Tuesday, November 13, 2012

lelaki seksi bilaaaa

Wahai lelaki dekat luar sane , sedang aku godeh2 google kenssss . niy haaa aku jumpa :)

1. solat 5 waktu ( aku nak mcm niy , senang bimbing aku )
Perempuan sangat inginkan lelaki yang boleh bimbing mereka ... imami solat dengan mereka dan anak-anak ... lelaki yg jaga solat 5 waktu adalah lelaki yang pastinya bertanggungjawab dan sangat seksi di mata wanita ...

2. Sopan dan hormat orang tua ( sejuk perut mak depaaa , kih3 )
Perempuan benci lelaki yang biadab dgn orang tua terutama ibubapanya sendiri ... 

3. Senang meminta maaf dan senang memaafkan ( aku sukaaaaa )
Ramai lelaki yg egonya terlalu tinggi ... bila buat salah tak mahu ngaku lepas tu berkeras dengan apa yg dia pegang walhal benda tu terang2 salah ... lelaki yg seksi di mata wanita cepat2 memohon maaf bila buat salah dan senang pula memaafkan orang yg buat salah dengannya ...

4. Lembut bebicara tegas menegur bijaksana tutur kata ( bestttt )
Perempuan benci lelaki yang biadab, bercakap lucah, bertutur tanpa consider orang sekeliling, menyakitkan hati dan cakap besar ... lelaki yg tegas adalah yg berprinsip serta berpegang pada prinsip tersebut tetapi amat bijaksana dan berhemah ... tinggi tolak ansurnya ... tidak terburu-buru dlm membuat keputusan ... 

5. Wangi bau badan dan mulut ( tak makan petaiii kowt dia niy )
Ada sesetengah lelaki yg tak suka mandi dan juga tak gosok gigi ... duduk sebatupun boleh bau ketiak dan kalau bercakap masyaAllahhhh busuknyaaaaa mulutttt ... lelaki seksi sangat jaga wangian badan dan mukutnya ...

6. Bersih pakaian dan bersih pemikiran ( like aaron aziz )
Sentiasa kelihatan bersih dan sukakan kebersihan ... smart penampilannya walaupun simple ... otaknya juga bersih bukan asyik duk pikir benda lucah je ...

7. Tidak gopoh dan gelojoh ( aku niy kelam kabut sikit )
Lelaki yg sentiasa fikir dulu sebelum bertindak ... menyusun atur sesuatu sebelum melakukannya ... slow and study ...

8. Sentiasa bertenaga dan rajin berusaha ( kaya raya aku nnty , kah3 )
Perempuan suka lelaki yg sihat ... yang jaga kesihatan ... tidak merokok dan apa lagi penagih dadah ... jahat mana peermpuan tu dia tetap memandang lelski yg bertenaga rajin berusaha tidak pemalas dan  sihat sebagai lelaki yg amat seksi ...

9. Sukakan kanak2 ( bapak misali )
Perempuan sukakan lelaki yg suka kanak2 ... boleh dukung baby ... main2 dgn kanak2 ... boleh bersabar dgn tangisan baby dan kanak2 ... suka hadirkan diri pada majlis birthday or hari sukan kanak2 dsbg ...

10. Membantu kerja rumah such as masak, sidai baju di ampaian, mesin rumput, siram bunga 
( satu dalam sejuta )
Tak jatuhnya maruah or ego orang lelaki buat kerja tu ... bukan buat semua pun just tolong2 je ... apa lahhh sangat tapi benda tu ppuan nampak seksi di mata mereka ...

11. Kemas dan tidak selekeh ( doa2 laa )

12. Suka memberi hadiah dan sedekah ( tengkiuuuuu sayang )
Perempuan benci lelaki yg kedekut dan suka mengepow ... asyik ppun je yg bayar dan top up kreditpun mintak dgn ppuan ... ppuan suka laki yg bagi hadiah kat mereka walaupun sekadar buku panduan solat utk wanita ...

13. Tenang hati dan emosi terutama dlm keadaan genting ( penyabarrrrnya )
Sentiasa tenang tidak penakut ... ni ada lelaki yg penakut .. ular kecik pun muka dah pucat ... kena ugut sikitpun dah menggelabah dan buat keputusan bodoh ...

14. Tepati masa ( nayaa aku )
5 minit sebelum masa dah terpacak kat tempat yg dijanjikan ... wowwww ... lelaki itu nampak seksi di mata wanita ...

15. Tidak mengeluh dalam derita ( good boy )
Sakit sikit je mengeluh macam2 ... menyalahkan mcm2 ... semua benda tak boleh buat ... asyik bagi alasan je sakit tu laa sakit nilaaa ... susah tu laa susah nilaa ... mcm dia sorang je yg sakit or susah dlm dunia ni ...

16. Pembimbing dan pelindung ... Rasa selamat bila disisi ( macam novel adam & hawa )
Belum apa2 dia dulu yg cabut ... takpun bila disisi perempuan rasa tak selamat rasa ngeri ... mcm bahaya je ... hahhh lelaki mcm ni perempuan nampak amat tak seksi...

17. Berpengetahuan tinggi dan updated ( ikut trend uolls )
Bijak dan berpengetahuan luas ... bukan sahaja dlm bab kerjaya, tapi juga teknologi, perkembangan IT dan gadjet2 terkini, sukan, politik, keagamaan dll...

18. Merendah diri walaupun setinggi mana kejayaan dicapai ( macam shamsul yusof kowt )
Tak meninggi diri dan berlagak ... baru je graduate asyik bercakapppp je tentang degree dia sedangkan orang lain bersepah lagi graduate mcm dia ...

19. Boleh berdikari buat keputusan sendiri bukan asyik depend pada orang lain dlm buat keputusan
( alhamdullillah )
Ada sesetangah lelaki sikit2 tanya mak dia tanya ayah dia ... tak boleh buat keputusan sendiri .. perempuan tak suka lelaki mcm ni ...

