Thursday, November 21, 2013

Tumit pecah ? Jom bacaaa


Sekarang niy kan , tumit aku dah macam hape dah aku tengok . Tadi sedang kusyuk aku baca magazine remaja aku ternampak menda niy . Cara cara nak mencegah tumit pecah , aku copy paste je ehh .

KASUT
Beli dan kenakan kasut yang sesuai dengan kaki kamu. kasut yang terlebih kecil ataupun besar akan membuatkan kulit kaki kamu melecet serta mudah pecah.

☛    GUNAKAN KASUT SECARA BERTUKAR GANTI
Pastikan setiap hari kamu memakai kasut yang berlainan. Jika kamu menggunakan kasut yang sama setiap hari, ia boleh menyebabkan lapisan kulit kaku kamu pecah-pecah. Contohnya, bila kamu sudah seharian memakai kasut tumit tinggi,lebih elok keesokannya kamu kamu pakai kasut dengan permukaan yang rata pula.

☛    SELAMAT TINGGAL DAKI
Rajin-rajinlah melakukan pengelupasan daki pada kulit kamu. Gunakan batu sungai untuk menggosok kaki. Gosok dengan gerakan memutar dan membentuk lingkaran kecil pada kulit kaki terutamanya pada tumit. Kemudian, jangan lupa untuk menyapukan losen bagi menghaluskan lagi kulit kaki kamu. Jika dilakukan secara rutin, maka kulit kaki kamu akan menjadi lebih lembut dan cantik.

Hohoho , baru aku tauuuu . Jom amalkan jom :) 



No comments:

Post a Comment