Sunday, September 29, 2013

Taknak period mcm niy dah !


Assalamualaikum , good morning everybody . Lama betul aku tak update belog cun melecun aku niy * konon cun la ! 

Aku tengok tarikh dah 28 September dah tapi aku tak period period lagi niy , ishhhh risau pulak . Haaa , jangan cakap aku PREGNANT lah ehh , sepak montot tu kang . Aku risau lah sebab aku kalau sebulan tak period nanti bila mai tu dia bak hangggggg . Sebulan tak berhenti tau tak ? Tiba tiba sabtu malam tu Kak Leeya dengan Abg Ewan ajak keluar pegi pasar malam . Aku niy pulak pikir dua tiga empat puluh enam kali tau tak , dah 4bulan lebih aku asyik keluar dengan Ewan jew takkan aku nak tinggal dia kens ? i is tak rela uolls tinggal Encik Tunang i sorang sorang *dia keluar tak ingat aku pun kan ? Pfttttttt ! Setelah berbincang dengan Kak Leeya kan , kami terus pegi ambk Ewan dekat rumah sewa dia , hati i berbunga bunga . Kahkahkah ! Sekarang musim hujan , so tak boleh keluar berdua dengan dia . Kereta ? Dia dah hantar balik kampung , now naik motor jew laaaa . Tak boley nak anje anje dah sekarang . Kang tergolek atas motor . Mihmihmih .

Pegi pasar malam , aku tiba tiba takdek selera nak makan . Percaya ke idokkk ? Aku sendiri pun tak percaya apa yang aku alami sekarang niy , wakakakaka ! Ewan risau gila dan aku niy terasa berharga sangat , hahahaha . Aku beli cake blueberry , alas perut . Ewan pulak dia hentam beli murtabak , nasi lemak lepas tu apetah lagi dia beli . Pegi lepak Tanjung Api , makan dekat sana . Lama jugak lahh , lepas tu pegi tempat wajib TELUK CHEMPEDAK diluar pagar ambk galah tolong jolokkan , kahkahkah ! Taman Kerang jangan dilupakan , karaoke sekali okay ? Ehhh , salah susun destinasi pulak .

Mula mulaaaaaa :
  • Pasar malam
  • Tanjung Api
  • Taman Kerang
  • Karaoke
  • Oasis *tengok bola , okay MU kalah tak bermaruah , i is malu sebab i sokong MU , huwaaaaaaa 
  • Teluk Chempedak 
  • Katil akuuuuuu , ohhh manyak syiokkkkk ohh !

Begitu laa susunan nyaaaa . Hahaha ! Mase dekat Oasis tu aku dah rasa pelik dah , ishhh ! Mata dah stim gila mengatuk doe . Ewan pegi toilet aku pun gedik nak ikut . Nak shesheee lahhh , tengok tengok ....... OMG OMG OMG ! i is period , yahooooo ! Aku perempuan normal okay . Keluar toilet dengan bangganya senyum kambing dekat Ewan . Ouchhh , diam saja . 

Keesokan harinya , ya ampun bapak bapak ibu ibu . Sakit teramat sangat ! Aku sampai demam tau tak period kali niy , sakitnya tak terkata . Mcm taknak period dah aku rasa , ohh tidakkkk !



Iloveyou papa , 

Jom buad assignment !

Assalamualaikum .



No comments:

Post a Comment