20. Pandai mengaji ... Melafazkan ayat2 Allah ( sayang dia gila2 )
Kalamullahhh ni melembutkan hati dan ubat segala penyakit ... lelaki yg boleh baca Quran apa lagi hafaz quran .. masyaAllah boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yg melihatnya ... amat seksi ...



dalam kurungan tu aku tambah sendiri sebab ? aku punya sukaa la ^_^

hee , 

salam :)


Monday, November 12, 2012

MR AND MRS SCHAWAL :)

maigod maigod ! sumpaa jealous tengok uollss sayang . wink winkkkk :) serius aku suka tengok scha dengan awal niy , best gilaaaaa kowt . sweet + hensem = romantikkk . iolls doakan uolls bahagia dunia akhirat . waa  gitu pulaksss . haha :) mase anugerah skrin tu , gilaaa la. mmg sweet couple yaww . scha tu orang sungai petani taw , sama la pulakss dgn iollss niy . woot woottt :D maknanya ? nak cari mcm awal ashaari jugak laa . haha . galokk dehhh . sape macam awal ashaari ? angkat tangan , cepad cepad . 




tengah bercinta niy if tak salaaa , jealoussss . gosip gosip :D



will you marry me ? gilakkkk , smpy menitis air mata awal . dgn teddy bear besarrrr .
gila scha taknak kawin dgn kau awal . hee :D


tadaaaaa , diorg mase umumkan tarikh nak kawin . aku dekat depan tv tak beganjak taww . 
mcm aku pulakss yang nak kawin , excited uolls :D



sah bergelar isteri awal ashaari :) 
meleleh airmata semua gadis2 , mak2 gadis bila scha yang dapat awal . HAHA


pre wedding , lain dari yang lain kan ? kau ade ?? hihi


yeaaa ! alaaa2 mexico gituuu . cantikkk schaaa . kan kan kan ?


jealousssssssssss seyh , awal nyanyikan lagu untuk schaa . sayang , i nak jugakkk !


'' hello , im mrs awal ashaari ''. haha :)



p/s :  maaf , gamba tak jelasss . i copy jew uolls ;)

hee ,

bubye , 

salam .






Sunday, November 04, 2012

Dia Milikku

 
Daun-daun berguguran jatuh menyembah bumi . Yang tinggal hanyalah dahan yang berbogel menanti daun berputik semula . Sungguh indah bumi yang di beri pinjam sementara oleh yang Maha Esa Ini .
‘’Aku terima nikahnya Luna Latisya binti Megat Aizril dengan mas kahwinnya RM1000 tunai ‘’ . Dengan sekali lafaz sahaja Luna sah menjadi pemaisuri hati Haikal Daniel bin Datuk Murad . Semua tetamu yang hadir senyum setelah akad selesai . Tidak semena mena beberapa manik jernih gugur menyentuh pipi mulus gebu bak pauh dilayang dia . ‘Alhamdullillah , aku sah menjadi milik lelaki yang bertakhta di hati aku sekian lama . Aku terpaksa berpisah dengan keluarga aku ‘ , Luna bermonolog didalam hati . Haikal segera bangun menuju ke ruang solat untuk sujud syukur .

Jam menunjukkan tepat jam 8.00 malam . Majlis persandingan mereka berdua yang berkonsepkan Fairy and Tale berwarna merah jambu dan putih itu begitu meriah sekali dengan dihadiri oleh kaun keluarga dan sahabat handai . Kelihatan kesemua tetamu yang hadir amat berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh kakitangan Hotel Tanjung Bungah . Hari ini milik kami berdua desis Luna dalam hati . Tersenyum lebar Luna takhkala Haikal menyuapkan kek ke dalam mulutnya . Semua tetamu bersorak melihat merpati dua sejoli itu .

Berganjak ke jam 12.00 tengah malam , kelihatan tetamu yang hadir beransur pulang ke rumah masing-masing . Jarang sekali di Malaysia diadakan majlis persandingan di sebelah malam kerana ada yang mengganggap orang bekerja , penat . Tambah pula dengan anak-anak kecil . Tapi inilah kelainan yang Luna inginkan . Sifat Luna yang berani mencuba dan unik membuatkan Haikal jatuh cinta kepada dia .
Pagi itu , suasana yang begitu nyaman sekali di penginapan mereka Hotel Tanjung Bungah, Pulau Pinang . Mereka mengambil keputusan untuk berbulan madu di dalam Malaysia sahaja , bukan tidak mampu tetapi jadual kerja Luna yang begitu padat menyebabkan mereka terpaksa tangguhkan untuk ke luar negara. Haikal akur sahaja dengan permintaan Luna .

‘’Sayang , mama ajak makan malam dirumah malam ni . Ramai yang menunggu kita dirumah mama’’. Haikal menyampaikan pesanan kepada permaisuri hatinya . Haikal Daniel anak kelahiran Pulau Pinang ialah anak bongsu Datuk Murad , usahawan terkenal di sana . Keluarganya menetap disana sejak papanya berkahwin dengan mamanya Datin Haryati dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haizana Hany , Haizana Hana dan Haikal Daniel . Haikal satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya .

Dua hari kemudian


Luna Latisya Megat Iskandar sebelum ini tinggal bersama keluarganya di Taman Melawati kini memulakan tugas pertama sebagai isteri setelah pulang ke rumah Haikal yang terletak hampir berdekatan dengan Tasik Titiwangsa . Agak kekok kerana sebelum ini dia tak pernah menyediakan pakaian , makanan untuk sesiapa pun . Haikal hanya mampu tersenyum melihat isterinya yang menyediakan sarapan untuk dia . Lagu My Baby You berkumandang dicorong radio , Haikal yang dari tadi melihat isterinya segera mendekati Luna . Luna kini dalam pelukkan suaminya . Terasa selamat sekali Luna didalam dakapan suaminya itu . Mereka menari mengikut irama lagu My Baby You . Ke kiri dan ke kanan . Mereka terhanyut dalam dunia mereka . Alangkah indahnya hidup mereka .

Haikal bangun menuju ke dapur , dia terlihat sekeping nota yang ditampal di peti sejuk . ‘’B , I pergi kerja dulu . Nanti lunch datang pejabat I yaa ? Nak makan dengan u . Love u hubby , mmuahh ‘’. Tersenyum riang dia membaca nota isterinya . Luna seorang pereka dalaman perabot untuk sebuah syarikat terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur kini memulakan kerjanya setelah seminggu bercuti untuk perkahwinanya . Banyak ucapan yang diterimanya sebaik sahaja melangakah masuk di pejabat pagi tadi . Kebanyakkan rakan-rakannya berasal dari Kuala Lampur tidak dapat hadir ke hari persandingannya jauh . Majlis persandingannya dibuat sekali sahaja di Pulau Pinang kerana kampung dia terletak di Pulau Pinang . Berlainan pula dengan suaminya , bercuti dua minggu untuk berehat di rumah . Tugas sebagai seorang arkitek memang susah untuk memohon cuti . Oleh itu , dia mengambil kesempatan untuk berehat sepuas puasnya dirumah .

