerai roti canai je melantak pagi niy .

Esok Jumaat kan ? Nak pegi Melaka , ohh yeayyyy ! Budak2 lain pegi pagi buta lepas subuh tapi aku dengan Ewan lembab siket yaa bertolak sebab tunggu kelas habis dulu petang esok . Nampak tak ciri2 pelajar yang berdedikasi dekat situ ? Walaupun kantoi hantar mc palsu . Hahaha ! tak pernah2 aku beli mc palsu minggu lepas gara2 malas nak pegi klinik punya pasal aku p ambk mc dekat member aku . Ewan pun sama ! Semalam P.A aku bagi syarahan FOC tepi telinga aku tau . Bila aku pandang screen pc P.A aku , aku senyum sorang2 . atas nama aku terus nama Ewan .
 MC PALSU ! Merah terus nama aku dengan Ewan . terus call Ewan bgtau . Tapi dia ? hampeh ! nada suara entah pape . kes jealous tak habis lagi time tu . Hahaha ! tapi sekarang tidak lagi . hahahha !


p/s : ewan , gua sayang lu okay ? Trust meeeeeeee :D

Nak masuk kelas ganti pulak niy , byeee !

Tuesday, January 07, 2014

Setiap pertemuan ada perpisahan !


Selamat petang saudara saudari  sekalian , baru habis kelas . Sangat penad ! Nasib kelas project management tak sampai setengah jam pun tadi sebab Cik Umi dah nak berhenti . Aku kan repeat , so kelas aku dengan Cik Umi kejap je laa . Lepas tu masuk kelas aku yang sebenar . Borak2 dengan Cik Umi kejap , gelak2 , ambk gambar semuaaa .


Kek Dark Choc Moise ! Aku suka gila kek niy . Masa birthday kak leeya hari tu pun aku belik kek niy jugak . 1/2 kg RM40 , 1kg RM55 je . Sedap gila ! Rasa aiskrim 


Cik Umi Faiz Husna binti Mohamad Saleh . PA aku sejak sem 1 , opkos laa kenss ? 
Mane boley tukar2 PA . 


Muka aku hitam gilaaa . Sila salahkan camera kak yaya ehh , hahaha ! 


Nampak matang tak muka aku ? Aku rasa matang gila gila . Tapi knp orang cakap muka aku mcm budak2 ? Ini tidak adil okay ? Sampaikan tadi masa dekat cafe time tunggu Ewan habis kelas , member Ewan gelak kan aku . Dia cakap muka aku mcm budak2 , tak boley kawen lagi . Taik dia laaa !


Muka aku tak ade sebab aku yang ambk gambar . Budak kelas aku siket jee , 10 orang . Dulu 11 tapi sorang berhenti bak buek cano kan ? Sila lihat pencil box aku , kaler pink okay ? Duduk sebelah Cik Umi tauuuu . Kalau Ewan tengok niy mesti dia suka gila sebab duduk jauh dengan laki . Hahaha ! 


Setelah kek dipotong , yummy yummy ! Kelazatan teramat sangat tauuu .


Kak Yaya ambk gambar niy tanpa aku sedari . Time makan niy lupa habis masalah , ingat Ewan je time niy . Hahahhaha ! Nampak tak betapa sayangnya kau dekat Ewan , hahaha .


Mata aku ? Ya ampun , adakah ini mata hamba ? Besar gilaaa .


Jilat jari yaa sebab malas nak keluar dari conference room p cuci tangan . Tak kesah pun , bukan nak pegang sape2 . Ewan dah tidur tak ingat dunia dah . Hahaha !


Perpisahan sebenar benarnya Jumaat niy , nantikannnnnnnn . Kbye !

Monday, January 06, 2014

Tangan ohh tangan !


Ahad lepas , sebelum masuk 2014 . 29 December kot , aku pun tak sure tarikhnye . Aku , Ewan dengan budak2 kelas Ewan pegi pantai pelabuhan . Lepak sana , memang best gila tempat dia tau , photoshoot mmg cantik bak hang . Aku pun felling ala ala model Malaysia la konon . Last sekali gambar mcm taik kucing berak cair je . Pendek tu pendek je la kak bedah woyy , kahkahkah !


Aiman si panjang plus plus si keding . hahaha


Tengah tengah tu dah basah dah baju kena tempias ombak , kuad gilaaaa !


Aku paling happy sekali , hahaha 


Gaya apa Ewan buad niy ? Gilakkkkk


Adik adikku yang manis lagi menawan . 


Cantik tak cantik pantai pelabuhan niy ? Ombak dia , ya ampun !
Kuad gilaaa


Aku tetap pendek dari dia walaupun kasutku berjuta inci tingginya .


Gaya Ewan ? Kau tengok laa , tetap sama okay ? Yang aku niy posing sana sini dah .


Ewan dari atas , hahaha !


No caption , hahaha !


Last posing dari aku , retis gilaaaa ! 


okay , dah puas tengok meh aku cerita misterinya . Jeng jeng jeng ! 

Bangun hari isnin pagi tu nak pegi kelas tangan kiri aku sakit gila gila . Budak budak niy cakap salah tidur kot , aku pun okay ke laa . Set dalam kepala otak aku niy salah tidur :)
Selasa pagi pun sakit lagi , aikkk ? i is pelik benar . Ajak Ewan pegi klinik , jumpa doktor . Bila sampai dekat klinik dia suruh aku masuk sorang2 jumpe doktor , taik kentut betul laa . Tau tak doktor cakap ape ? Tulang lari , tisu koyak . Aku niy macam , whut ???? Aku tak ade buad aksi bukan2 pun , wakaka !

Sampai hari jumaat , Ewan ajak balik rumah dia . Konon2 nak berubat la kenss , hahaha ! Pegi dua kali rumah pakcik tu tapi nando okay ? Mak Ewan dah fikir lain dah , hahaha . Sebab kemungkinan ada benda menumpang dekat tangan aku , kejap kejap lenguh kejap lenguh . Kalau kau fikir ape ? Pelikssss 

Malam tu pegi urut , gila taik besembur . hahah ! makcik tu urut sampai meleleh air mata aku tau tak . sakit ! katanya urat belikat aku tenggelam , urat keras . Hahaha ! Dia urut punya urut sampai pukul 11 malam . Dia cakap dah , keesokan hari mmg akan sakit punya sebab kesan urut . mmg sakit ! Hareyyy jadah betul .

Lega gila bila tangan aku dah okay , hee :D Tengkiu gila kepada kawan kawan yang doakan aku , jasa kalian tidak dapat aku lupakan . Cewahhhh , gittew ayat aku haaa . 


Dia yang jaga aku sepanjang aku tak sihat , bawak aku pegi klinik semua walaupun dia tunggu dalam kereta je sebab dia tak suka doktor , hahaha ! Bawak aku pegi mengurut , ikut ape aku nak . Sampaikan pegi pasar malam pun kan orang langgar tangan aku yang sakit tu dia marah , dia jeling maut je dekat mamat tu . hahaha ! Lepas tu marah aku sebab jalan dekat dekat tepi dia , suruh jalan tengah dia dekat tepi aku . Debor gila aku kalau dia marah . Tak cute tau  muka kalau marah marah . Hahaha ! Dia marah pun sebab dia sayang , tak ape tak ape . i rela je kena marah , hikhikhik ! Tengkiu sayang jaga iolls , love you so much . 


Nak mandi , penad jogging niy haaa . Assalamualaikum , kbyeeee