Saturday, April 14, 2018

Sekian lama simpannnnn

Lama dah peram cerita ni, nak ke tak nak kongsi cerita eh. Nak cari kekuatan dulu, dah dekat setengah tahun baru jumpa kekuatan HAHA!

Tarikhnya akan ku cuba ingat kembali.

Hujung bulan 8 aku balik penang naik ets dengan bagpack, jalan kaki jauh nak mampus dengan bawak beg berat. Balik sekejap sebab ada kenduri baik naik ets kan, naik kereta dengan minyak lagi tol lagi. Penat!

Raya haji tahun lepas 1 September 2017, turn raya rumah bangdib kan. Totally tak sama lansung raya haji belah aku dengan dengan belah bangdib. So bosan raya haji belah laki aku. Aku ajak laki aku pegi bukit tinggi, lepak sana best sejuk sikit. Ajak mak mertua aku sekali. Maka beraya lah kami dekat sana 3 orang. Aku pakai wedges 6 inci okay, dengan ramai orangnya. Redah je dengan kasut tuuu

So aku nak bgtau dekat sini yang aku aktif sangat sampai aku tak perasan aku pregnant 😭

Selang brp hari, aku lepak depan tv kan, tiba tiba aku rasa macam sesuatu sangat keluar dari ehem ehem pompuan kan. Terus lari pegi jamban, check. Weh! Darah coklat setompok sikit je. Akhirnya aku period jugak, punya lama delay period. Tapi pelik darah ni, sebab warna coklat lain macam je. Pernah baca tanda tanda awal pregnant tompok coklat, ehem ehem dalam hati. Lari masuk bilik ambil UPT, saje gatal nak mencuba.

Taraaaaaaaaaa

Double line weh, tak percaya lagi buat lagi. Ya Allah! Serius aaaaaa

Terus lari pegi dekat bangdib tunjuk dekat dia, menitis airmata aku. Maka terjadilah adegan patah amin dan pajura. Auwwww! Ehh tak buat apa apa ehh. AWAS!

Esok pagi bangun check lagi, double line lagi. Syok oooo, macam ketagihhhh nak buat test je. Sehari 2 kali aku buat weh. Darah tu tak ada dah tapi esok pagi bangun ada balik. Aku cuak dah ni, tak tahu nak tanya sape. Terus pegi klinik dekat banting. Scan tak nampak lagi mungkin sebab baru lagi kan, tapi doktor suruh aku buat test dekat klinik tuu, alhamdulillah double line lagi. Yeayyyyyy! Darah tu normal doktor cakap, fuhhh lega, maka berhuhuhu depan kaunter. Scan mahal naw.

Selang brp hari darah keluar lagi tapi kali ni macam ketul ketul. Terus whatsapp kawan aku kak lin (kawan bangdib sebenarnya)  tanya dia. Dia terus suruh pegi hospital putrajaya ((tak boleh mention nama hospital sebab ada adegan kutuk mengutuk sikit) Pegi bahagian bersalin terus, oii takut sebenarnya. Check upt lagi dekat sana, still double line. Weh doktor praktikal kongaja ehh, aku cerita dekat dia sebelum ni aku pegi klinik swasta dekat banting. Tau tak apa dia tanya aku

"KENAPA DATANG HOSPITAL KERAJAAN,
KENAPA TAK PEGI KLINIK SWASTA TU?"

Dalam hati aku, haihh kalau aku cakap kang boleh jadi gaduh ni. Biadap kau kan DOKTOR PRAKTIKAL

Aku senyum je aaaa. Awas kau doktor kekwat. Dia cakap nanti bos dia jumpa aku, tunggu dekat luar dulu.

Beberapa jam kemudian, doktor yang dinantika sampai.

Dia suruh aku tukar seluar, pakai kain hospital. Baring lepas tu angkat kaki macam orang bersalin, oii aku mana pernah bersalin. Cemane? Dia kangkang kan aku, lepas tu dia koyak kertas apa entah, habis basah bawah tuuu. Dia jolok dengan mulut itik ehh orang panggil? Ya Allah, seksa jiwa raga aku, aku taktau nak pegang apaaaa. Kau feeling aku boleh seronok kena jolok dengan benda tuuu? *^&$^$)&(^*%&$

Dia cuci hari tu jugak weh, serius tak suka gila. Tapi nasib baik doktor tu lembut je cakap. Sejuk sikit hati jiwa raga aku.

Aku duduk dekat luar kejap, rehat kejap. Doktor pesan tak boleh 'bersama' untuk beberapa hari. So laki bini terpaksa puasa 2 minggu, sebab masa aku gugur tu kandungan baru nak masuk 6 minggu.

Sedih weh, serius! Dari bulan 1 kahwin tertunggu bila nak pregnant. Sepupu sepapat aku yang kahwin selepas aku pun dah pregnant. Balik kampung makcik bawang goreng bawang putih bawang holland semua tanya bila nak ada isi. Dia ingat senang nak proses anak? Aku dah kahwin kot, leklek aaaa. Kot lah aku tak kahwin tapi aku mengandung, silakan membawang dengan hati yang riang ria gembira berhari raya HAHA!

Selang dua bulan lepas tu aku lekat balik. Memang syok gila. macam biasa kena sawan UPT. Sehari sampai tigapat kali buat test. Gila kan? Malam tuu aku seronok punya pasal sapu sampah, iron baju. Lepas tu rasa panas semacam je. Allahuuu, bleeding sekali lagi. Esok pagi ambik halfday pegi hospital tet lagi, sebab satu jalan nak pegi offfice (masa tu keje cyberjaya) , sumpah aku rasa menyesal pegi hospital. Dia check upt positif. Scan kosong. Dia buat surat, lagi 2 hari kena datang balik. Seperti yang jangkakan. Cuci sekali lagi gaisssssss. Menitis airmata aku 😭😭😭

Nurse bebel dekat aku dah, sebab gap baru 2 bulan dah pregnant. Lepas ni kena berjaga jaga, tak boleh pregnant selepas 6 bulan. Tapi kalau dah rezeki siapa kita nak menidakkan kan?

Aku dah mengurut, dah cuba cara kampung dah cuba cara islam dah cuba cara moden untuk dapatkan anak. Tapi mungkin tak ada rezeki lagi kan. Doakan aku, sape nak share tips, boleh kongsi tips. dekat bawah dekat fb.


Macm macam jenis UPT aku cuba, alhamdulillah makin hari makin terang.
Ni baru hari pertama kedua ketiga, yang lain aku buang dah. Tinggal yang ni,
untung kenang kenangan 😣


Banyak yang tanya aku, bila nak lekat bila nak mengandung. Takkan aku cerita aku pernah gugur 2 kali kot dekat korang. Ehh sakit jiwa! 



Sekian untuk hari ini,
Syasya