Jam menunjukkan 8.30 pagi , dia mengambil keputusan untuk berjongging di sekitar Tasik Titiwangsa . ‘’ Sayang , b nak keluar jogging kejap taw dekat tasik ‘’. Luna tersenyum membaca pesanan ringkas dari suaminya .
’Okay b , hati2 , takmo nakal2 taw . I love you ‘’ .

Dengan berbekalkan seluar trak bottom dan t shirt Chetah , topi diatas kepala dia kelihatan seperti seorang yang belum berkahwin . Perempuan-perempuan pasti cair melihat ketampanan yang dimiliki oleh Haikal . Wajah Haikal persis pelakon filem Filipina , Sanay Wala Nang Wakas . Langkah demi langkah Haikal menapak di tasik . Kelihatan ramai pengujung tasik pagi itu . Semua pengunjung sepertinya , ingin mengeluarkan sedikit peluh didalam badan . Sihat ! Sememangnya dia seorang yang menjaga badan dan pemakanan . Tidak hairanlah badannya kelihatan seperti Aaron Aziz mampu  mencairkan hati bukan sahaja gadis-gadis bahkan emak-emak gadis juga. Dia terus melangkah dengan ditemani ear fone ditelinga .

‘’Abang , cepatlah , saya dah tak tahan ni , takkan nak bersalin dalam kereta ni . cepat bang ‘’ . Ikaa berteriak didalam kereta . Sebentar lagi dia bakal melahirkan . ‘’Sabar yaa Mira , abang cuba secepat yang mungkin ‘’. Suami Mira yang memandu kereta menenagkan dia . Tiba-tiba ‘’ Prangggggg’’ . Kereta yang dipandu oleh suami Mira terlanggar sesuatu . Banyak orang mengerumi tempat kejadian .
Luna yang dihubungi oleh pihak hospital tentang suaminya yang kemalangan segera ke hospital . Keadaan suaminya sungguh menyayat hati dia . Datuk Murad dan Datin Haryati yang baru mendapat berita tentang anaknya yang dimasukkan di unit ICU sebentar tadi dalam perjalanan ke ibu kota . Luna hampir pengsan mendengar perkhabaran dari doctor bahawa suaminya kini koma didalam ICU kerana cedera teruk dibahagian kepala . Dia baru mendirikan rumah tangga dengan suaminya tidak sampai sebulan telah diuji sebegini rupa . Dia redha dengan dugaan yang menimpa dirinya sebentar tadi . Keluarga mertuanya dan keluarganya memenuhi ruang menunggu hospital . Baru sebentar tadi Doktor Zalia memberitahu tengtang keadaan suamiya yang koma dan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sedar . Manik jernih di pipi Luna mengalir dan terus mengalir . Mertua dan sanak saudara yang lain menenangkan Luna . Bukan mudah untuk seorang perempuan yang baru mndirikan rumah tangga untuk menerima semua ini . Tidak henti-henti dia berdoa agar suaminya sedar dan selamat . Dia sangat menyanyagi suaminya . Begitu lah hari-hari Luna lalui tanpa suami disisi .

Hampir sebulan Haikal terbaring di katil hospital dengan alat-alat bantuan yang melekat di tubuh dia . Hampir sebulan juga keluarga mertua Luna berkampung di rumahnya . Mereka tidak henti-henti memberi semangat kepada Luna . Luna terpaksa bekerja hari ini setelah sebulan bercuti untuk menjaga suaminya. Ikutkan hati mahu saja dia terus menjaga suaminya tetapi apakan daya . Di pejabat dia tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjanya . Yang ada dikepalanya hanyalah suaminya . Blackberry miliknya berbunyi . ‘ Eh kenapa mama call aku ni ‘ desis Luna dalam hati . Luna memecut kereta Honda CRZ miliknya menuju ke Hospital Pusrawi .
Luna segera menuju ke ruangan suaminya dirawat . ‘’B , u dah sedar ? Alhmadullillah . B , I rindu u . Satu ciuman hinggap di pipi suaminya . ‘’U ni sape ? Mama , sape perempuan ni . Kenapa tiba-tiba dia cium Haikal . Ehh , perempuan kau niy sape ? ‘’ , kata-kata yang dikeluarkan oleh Haikal membuatkan Luna terpinga pinga. ‘’Ma , apa ni ? Kenapa Haikal ni ? Kenapa dia tak kenal Luna ? Papa , cakap la ‘’ . Teriak Luna . Luna rebah , namun segera disambut oleh kedua mertuanya .

‘’Luna , awak terlalu stress ni . keadaan awak ni bole mendatangkan bahaya pada kandungan awak ‘’ . Luna terkesima , kandungan ? Ya Allah , aku mengandungkan anak Haikal . Segera disampaikan berita tentang kandungannya kepada keluarganya . Mertuanya tersenyum lebar tapi Luna hanya menangis. ‘’Mama , Haikal macam mana ? Mama dah sampai berita tentang anak kami ?’’. Mamanya mengangguk senyum . Disebalik senyuman mamanya terselit satu kesedihan . Akibat kemalangan tempoh hari , anaknya mengalami gegaran otak yang menyebabkan anakya kehilangan daya ingatan . Haryati redha . Luna sudah diberitahu tentang keadaan suaminya menangis teresak esak dalam dakapan ibunya , Puan Suraya . ‘’Sabar nakk , Tuhan sayangkan Luna , tu sebab Dia bagi ujian dekat Luna ‘’ . Tutur Suraya kepada anaknya .
‘’Luna . Haikal bole discharged hari ni ‘’. Lega hati Luna mendengar suaminya boleh pulang hari ini . Dia berjanji walaupun suaminya tidak mengingat sedikit pun tentang dirinya dia akan pastikan suaminya akan jatuh cinta kembali pada dirinya .

‘’B , welcome home . Ni rumah kita , cantik kan rumah niy ? B yang ubahsuai rumah ni ikut cita rasa b ‘’ . Luna tersenyum lebar . Segera Haikal menuju ke kamar, Luna segera membontoti Haikal ke kamar . Haikal melabuhkan dirinya di atas tilam empuk . Tidak sampai seminit dia terlelap . Luna yang asyik memerhati suaminya dari tadi segera mendekati suaminya yang lena dibuai mimpi . ‘ B , i akan membuat u ingat I semula . Cinta kita b . I janji . Luna bermonolog sendiri . Luna mengamati wajah suaminya dengan penuh kasih sayang . ‘ Aduhhh b . Hensem nya kau ‘ . Luna senyum sendiri . Ikutkan hati mahu saja di peluk suaminya yang lena itu tetapi takut menganggu tidurnya pula . Berkali-kali Luna mencium suaminya . Akhirnya Luna terlena disebelah suaminya .

Setelah selesai membersihkan diri , Luna menyiapkan makan malam untuk mereka berdua . Haikal yang menonton tv memerhati Luna . Luna membiarkan saja . Mungkin dengan cara ini suaminya akan mengingati memori mereka bersama . ‘’U , I nak tanya ni ‘’ . Luna tersenyum melihat suaminya yang sudah mula bertegur . ‘’ Mana , handfone I ? ‘’ harapan Luna agar Haikal ingat tentang dirinya pudar . Luna memberi Blackbeery milik suaminya itu . Wallpaper gambar mereka berdua diamati Haikal . ‘’Kenapa gambar u dengan I ni ?’’ . tanya Haikal . ‘’ Mana gambar I dengan Dee ?’’. Hampir terjatuh pinggan yang dipegang Luna . ‘ Dee ? Bukan ke tu bekas kekasih Haikal ? Ya Allah , dugaan apa lagi yang Kau berikan dekat aku ni ?’ pilu hati Luna mendengar ucapan Haikal tadi . ‘’B , kenapa u tanya pasal Dee ? Kitakan dah kawin , kenapa u ingat dia lagi ? ‘’. Rintih Luna . Haikal pelik memandang Luna . ‘’Bila masa pulak aku kawin dengan kau ? Aku tak kawin dengan sape-sape pun la . Tolong la jangan nak serabutkan kepala otak aku dengan benda-benda yang tak masuk akal ni . Dah , mana bilik tetamu ? ‘’. Hampir pengsan dibuatnya .
Malam kian menjelma , kelibat Haikal masih tidak kelihatan di rumah . Luna terus menanti suaminya . Sejak dia pulang dari pejabat , suaminya sudah tiada dirumah . Mungkin pergi berjumpa rakan-rakan . Pelik dengan perangai suaminya . ‘ Semua keluarga , kawan-kawan dia ingat tapi aku ni bini dia , dia tak ingat . haihh ! ‘ .

Pintu rumah dikuak . Lega hatinya melihat suaminya sudah pulang . Tiba-tiba dia terdengar suara perempuan . untuk memastikan segera Luna ke ruang tamu . terkejut Luna melihat di sisi suaminya ada seorang perempuan . dia mengamati perempuan itu . terkejut Luna . Dee disebelah suaminya . Dee tersenyum melihat Luna . Dee merapati Luna , ‘’ kan aku dah cakap aku pasti akan dapat Haikal semula ‘’ , bisik Dee di telinga Luna . Haikal hanya jadi pemerhati mereka . Ya Allah , kuatkan lah kesabaran aku Ya Allah . Jatuh berguguran airmatan Luna . Suaminya kini benar-benar berubah . dia sudah tidak mengenali suaminya . lelaki yang menjadi imam semasa mereka mula-mula mendirikan rumah tangga . Segera Luna melakukan solat hajat dan solat taubat . Kejadian segitu rupa kerap berulang . Sayu hati Luna dengan sikap suaminya .

‘’B , i rindu nak u yang dulu . da lama kita tak pergi bercuti . I dah book resort dekat Pantai Morib . Dulu kan kita selalu pergi sana . masa kita mula-mula kenal . u ingat tak b ?’’ . Haikal hanya menggangguk setuju . mungkin tak mahu bertelagah dengan Luna .
Haikal memandu menuju ke destinasi . mungkin dengan bercuti di sana akan memulihkan memori suaminya dengan dia sewaktu bercinta dulu . Luna sedaya upaya berusaha untuk kembalikan memori mereka . Moga-moga ! Tempat pertama Luna membawa Haikal setelah sebulan lebih Haikal meninggalkan hospital tempat dimana suaminya dirawat .

Setelah selesai mengerjakan solat Zohor , Luna membawa Haikal bersiar- siar disekitar Pantai . ‘’ B , u nak memancing takk ? U kan suka memancing’’ . ‘’ Mana kau tau aku suka memancing ? ‘’ . Jelas Haikal kebingungan . Luna hanya tersenyum . Blackberry Haikal berbunyi . Tidak sampai setengah jam Dee sampai di perkarangan resort . Terbeliak mata Luna melihat kelibat Dee . Ya Allah , maafkan segala kesalahan yang telah aku lakukan . Andainya ini dugaan buatkanku aku terima dengan redha . Kau kuatkan lah hatiku untuk menerima dugaanMu Ya Allah . Rintih Luna pada yang Maha Esa setelah selesai solat asar . dia tekad untuk kembali ke rumahnya petang itu . tidak sanggup untuk melihat suaminya dengan kekasih suaminya itu . Dee tersenyum riang . Dee bekas kekasih Haikal sejak mereka menutut di Kolej Lim Kok Wing . Haikal memang terkenal dengan perangai kaki perempuanya semasa di kolej lagi . Tetapi Dee tetap menunggu Haikal . Mungkin kerana kedudukan Haikal . Sehinggalah Haikal tamat belajar dan bertemu dengan Luna . Pada mulanya Haikal hanya ingin memainkan perasaan Luna kerana semasa di kolej Luna tidak menyukai dirinya . mungkin kerana sifatnya , oleh itu Haikal bertekad untuk membuat Luna jatuh hati padanya . Tapi lama kelamaan dia pula jatuh hati kepada Luna . Banyak dugaan terpaksa Luna terima semasa dalam tempoh pertunangannya dengan Haikal . Dee lah puncanya . Namun dengan berkat kesabarannya dia berjaya mengahwini pemilik nama Haikal Daniel sehinggalah kemalangan tempoh hari yang seolah olah menggelapkan semula kehidupannya sebagai seorang isteri Haikal .

Semasa Luna hendak pulang dari klinik untuk memeriksa kandungan Luna yang sudah mencecah lima bulan , kereta mogok di tepi jalan . Luna meminta Haikal mengambilnya . ‘’Ehh , kau mengandungkan anak siapa ni ?’’, tanya Haikal semasa dalam perjalanan pulang. ‘’Anak kita lah b , dah lima bulan tau b ‘’, jelas Luna . ‘’Kau gila ke ?. tak pernah aku ada anak . entah-entah anak kau dengan sape , kau cakap anak aku ‘’, marah Haikal . Bederai airmata Luna . Haikal terus menengking Luna . Hujan turun membasahi jalan . tiba-tiba Haikal bersuara ‘’ kalau betul ni anak aku , aku nak kau gugurkan . aku tak nak ada anak sebelum aku kahwin ‘’. Luluh hati Luna mendengar . ‘’B , ni anak kita , kita dah kawin la ‘’, jelas Luna lagi . Haikal memberhentikan keretanya bahu jalan . ‘’kau turun sekarang ‘’. Luna terkesima . ‘’ aku cakap kau turun sekarang , turun ‘’. Luna hanya mengikuti arahan suaminya . takut-takut Haikal membuat sesuatu pada kandungannya . Dalam hujan Luna berjalan mencari tempat berteduh daripada hujan . Luna segera menghubungi rakannnya Ikaa untuk mengambilnya .

‘’Kau tak bole biarkan macam ni Luna , kau kena bertindak . Memang laki kau tu hilang ingatan , tapi tak bermakna kau bole biarkan dia buat suka hati dekat kau . Kalau ibu kau tau ni , habis kau tau tak . Kau ada bagi tau pasal laki kau tu dekat mama kau ?’’. Luna menggeleng . ‘’Kau ni , kalau aku kan dah lama aku bagi tau . Walaupun aku tak mengalami tapi aku rasa tau kesedihan kau . kau dah la membonyot sekarang ni . tak boleh jadi ni’’, marah Ikaa . Luna hanya mendiamkan diri . Malas nak bergaduh dengan rakan baiknya itu . Yang penting kandungan selamat .

‘’ Eh , kau dekat mana Luna ? Aku nak kau balik sekarang , mama dalam perjalanan nak ke rumah .nanti mama ada dekat rumah aku nak kau buat macam takde ape-ape . kau paham ?’’. tegas suara Haikal di telefon . Luna diam seribu bahasa .

‘’Mama , dah lama sampai ? Maaflah , Luna keluar tadi dengan kawan ‘’, bohong Luna . Haikal senyum riang dengan pembohongan Luna tadi . Semenjak mamanya dirumah Haikal pulang kerja awal dan melayan Luna dengan baik . Berbeza dengan sikap sebelum ini . Tiga hari mamanya dirumah Luna tampak bahagia sekali . Rasa enggan melepaskan mamanya pulang .

‘’Pandai kau berlakon kan Luna ? entah-entah kau berlakon je kawin dengan aku ni sebab nak harta aku kan ? mama aku boleh la kau tipu tapi bukan aku ‘’. Luna tidak mampu menahan herdikan Haikal . Sampai hati Haikal berkata sebegitu rupa kepadanya . Luna rindukan Haikal semasa mamanya berkunjung ke rumah mereka . Namun semua itu sudah berlalu . Haikal keluar tanpa mempedulikan Luna .

‘’Luna , ibu nak tanya sikit ni . Luna dengan Haikal okay ke ? Ibu tengok Luna selalu termenung . Haikal ada buat apa-apa ke dekat anak ibu ni ?’’. tanya Suraya . ‘’Kenapa buu ? Luna bahagia dengan Haikal buu . Walaupun dia tak ingat Luna sepenuhnya tapi dia ambil berat pasal Luna ‘’. Bohong Luna lagi . lega hati ibunya tidak terus bertanya tentang hubungan dia dengan suaminya .

‘’Kenapa kau sanggup tunggu aku ? sedangkan aku tak ingat apa-apa tentang kau . cinta kau , kasih kau . kenapa kau sanggup terima aku lagi ? aku boleh lepaskan kau kalau kau nak ‘’. Berderau darah Luna mendengar ayat melepaskan . tak sanggup rasanya dia berpisah dengan suaminya . bermacam-macam cara dia cuba untuk pulihkan ingatan suaminya namu gagal . dia hanya mampu berserah . tak semudah itu dia hendak mengalah dan melepaskan suaminya untuk Dee . ‘ Dee ? Ahh , kenapa dia mengganggu suami aku’ teriak Luna dalam hati .

‘’Pangggggg ‘’ . Satu tamparan hinggap di pipi mulus Luna .Luna jatuh terjelopok di lantai . ‘’Sampai hati b buat i macam ni . demi perempuan ni b sanggup tampar i ‘’, dalam sedu Luna meluahkan perasaan kepada suaminya . Haikal beredar ke kamar . hanya Dee dan Luna di ruang tamu . Dee menarik Luna ke dinding lalu di ditampar dan menumbuk perut Luna berkali-kali . Luna tidak berdaya untuk melawan . Tangisan Luna mengejutkan Haikal . Haikal segera ke ruang tamu unutuk melihat apa yang berlaku . Terkejut Haikal dengan kelakuan Dee . Luna terkulai layu , di lantai . Loceng rumah berbunyi , Dee membuka pintu untuk melihat siapa yang bertandang ke rumah Haikal .

Ikaa membawa Luna ke hospital untuk pemeriksaan . Ikaa menangis disisi Luna yang tidur setelah diberi ubat penenang kepadanya . ‘’Rakan awak keguguran akibat hentakan kuat di bahagian perut hingga menyebabkan keguguran ‘’, beritahu doktor Zalia , doktor yang merawat Luna . Akibat keguguran Luna terpaksa di tahan di hospital untuk rawatan lanjut . Kelurganya dan mertuanya yang melawat tak henti-henti memberi kata-kata semangat . Malu bukan main mama dan papanya tentang berita yang disampaikan oleh Ikaa sebentar tadi . tidak menyangka anak bongsu mereka bertindak sedemikian terhadap menantu kesayangan mereka .

Haikal tanpa rasa bersalah datang melawat Luna di hospital . ‘’ U nak apa lagi datang tengok I ? Sebab u I hilang anak I . I benci tengok u . I merayu dengan tolong tinggalkan I , ceraikan I . I mohon , I da tak sanggup hidup dengan u . semua I buat untuk u bahagia , untuk u ingatkan I tapi u bunuh anak I . kalau u bencikan I janganlah sampai bunuh anak I . u boleh bahagia dengan kekasih hati u tu Haikal . ceraikan I Haikal , ceraikan I ‘’. Luna kini tidak berdaya lagi . satu penumbuk hinggap di muka Haikal . Terkejut Haryati dengan perbuatan suaminya itu . Haikal jatuh pengsan , terjelopok dilantai . Kesedihan Luna tak dapat dibendung lagi . Andai sudah tercatat bahawa Haikal Daniel bukan miliknya dia teriam ketentuan Illahi . Kehilangan anaknya member impak yang besar kepada dirinya .

‘’Luna , luna , luna . maafkan b , b tak sengaja . maafkan b sayang ‘’, Haikal meracau racau . Mamanya yang menemani dia sejak dari tadi terkejut dia memanggil nama Luna . ‘’ Dah kena tumbuk baru nak ingat dekat isteri . kalau aku tau dah lama aku tumbuk kau Haikal ‘’. Malu aku dapat anak macam kau’’, marah benar Murad kepada anak lelakinya itu . Haryati hanya memerhati pertelingkahan diantara anak dengan suaminya itu .

‘’Mama , Haikal nak jumpa Luna ma . Haikal tak sanggup kehilangan dia ma . Haikal sayang dia ma . Tolong Haikal ma ,’’ rintih Haikal kepada mamanya . ‘’Haikal , mama bukan taknak tolong tapi dah banyak dugaan Luna bersama Haikal . Kenapa Haikal tak hormat dia sebagai isteri Haikal ‘’, tutur Haryati perlahan .

Luna kini menetap di rumah keluarganya . Kesediahan Luna masih terpahat di hati . Sukar untuk dia melupakan segala yang terjadi . Semenjak kejadian itu , Haikal tak terurus lagi . Mamanya mengambil keputusan untuk menjaga dia disana . Haikal sering berkurung sendiri di kamarnya . Dia hanya mahukan Luna . Dee ? Hilang entah kemana . Jijik melihat Haikal dalam keadaan sebegini agaknya . Makan dan pakai Haikal tidak seperti dulu , dia hanya inginkan Luna pulang kepangkuannya semula . Puas dipujuk oleh Haryati untuk dia menerima segala yang berlaku tetapi tiada hasilnya . Bukan sahaja dimarahi oleh Haikal tetapi bantal-bantal didalam kamar habis di baling kepada mamanya .
Hampir sertiap malam Luna melakukan solat hajat dan istikarah untuk meminta petunjuk hidupnya dengan Haikal . Dan setiap malam jugak laha wajah Haikal sering muncuk didalam mimpinya . Adakah ini petanda bahawa dia perlu kembali kepada pengkuan suaminya ? ‘Ya Allah , Kau ampunkan lah segala dosa-dosaku , dosa kedua orang tuaku dan mertuaku , sahabat-sahabtku . Kau jadikan lah aku seorang anak , kakak , rakan serta isteri yang solehah disisi Mu Ya Allah , jika benar Haikal Daniel milikku , Kau berikan lah petunjuk kepadaku , satu kan lah hati kami Ya Allah ‘ , rintih Luna setiap kali selesai mengerjakan solat . Kini hanya kepada Yang Maha Esa tempat dia mengadu , meluahkan rasa hatinya . Dengan melakukan itu , hatinya merasa tenang .

‘’Mama , abang Haikal sihat ? ‘’, tanya Luna kepada mamanya ketika menghubungi mamanya pagi tadi. Haryati menceritakan segala kepada Luna . Lantas , dia bersiap . Entah kenapa terdetik hatinya untuk memakai tudung . Hatinya benar-benar sayu bila memikirkan hidup dengan suaminya . Terpegun hati seisi rumah melihat dia sewaktu dia ingin keluar berkunjung ke rumah suaminya itu . ‘’ibu , Luna minta maaf andai Luna ada salah dan silap kepada ibu . Doakan Luna menjadi isteri yang solehah andai Luna memang ditakdirkan untuk abang Haikal ‘’, Luna memohon dari ibunya . Abang Haikal ? Sememangnya sudah lama dia memanggil Haikal dengan gelaran abang . Kereta yang dipandu oleh Luna meluncur laju menuju ke rumah dia dan suaminya .

Pintu bilik suaminya dikuak . ‘’ Ma , kan Haikal cakap jangan ganggu Haikal . Haikal taknak makan ‘’. Haikal terus memarahi ibunya . Dia lansung tidak menyedari wanita itu adalah isterinya Luna . Luna menyelak langsir supaya bilik itu diterangi cahaya . Bantal yang dipegang Haikal dibaling ke arah Luna . ‘’ Hey , kenapa dengan abang ni ? Takkan nak duduk dalam bilik gelap , bau hapak ni ‘’. Haikal seolah olah tidak percaya dengan apa yang di dengarnya . Segera berpaling ke arah Luna . ‘’Luna , awak dah balik ? I minta ampun Luna , I banyak lukakan hati u . I janji I berubah . I tak sanggup hilang u lagi ‘’, mohon Haikal . Tanpa sedari manik- manik jernih menitis di pipi Luna . ‘’ Abang , tolong jauhkan diri abang dari Luna ‘’, pinta Luna . ‘’Luna , I ‘’… kelu lidah Haikal . ‘’Luna abang tau berdosa , abang mohon Luna maafkan abang . tolong jangan jauhkan diri dari abang lagi . abang tak sanggup ‘’, rayu Haikal lagi . ‘’Abang , sape cakap Luna tak maafkan abang ? Abang tengok diri abang tu , dengan misai tak bercukur , dengan tak mandi . macam mana Luna nak dekat dengan abang ? Dah , pergi mandi . bersihkan diri abang tu . luna tunggu abang dekat ruang tamu .

Haryati dan Luna terpana melihat Haika . berbeza dengan Haikal sebelum ini . kemas , kacak ! Aduhh , jiwa Luna bergelora melihat suaminya . Cairrrrrr ! Haikal melemparkan senyuman kepada dua wanita yang bertakhta di hatinya kini . mama dan isterinya . Kenduri kesyukuran yang berlansung di rumah mereka beberapa hari selepas itu berjalan dengan lancar sekali . dihadiri oleh saudara-saudara terdekat .
‘’Hello , boleh bercakap dengan Puan Luna Latisya ?’’. kedengaran suara perempuan di corong talian . ‘’Saya suaminya , kenapa ? . Punat telefon ditekan , berang dengan perempuan tadi Haikal segera meninggalkan pejabatnya . Haikal menuju ke jalan rumahnya untuk bertemu dengan isterinya . dari luar rumah sudah terdengar suara riang Luna menyanyi lagu mencintaimi nyanyian penyanyi tersohor negara jiran , Kris Dayanti . ‘’Ehh , abang dah balik ?’’ . segera Luna menyambut suaminya di muka pintu . ‘’abang mandi dulu yaa ? Luna ada benda nak cerita ni ‘’. Satu ciuman hinggap di pipi suaminya , ‘’ We love you ‘’ , teriak Luna .

Setelah selesai makan malam bersama , Luna merapati suaminya yang kusyuk menonton tv . ‘’Abang , Luna ada benda nak bagi tau ni ‘’ . Haikal tersenyum . ‘’Ye sayang , cakap la . abang sedia mendengar ‘’. ‘’Luna dah kena buatan orang bang ‘’ . Haikal senyum . ‘’Sayang , Luna mengandungkan ? ‘’. ‘’Macam mana Luna boleh salah ambik ubat dekat klinik tadi ? nasib staff klinik call abang tau . Luna ni , lain kali nak ke klinik bagi tau abang ya ? kita pergi sekali ‘’ . tegas Haikal . Luna terkejut . ‘’Luna baru nak surprise kana bang ‘’, manja Luna berbicara . ‘’ok ok , semula ‘’ , tawa Haikal . ‘’Abang , Luna sakit bang , Luna terkena buatan orang ‘’ , tutur Luna . ‘’Laaa , yeke ? ishhh ishhhh , kesian nya . siapa la yang tak bertanggungjawab tu ‘’. Tawa mereka memecah hening malam itu . ‘Ya Allah , kelakarnya suami aku ni ‘ , bisik Luna dalam hati . Malam itu menjadi saksi cinta mereka , Luna terlena didalam pelukan Haikal .



SELESAI :)


Wednesday, October 24, 2012

puasa sunat arafah .

ASSALAMUALAIKUM . haii uolls sekalian , sihat kaa adik & kakak manis sekalian ?? mcm mana persiapan nak rayaa ? ready da kew ? sedang aku lepak dgn ibu dalam bilik adik perempuan aku si ayish tu meredah masuk bilik aku lantas bertanya '' ibu , jom puasa esokk ? ''.  ibu aku ajak aku , aku senyum kambing saje , hee :) tak paham2 lgy kaa klaw aku da senyum siap nampak gigi rabbit aku tuuu . ada makna laa wey . aku pun dengan pantas google search pasal puasa sunat arafah niy . meh laa layan sama2 .




Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. 
Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda;

 “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan
hambanya pada hari tersebut dari

neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).


Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; 

hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; 

Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. 

Baginda bersabda; “

(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa 

tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?


Ya. Dikecualikan dari jamaah haji.
Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut
sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk
menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.


Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan;
orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w.
berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah)
menghantar kepada baginda satu bekas
berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di
Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut
dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).


Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w.
sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari
‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”
(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).


tu jew yang dapat aku kongsi kan bersama ,

bubye ,


hee  :D

salam .





Tuesday, October 02, 2012

segugut !

apakah itu ? hehe . orang prmpn msty la taw kan . dulu mase aku first time period tade pulak segugut niy . tiba2 masuk form 4 , penyakit itu mula menyerang aku . haduhh ! mmg teguling laa aku time tu . Tuhan jaa yang taw sakit nyaa . ada org cakap period tu rasa sakit mcm nak bersalin . yakaa ? dok kowt !

bacalah yang kat bawah niy , dea cakap orang period niy subur :D

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

haa , amacam ??
heee :D

assalamualaikum .

Saturday, September 29, 2012

Renungan untuk kaum muslimah yang belum bertudung :)



sedang aku belek2 google , aku tersearch bende niy . Bacalah , hee :D

Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.
Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”.
Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita!
Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Aliya : Apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.

lepas aku baca niy , aku terdiam seketikaa . Ya Allah , sedarkan laa aku sebelum terlambat :(



Thursday, August 09, 2012

tudung wanita ? benarkah boleh dipaksa ??

Malam ramadhan yang hening ini sesuatu telah bermain di minda saya sambil menganalisis kesalahan diri dalam memahami cara mengislah ( mendidik ) wanita. Seorang wanita yang diutuskan Allah kepada saya melalui ketentuan taqdirNYA telah mengajar saya suatu pengajaran yang besar secara tak langsung.

Rasanya macam kadang-kadang kita sendiri kabur tentang kaedah terbaik dalam mengajak wanita ( terutamanya isteri ) kepada syariat. Bila kita teliti semula khazanah sirah yang sahih, ia seolah-olah menggambarkan dalam bab pakaian tak boleh terlalu memaksa walaupun melibatkan keputusan wanita untuk pakai tudung atau tidak ( freehair ). Sebab dalam mengislah ( memperbaiki) manusia, Allah memerintahkan sesuatu peringkat demi peringkat. Tidaklah Allah memerintahkan hijab serta merta selepas Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul bahkan ayat perintah untuk berhijab turun pada tahun ke-5 Hijrah iaitu 5 tahun sebelum kewafatan baginda SAW dan 5 tahun sebelum sempurnanya agama ! Contohnya ketika zaman Rasulullah SAW, kaum muslimin selepas memeluk Islam makin hari makin rasa tak senang dengan keadaan pakaian wanita mereka walaupun ayat perintah untuk wanita berhijab belum lagi diwahyukan. Antara sahabat yang paling peka dan mampu meluahkan perasaan tidak senang dengan keadaan cara berpakaian wanita mereka adalah Umar Al Khattab RA yang terkenal dengan ilhamnya yang tajam dan tepat. Perasaan tidak senang itu semakin hari semakin meningkat berkadar lansung dengan peningkatan iman semenjak para sahabat memeluk Islam sehingga akhirnya Umar Al Khattab meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah SAW.

Daripada Aishah RA, bahawa apabila para isteri nabi hendak buang air pada malam hari, mereka pergi ke tanah lapang. Umar Al Khattab mengusulkan kepada Nabi supaya menyuruh para isteri baginda memakai hijab, tetapi Rasullullah tidak berbuat apa-apa. Pada suatu malam isteri nabi Saudah Binti Zam'ah keluar waktu Ishak dan dia adalah seorang yang tinggi perawakannya, lalu Umar menyapanya " Hai kami mengenal engkau, wahai Saudah ". Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah hijab) memang sesudah itu turun ayat hijab ( Riwayat Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari Jilid 1 )

Dalam kes khamr ( arak ) pula, Allah tidak mengharamkan sekali gus tetapi hanya melarang untuk bersolat dalam keadaan mabuk pada peringkat awalnya.

Allah berfirman : " Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan " (An-Nisaa', Ayat 43)

Ketika itu kaum muslimin tetap meminum arak namun menunggu sehingga fikiran mereka pulih seperti sediakala dan boleh menyedari apa yang diucapkan jika ingin menunaikan solat. Tentu situasi ini menimbulkan kecanggungan bagi kaum muslimin yakni sukar untuk mereka melakukan solat 5 waktu akibat kesan khamr yang agak lama untuk beransur hilang di dalam akal. Justru, Allah menguraikan kekusutan mereka dalam kehidupan yang keliru dengan menurunkan ayat pengharaman khamr secara sempurna selepas itu. Lantas kaum muslimin yang selama ini menyimpan di dalam jantung hati tentang keganjilan tabiat minum khamr terus bersepakat dengan nas Quran yang memahami keadaan mereka ketika itu yang berselang seli solat dan bermabuk-mabukan sehingga menyukarkan diri sendiri. Tanpa berfikir panjang mereka menumpahkan tong-tong khamr di rumah mereka sehingga madinah dipenuhi air-air arak di setiap lorong dan jalan ketika hari turunnya ayat pengharaman khamr.

Maka daripada pengajaran sirah ini, Allah lebih tahu perintah hijab wajar turun di dalam Quran pada tahun 5 Hijrah. Mungkinkah Allah tidak mengetahui kepentingan hijab sebelum tahun 5 Hijrah ? Allah tahu namun Allah memerintahkan pada masa yang tepat apabila akidah dan iman mereka (para sahabiah ) sudah dimantapkan dan digilap dari hari ke hari. Wanita mukminat ketika itu makin sedar ada suatu yang tak kena pada pakaian mereka akibat iman yang fitrah semakin mekar di dalam diri. Disebabkan itu wanita mukminat di Madinah pada masa itu segera menutup apa yg diperintahkan untuk ditutup sejurus selepas turunnya ayat perintah untuk berhijab kerana iman mereka sudah dimantapkan dengan didikan madrasah Nabi SAW.

Kesimpulannya di sini lelaki yang terlalu gopoh dalam memaksa pakaian wanita akan menyebabkan lahiriah wanita itu lebih lajak dari laju dari batiniah mereka. Sedangkan Islam mementingkan keseimbangan dalam pembangunan lahiriah dan batiniah. Maka wanita itu akan jadi hipokrit atau munafik tanpa disedari akibat melakukan sesuatu kerana terpaksa. Oleh sebab itu kita lihat zaman ini wanita berhijab labuh juga terjebak dalam gejala-gejala keji kerana mereka mementingkan pembangunan lahiriah namun mengabaikan pembangunan jiwa dan iman.

Mungkin para pembaca merasa terkejut saya menggunakan perkataan 'hipokrit' yang sering digunakan sebagai hujah biasa wanita Freehair dalam mempertahankan diri.Namun saya merasakan apa yang mereka cakap itu tidak bersalahan dengan fitrah perasaan manusia dan memang benar manusia itu tidak boleh dipaksa. Mungkin kita sendiri yang tersalah dalam menasihati yakni meletakkan nasihat bukan pada tempatnya sehingga wujudnya ucapan bela diri dari wanita Freehair.

" Tidak ada paksaan dalam agama " ( Surah Al Baqarah : Ayat 256 )

Ada yang mengatakan dalil di atas ini hanya dalam bab tidak ada paksaan untuk memasuki Islam bukannya setelah memasuki Islam. Orang yang berkata demikian mungkin agak terlalu sibuk dengan latar peristiwa dan sebab turunnya wahyu ( asbabun nuzul ) sehingga melupakan illah hukum ( sebab hukum ) dan psikologi fitrah manusia yang terkandung dalam ayat itu sebagai ukuran yang lebih penting. Sebab teras hukumnya di sini ialah tak mungkin manusia menerima sesuatu sebelum dia diyakinkan tentang sesuatu sehingga dia sendiri ingin melakukannya dengan rela. Jika tidak , maka akan berlaku kontradiksi yang hebat antara kadar iman yang tertanam dalam jantung hati dan penampilan zahir yang saling sentiasa bercanggah satu sama lain. Jika seseorang itu memahami bahawa iman itu bertambah dan berkurang serta mengalami revolusi walaupun telah berada dalam agama Islam, maka semestinya dia tidak menyempitkan tafsiran surah Al Baqarah ayat 256 hanya terhad illahnya ( sebab hukum ) kepada kondisi ' tiada paksaan dalam memeluk Islam sahaja '.

Maka saya cenderung berpendapat lelaki yg lebih lajak dari laju dalam membentuk penampilan wanita telah melakukan kesilapan yang nyata apabila dia belum mampu memahamkan wanitanya mengenai keindahan islam dan kecantikan sunnah. Bahkan kegopohan dalam memaksa pakaian wanita adalah suatu yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan lebih mengeruhkan keadaan.Sudahkah sang suami membuktikan sifat-sifat suami mukmin yang dicontohkan oleh Rasulullah ? Rasulullah itu adalah orang yang terbaik dalam memperlakukan Isteri seperti yang disebutkan baginda :

Rasulullah bersabda : " Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang terbaik dalam memperlakukan isterinya, dan aku adalah yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku " ( Riwayat Ibn Majah )

Sudahkah kita mencontohkan kepada isteri kita akhlak yang baik dan berhikmah ? Sudahkah kita mengaplikasikan sebaiknya konsep keadilan dalam rumah tangga ? Sudahkah kita mampu menjadi seorang yang menarik rambut di dalam tepung ketika mendidik isteri ?

Rasulullah SAW sang suami mithali bersabda : " Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. " (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

Rasulullah SAW sang suami terbaik bersabda : " Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. " (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4889).